Anda di halaman 1dari 5

Masalah 1 :

Tingkah laku disruptif yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran


seperti murid-murid menimbulkan kebisingan, tidur dalam kelas dan berbualbual ketika guru sedang mengajar.
Cara penyelesaian :
1. Guru hendaklah berhenti mengajar dan merenung ke arah murid atau
murid-murid yang menimbulkan kenakalan.
2. Guru harus menujukan soalan kepada murid yang tidak memberi
perhatian dalam kelas. Ini akan mendorong murid-murid lain lain memberi
tumpuan yang lebih baik.
3. Guru harus mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti menjalankan
aktiviti kumpulan yang berunsur permainan atau pertandingan untuk
menarik perhatian mereka.
4. Selepas waktu pelajaran tamat, guru hendaklah berbincang dengan murid
berkenaan tentang tingkah lakunya yang disruptif itu supaya menyedarkan
kesan-kesan yang akan timbul akibat tingkah lakunya yang mngganggu
proses pengajaran-pembelajaran.
5. Guru harus meneroka punca masalah kenakalan itu. Kemungkinan dia
memerlukan layanan dan perhatian daripada guru atau menghadapi
masalah keluarga atau masalah kesihatan.

6. Guru harus berusaha menyedarkan murid tentang pentingnya disiplin bilik


darjah yang akan menjamin keberkesanan pembelajaran-pembelajaran.
7. Guru juga harus mengubah sikap kendiri jika didapati sikap atau
pengajaran adalah kurang sesuai. Seorang guru yang bertimbang rasa
dan serius terhadap masalah murid akan sedia menerima kesalahan diri
dan cuba berusaha mengubah kelemahan diri demi kebaikan murid.

Masalah 2 :
Masalah penanggapan dan pembentukan konsep pelajar yang salah dalam
proses pengajaran-pembelajaran.
Cara penyelesaian :
1. Sebelum memulakan proses pengajaran, guru mesti membuat rancangan
mengajar berdasarkan kepada tahap kebolehan mental pelajar.
2. Guru

memberi

contoh-contoh

yang

releven

untuk

meningkatkan

penanggapan pelajar. Penggunaan bahan-bahan maujud seperti gambar,


carta, slaid dan barang konkrit untuk memudahkan pemahaman pelajar.
3. Guru menggunakan strategi pengajran-pembelajaran yang menarik seperti
kuiz,

main

peranan,

lakonan

dan

permainan

penumpuan dan penyertaan murid yang tinggi.

untuk

memastikan

4. Guru menghubungkait pengalaman dan pengetahuan sedia ada dengan


pengetahuan baru misalnya guru menggunakan sesi soal jawab yang
mengaitkan maklumat lama dengan yang baru.
5. Guru menguji kefahaman murid secara berperingkat demi peringkat
sebelum pelajaran yang selanjutnya. Ujian-ujian penilaian diberi selepas
setiap unit pelajaran.
6. Bahasa yang digunakan oleh guru adalah jelas, tepat dan boleh difahami
oleh semua murid.

Masalah 3 :
Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Cara penyelesaian :
1. Guru harus menerapkan nilai-nilai murni pada setiap masa dan
memberitahu murid bahawa rajin membuat kerja rumah ialah salah satu
nilai yang murni.
2. Guru memberi peneguhan dan motivasi secara lisan (bagus, baik, syabas,
terus berusaha) atau secara hadiah (binatang, hadiah kecil) kepada
murid untuk menggalakkan murid-murid untuk meyiapkan kerja rumah..
3. Guru harus mengelakkan darip[ada membandingkan murid yang rajin
dengan murid yang malas di hadapan kelas.

4. Murid tidak membuat kerja rumah kerana mereka menghadapi masalah


dalam kerja rumah, guru haruslah menjalankan aktiviti pemulihan dan
memberi latihan yang sesuai dengan tahap mereka. Dengan ini, mereka
berkebolehan untuk membuat kerja rumah.

Masalah 4 :
Masalah menentukan objektif pelajaran, merancang set induksi dan pemilihan
alat bantu mengajar.
Cara penyelesaian :
1. Guru mengkaji dan memahami kandungan topik pelajaran, mengetahui
pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, penggabungjalinan,
sumber

pengajaran-pembelajaran,

kemahiran

dan

penerapan

nilai

sebelum membuat rancangan mengajar.


2.

Menentukan objektif pelajaran, strategi pengajaran-pembelajaran serta


memilih alat bantu mengajar yang berkaitan dengan isi pelajaran dan
berdasarkan kepada kebolehan murid.

3. Set induksi haruslah dapat memotivasikan dan merangsangkan muridmurid (gambar-gambar berwarna-warni, cerita, lagu), mencantumkan
pengetahuan baru dnegan pengatahuan sedia ada murid-murid serta
dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk mengetahui mengenai

apa yang ingin disampaikan oleh guru (teka-teki, main silap mata,
menyambungkan cerita).
4. Alat

bantu

mengajar

haruslah

sesuai

dengan

objektif

pelajaran.

Penggunaan benda-benda maujud seperti gambar-gambar, model-model


dan carta yang berkaitan dengan isi pelajaran adalah digalakkan untuk
memudahkan penerangan guru dan kefahaman murid terhadap sesuatu
konsep.

Anda mungkin juga menyukai