Anda di halaman 1dari 4

memoirinsani.blogspot.

com

http://memoirinsani.blogspot.com/2015/09/pentaksiran-pbs-psikometrik-ujian.html

Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am KPM Lembaga


Peperiksaan
Pentaksiran PBS Psikometrik Sekolah Rendah Ujian Aptitud Am Lembaga Peperiksaan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Download Bahan Ujian Aptitud Tahun 3 Sekolah Rendah Malaysia. Panduan dan
Penerangan Apa itu Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Apakah Tujuan Tujuan Ujian Aptitud (SK)
Sekolah Rendah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pautan Muat Turun Direct Download
Link Bahan Pentaksiran Psikometrik: Ujian Aptitud Am Tahun 3 terkini ada di akhir artikel.

Pengenalan Pentaksiran Psikometrik


Pentaksiran PBS Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran
pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti.
Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kemampuan, kekuatan,
kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam
memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu. Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat
yang menyeluruh tentang seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.

Setiap individu perlu mengenal diri bagi tujuan peningkatan dan pembangunan diri. Semua yang
ingin dibangunkan, perkembangan intelek, emosi dan sosial, mesti diukur.

Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah

Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah Ujian Aptitud Am menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak
berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat
secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu
yang bersifat am. Dengan Ujian ini Unit Bimbingan & Kaunseling dapat mengukur kebolehan semula jadi
(innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
Prestasi murid tidak diukur dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif.

Measuring knowledge, abilities and behaviour, psychometric assessment tools aid the decision
making process, but do not make the decision to select one child over the next
(Munchinsky, 2003; Wilson, 2004).

Dalam usaha merintis perubahan ke arah pembangunan modal insan yang unggul, Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) memperkenalkan Pentaksiran Psikometrik dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dengan mengemukakan dua jenis ujian dalam pentaksiran psikometrik, iaitu Ujian Aptitud dan
Inventori Personaliti.

Ujian Aptitud Am Lembaga Peperiksaan Malaysia


Ujian Aptitud digunakan untuk mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran atau pekerjaan yang
akan dilaluinya di masa hadapan. Ujian Aptitud Lembaga Peperiksaan Malaysia lazimnya terbahagi kepada
kebolehan yang spesifik yang menggambarkan struktur kecerdasan secara hierarki dan diterima oleh pengamal
atau pekerja dalam sesuatu bidang.

Aptitud Test ini adalah sangat penting dalam pembangunan individu murid kerana ia dapat membantu guru
mengenal pasti dan mengembangkan pelbagai potensi yang ada pada murid. Ujian ini diskor dan
diinterpretasikan secara individu sebagai ukuran aptitud khusus atau secara komposit sebagai ukuran aptitud am
yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang.

Objektif PPsi Ujian Aptitud


Kenapa Ujian Aptitud dilaksanakan . Ujian PPsi Aptitud adalah untuk: Mengenal pasti kecenderungan,

kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik dan sesuai dengan keperluan murid
Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi murid pada peringkat umur tertentu
Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif dan berkesan
Membantu guru memahami psikologi murid
Membantu murid mengenal potensi diri
Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan pekerjaan
Memantau tahap kebolehan umum murid dalam menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan
pekerjaan sama ada di peringkat lokal dan global dengan menggunakan kemudahan yang ada di
persekitarannya
Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan
perkembangan individu

Tujuan Ujian Aptitud (SK) Sekolah Rendah


Di peringkat sekolah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas
murid dalam literasi dan numerasi serta minat atau kecenderungan dalam bidang tertentu. Di peringkat
menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran
umum murid dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya serta
minat atau kecenderungan dalam bidang tertentu. Manakala di peringkat menengah atas, tujuan ujian adalah
untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta minat atau kecenderungan dalam
bidang yang lebih spesifik.

Download Bahan Ujian Aptitud Tahun 3


Muat Turun Bahan Pentaksiran Psikometrik: Ujian Aptitud Am Tahun 3 . Sepertimana yang dibekalkan oleh
pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ujian Aptitud Am Tahun 3 SK 2015
Soalan Ujian Aptitud Am Tahun 3 SK 2015
Borang Jawapan Psikometrik UAAT3
Skema Jawapan Ujian Aptitud Tahun 3 2015
Pelaporan PPsi Offline Ujian Amptitud Am Tahun 3 (Excel)

Panduan Pentaksiran PBS Ujian Aptitud Am


Laporan Pelaksanaan PPsi Ujian Aptitud Am Tahun 3 2015
Manual Pengguna Sistem Offline Pelaporan PPsi Ujian Amptitud Am Tahun 3
Jadual PPsi Tahun 3 2015

Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am SK


Koleksi Bahan Pendidikan dan ilmiah sekolah rendah Malaysia oleh warga pendidik dari seluruh Malaysia.

Perkongsian bahan terkini Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am KPM sebagai panduan para guru dan
warga pendidik seluruh Malaysia. Muat Turun bahan adalah percuma.

The Content, Text Article, Illustration infographics, charts, tables, photographs, or other material
was republish from Hootoh Pendidikan Collection for my education purpose only. The contents are
not originally by Memoir of Insani or Hootoh Pendidikan but mostly Free educational material from
various internet source. Credits to original author/content owner for design, production, editing and
illustration.

Sebagai pemilik laman Memoir of Insani ingin mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pemilik asal bahan-bahan ilmiah ini secara langsung/tidak langsung.
Tweet
Share
Share
Share
Share

Related Post
Buku Panduan Harga Barangan GST oleh KPDNKK
Download Lagu Raya MP3 Online
Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun (KSSR) Semua Mata Pelajaran
Koleksi Lagu Raya MP3 Melayu
Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2014 Bahasa Melayu
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email

Anda mungkin juga menyukai