Anda di halaman 1dari 1

Kelemahan sistem Pendidikan di Malaysia

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan pengajian atau
sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Namun, kecemerlangan
akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan
daya ketahanan untuk menghadapi cabaran. Sehubungan dengan itu, hasrat
Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan baru pendidikan bagi
mengurangkan ujian dan peperiksaan yang dianggap tidak praktikal lagi. Diterima
baik oleh masyarakat. Melalui pemantauan yang dilakukan telah didapati sistem
yang terlalu mementingkan peperiksaan tidak sesuai lagi kerana tidak menguji
kemampuan sebenar pelajar, sekali gus membebankan pelajar dan guru.

Sistem pendidikan yang baru akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di


sekolah-sekolah tertentu. Sistem ini akan diuji keberkesanannya selama lima tahun,
kemudian barulah ditentukan sama ada sistem baru tersebut akan diperluas ke semua
sekolah atau tidak. Dalam proses tersebut penambahbaikan akan dilakukan terhadap
mana-mana kecacatan supaya pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem
pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum, buku teks dan perubahan lain-
lain. Kini, guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain-lain kerana takut terkeluar
daripada ketetapan Kementerian Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar merosot
kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu, bukannya mengikut minat mereka
seperti yang sepatutnya.

Sesungguhnya, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan


negara ialah wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat
tidak tahu memanfaatkan ilmu yang mereka peroleh. Masalah itu berlaku kerana
sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem
pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan
tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba pergi ke kelas tuisyen
dan meninggalkan saat-saat indah bersama keluarga dan mengabaikan aktiviti-
aktiviti beriadah dan aktiviti kemasyarakatan.

Masyarakat pula berpandangan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat A


dalam setiap pelajaran sahaja pelajar yang cemerlang, tetapi pelajar yang gagal
dalam peperiksaan dianggap gagal dalam segala-galanya. Hal ini telah menyebabkan
para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingga hilang
keseronokan belajar. Kini segala-galanya terpulang kepada ahli-ahli akademik dan
para pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti sistem pendidikan baru
yang sesuai diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai