Anda di halaman 1dari 22

PENGUJIAN,

PENGUKURAN DAN
PENILAIAN
HJ. MOHD. JAMEL BIN HJ. ISMAIL
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU
PAHAT, JOHOR.
PENILAIAN
Penilaian adalah konsep yang telah
digunakan dalam pelbagai bidang;
membuat anggaran, sama ada
matlamat yang telah ditetapkan itu
tercapai atau sebaliknya.
Ia dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yg tepat tentang
sesuatu perkara maklumat dan
bukti amat penting dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
PENILAIAN
Di dalam membuat penilaian anda
mungkin sering berhadapan dengan
pelbagai masalah, misalnya tentang
persoalan yang ingin diselesaikan,
apakah bukti yang dianggapkan
mencukupi atau bagaimana cara
mendapatkan maklumat, siapa yang
perlu mendapatkan maklumat dan
sebagainya.
Dengan penilaian, anda dapat
memahami konsep pengujian,
pengukuran dan penilaian.
DEFINISI
Penilaian boleh dianggap sebagai
proses membuat pertimbangan
atau keputusan dalam memberikan
nilai, kualiti atau harga bagi
sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam ( 1971 ), penilaian
sebagai proses delineating,
mencari dan memberikan maklumat
yang berguna dalam
mempertimbangkan alternatif-
alternatif keputusan
DEFINISI
Gay ( 1985 ) , penilaian ialah satu
proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu
telah tercapai.
Penilaian membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.
DEFINISI
Popham ( 1975 ) , penilaian yang
sistematik perlu mempunyai satu
tafsiran yang formal tentang nilai
fenomena pendidikan.
Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek
hasil pengajaran dan pembelajaran
dan juga hasil program pengajian
berbanding matlamat asalnya.
Dalam bilik darjah, apabila guru memberi
ujian, sebenarnya dia sedang membuat
mengukur pencapaian pelajar.
DEFINISI
Penilaian boleh dilakukan secara
kualitatif dan kuantitatif atau kedua-
duanya.
Dengan menggunakan maklumat
kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan
dalam bentuk gred ( A, B, C, D dan E )
bersama dengan penjelasan nilainya
(seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus
atau gagal).
Dengan menggunakan data kualitatif,
dapat dinyatakan dengan penyataan
seperti, Ali dapat melukis dengan cepat,
tepat dan bersih.
DEFINISI
Secara ringkasnya, penilaian meliputi
tiga proses utama, iaitu menentukan
ukuran, menganalisis ukuran dan
menyatakan nilai atau interpretasi
ukuran.
PROSEDUR PENILAIAN
PERTAMA


PERSEDIAAN UJIAN
KEDUA

PENTADBIRAN UJIAN
KETIGA


PEMERIKSAAN JAWAPAN UJIAN

KEEMPAT
ANALISIS UKURAN
KELIMA
INTERPRETASI DAN TINDAKAN SUSULAN
PENGUKURAN
Suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik ( melalui
angka) tentang sebanyak mana
individu atau pelajar mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan alat tertentu.
Dalam erti kata lain, pengukuran ialah
proses menentukan sejauh mana
seseorang individu memiliki ciri-ciri
tertentu.
PENGUKURAN
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu
pengukuran berbentuk angka kepada
prestasi seseorang individu untuk
menggambarkan keupayaan individu
tersebut. Contohnya; Chong Wei
mendapat 78 peratus dalam ujian
Matematik.
Kita tidak menyatakan prestasi Chong
Wei sama ada baik atau sebaliknya.
Dalam hal ini kita hanya mengukur
pencapaian Matematik tanpa
memberikan nilai kepada ukuran yang
diperoleh.
PENGUKURAN
Pengukuran juga dibuat tanpa
menggunakan pengujian. Sebagai
contoh, kemahiran melukis seseorang
pelajar boleh diukur melalui pemerhatian
atau pencerapan, sementara
pengetahuan dan sikapnya boleh diukur
melalui temu bual. Justeru, kita boleh
menganggapkan pengukuran sebagi
proses untuk mendapatkan sesuatu
ukuran dengan menggunakan kaedah
tertentu, manakala pengujian pula
merupakan salah satu daripada kaedah
tersebut.
PENGUKURAN
Pengukuran tidak bersifat mutlak,
misalnya, pengukuran keupayaan mental
seseorang sudah tentu lebih sukar
diukur secara tepat berbanding
ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal
seseorang boleh diukur secara tepat
dengan menggunakan alat ukur yang
tepat seperti penggunaan pembaris.
Seterusnya, seseorang pelajar yang
mendapat skor 90 tidak boleh dianggap
mengetahui dua kali ganda daripada
pelajar yang mendapat skor 45,
walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45.
PENGUKURAN
Seseorang pelajar yang mendapat skor
sifar pula tidak juga boleh dianggap
sebagai tidak mempelajari atau
mengetahui tentang sesuatu pelajaran
yang diajar guru. Ini jelas
menunjukkan ukuran aspek-aspek
berkenaan bukanlah petunjuk yang
tepat sebagaimana ukuran ketinggian
fizikal pelajar menggunakan pembaris.
PENGUKURAN
Justeru, seseorang guru perlu
menggunakan alat yang tepat bagi
menghasilkan ukuran yang tepat.
Jika alat yang digunakan mempunyai
kecacatan, maka sudah pastilah
ukuran yang diperolehi juga tidak
tepat.
PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai
proses penyerahan set soalan yang
piawai yang perlu dijawab, atau satu
set instrumen bersama satu prosedur
yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkahlaku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
PENGUJIAN
Menurut Cronbach ( 1970 )
Ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan
menjelaskannya dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori
PENGUJIAN
Contoh skala bernombor ialah angka
30/100 untuk ujian penglihatan,
100/120 untuk ujian kecergasan ( IQ
Test ) dan 80/100 bagi ujian
pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula ialah
ekstrovert atau introvert bagi
ujian personaliti, atau rabun warna
bagi ujian penglihatan.
PENGUJIAN
Kepentingan pengujian bagi mengukur
perubahan tingkahlaku pelajar seperti
dinyatakan di atas dikukuhkan oleh
Milagros ( 1981 ) yang menegaskan
bahawa :
Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang terkawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau
pengadilan
PENGUJIAN
Hasil daripada pemarkahan jawapan
pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markah akan diberikan
kepada pelajar tersebut. Pengujian
menjelaskan tahap berapa baiknya
prestasi pelajar yang diuji.
PENGUJIAN
Proses pengujian lazimnya bermula
dengan peringkat persediaan,
diikuti pelaksanaan / pentadbiran
ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru
mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai
pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru.
PENGUJIAN
Kesimpulannya, pengesanan hasil
pengajaran dan pembelajaran boleh
dibuat melalui pengujian, pengukuran
dan penilaian yang tepat, yang
dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
Justeru , kecekapan guru
membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap
kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai