Anda di halaman 1dari 7

 

berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai
keterampilan tinggi gagal dicapai.

Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih
kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya.

sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai
kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.
 membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan
sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual
peperiksaan

mengurangkan pencapaian sekolah, pelajar akan mula acuh tak acuh terhadap pelajaran, guru yang malas serta
meningkatkan sikap culas ibu bapa yang tidak mengendahkan pelajaran anak mereka.

 mengetahui sejauh mana pembelajaran pelajar dan untuk mengkelaskan pelajar mengikut sekolah dan kos yang
tertentu.

Kanak-kanak dalam usia tersebut belajar melalui apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang disentuh. Mereka
belajar melalui minat. Sesungguhnya, UPSR telah membantutkan minat kanak-kanak untuk mempelajari apa yang
diminati. Mereka dipaksa untuk tumpukan perhatian pada satu matlamat : lulus dengan cemerlang 

dan mesti terdengar perkataan “MERDEKA” selepas peperiksaan ni kan? Nampak sangat belajar untuk lulus dengan
cemerlang dan bukan belajar untuk hidup.

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak
mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Namun,
kecemerlangan akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan daya ketahanan untuk
menghadapi cabaran. Sehubungan itu, kita menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan
baru bagi mengurangkan sistem ujian dan peperiksaan yang kini dianggap tidak praktikal. Pemantauan yang dilakukan
juga mendapati sistem berorientasikan peperiksaan tidak lagi sesuai kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar,
sekaligus membebankan pelajar dan guru.
Sistem baru akan diperkenalkan secara berperingkat di sekolah tertentu. Sistem yang dilakukan akan dilihat akan
keberkesanannya selama lima tahun, kemudian akan ditentukan sama ada akan diperluaskan ke semua sekolah. Dalam
proses tersebut akan dilakukan penambahbaikan terhadap mana-mana kecacatan gara pelaksanaannya benar-benar
berkesan. Sistem pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum, buku teks dan lain-lain Pada masa ini, guru
bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian Pelajaran akibatnya,
motivasi pelajar merosot kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu bukan mengikut minat mereka.
Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya
fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu
berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada
sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-
lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Masyarakat pula berpandangan hanya mereka yang memperoleh A dalam setiap pelajaran sahaja yang cemerlang dan
menganggap gagal dalam peperiksaan akan gagal segala-galanya. Hal ini menyebabkan para pelajar tertekan untuk
memperoleh keputusan yang baik sehinggakan hilang keseronokan belajar. Kini terpulang kepada ahli-ahli akademik
dan pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti pendekatan baru yang sesuai bagi menguasai itu.

aku melihat sistem pendidikan sebegini telah memanipulasi pemikiran anak pelajar. Ilmu yang sepatutnya dipelajari
dengan niat penuh kemuliaan dan tanpa sempadan akhirnya membawa kepada fenomena belajar untuk peperiksaan.
Perkara ini sangatlah jelas dari hari ke hari apabila kadang kala ada silibus pelajaran yang diketepikan kerana tidak
termasuk dalam soalan peperiksaan. Sedangkan itu juga ilmu.  Begitu juga dengan kaedah pembelajaran secara cepat
kerana takut tidak sempat habis silibus sebelum tarikh peperiksaan. Akhirnya timbullah masalah kefahaman terhadap
sesuatu mata pelajaran kerana belajar terlalu laju. Yang bijak tidak tarasa, tapi kalau yang agak lembab itu bagaimana
pula??

           Paling aku kurang senang adalah kaedah belajar menggunakan soalan peperiksaan yang diramal. Meminta
murid-murid menghafal sahaja jawapan agar mendapat markah. Ya, itu perlu untuk mengahadapi peperiksaan, tetapi
jika dirujuk kepada penglihatan di lapisan kedua, pelajar-pelajar kita benar-benar hebat atau kerana mereka telah
menghafal jawapan itu sahaja?? Mereka juga hanya menguasai ilmu untuk peperiksaan dan bukan secara keseluruhan.
Keadaan itu akan melahirkan pelajar yang tidak konsisten kejayaannya apabila melangkah ke aras lebih mencabar
kerana ilmu asas tidaklah dikuasai sepenuhnya.

          Begitu juga dengan kaedah belajar di saat akhir yang dipraktikkan oleh sebilangan pelajar. Ada sahaja kita lihat
pelajar-pelajar malas, sering ponteng kelas dan kurang memberi tumpuan namun berjaya dengan cemerlang. Yelah, apa
yang perlu mereka risaukan. Belajar sahaja di saat akhir mengikut ramalan dan tips yang diberikan guru. Tumpu sahaja
pada bahagian yang perlu ditekankan. Akhirnya mereka juga boleh berjaya. Keadaan ini agak memberikan impak
kepada sebahagian pelajar yang merasakan tidak adil. Mereka yang belajar bagai nak rak akhirnya mudah-mudah
sahaja dipintas oleh pelajar-pelajar yang kurang serius ini. Hal ini sememangnya berlaku. Memang rezeki itu
bergantung kepada rezeki masing-masing. Yang itu aku tidak boleh nafikan.

           Seterusnya ialah ketidak seimbangan antara ilmu teori dan kemahiran sosial yang lain. Keadaan ini sangatlah
merugikan. Ada yang mendapat 4.0 namun tergagap apabila ditemuduga. Pelajar sebegini begitu ramai dan aku rasa
kerajaan telah kerugian ramai aset penting ini. Betapa akal mereka cukup untuk membawa negara ke pentas
kegemilangan namun terhenti kerana tidak mampu berhadapan dengan cabaran luar. Nak mohon kerja pun kurang
keyakinan apatah lagi berhadapan dengan orang atasan. Keadaan ini benar-benar berlaku dan aku sangat berharap
kerajaan peka dengan masalah ini.

            Minat belajar dalam kalangan pelajar juga turut pudar apabila mereka kurang keyakinan untuk berjaya dalam
peperiksaan. Hal ini mungkin ketara bagi pelajar di luar bandar. Mereka merasakan menuntut ilmu sia-sia sahaja kerana
cabaran peperiksaan. Pada awalnya mereka mungkin berpotensi namun apabila teringat akan cabaran peperiksaan,
mereka menjadi kurang yakin. Akhirnya mengambil keputusan berhenti sekolah atau bekerja sahaja tanpa sebarang
kelayakan. Sedangkan dalam agama tidak pernah menyatakan menuntut ilmu hingga peperiksaan atau untuk
peperiksaan.. Yang jelas ilmu itu meluas tanpa sempadan cuma kaedah peperiksaan ini sahaja kadang kala mengubah
psikologi manusia.

           Keadaan ini sedikit sebanyak menumbang kepada gejala negatif dalam kalangan anak muda. Apabila malas
belajar atau tidak berpelunag kerana peperiksaan kurang berjaya, terjadilah haluan anak muda yang tanpa hala tuju.
Merewang sini sana. Akhirnya timbullah gejala tidak sihat seperti rempit, seks bebas dan sebagainya. Kerana mereka
banyak waktu terluang dan tak tahu nak buat apa.. Keadaan ini sangat merugikan sebenarnya. Kalaulah anak muda ini
kita bina jati diri mereka, betapa banyak impak positif yang mampu kita perolehi.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,


Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari
dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul penting yang
pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan sekalian.

Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan,


Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan
disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang.
Jadi, dapatlah dirumuskan di sini, pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa kepada kecemerlangan
pendidikan di negara kita.

Tuan Yang Dipertua,


Usul pada hari ini berbunyi, “ Peperiksaan Awam UPSR dan PMR wajar dimansuhkan”. Oleh itu, sebelum saya pergi
lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar
pihak pembangkang khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus Dewan “
Peperiksaan awam” bermaksud, peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. “UPSR”
pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Darjah Enam di Malaysia.
“PMR” pula bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Tingkatan Tiga di
Malaysia. “ Wajar Dimansuhkan” pula bermaksud, wajar dihapuskan atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang
saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah
yang bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang
pertikaian.

Tuan Yang Dipertua,


Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakana ialah kecemerlangan
seseorang pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata. Yang kedua indikator kami ialah
tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai daripada kecemerlangan pelajar yang diajar olehnya. Oleh itu,
berdasarkan indikator-indikator ini secara justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan
sebentar sahaja lagi akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,


Sejak zaman – berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini masih berada di takuk
yang lama kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, objektif untuk menimba pengetahuan secara
menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita penuhi kerana sentiasa fokus kepada peperiksaan semata-mata.
Lihat sahaja, peristiwa yang baru-baru ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang
menolak puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Para pelajar yang
mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan ujian susulan melibatkan keseluruhan aspek
sama ada kelancaran membaca, mengira dan sebagainya, ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. 
Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita
masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai
jawapan yang tersendiri bukan?

Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian,


pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana
pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk
peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan
ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan
dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru
apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada
setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian,


Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam kegiatan kokurikulum.
Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus
memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang
untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan.
Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang
juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke
peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. 
Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan
sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu,
jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi
diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Tuan Yang Dipertua,


Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan
kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR
bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan
pembayaran gaji untuk penggubalan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan
menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita
sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari
bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah
atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini akan meringankan
beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya menerima pembaharuan
yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita sendiri. Oleh yang demikian langkah
Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu
dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan.
Sekian mohon untuk terus mencadang.

Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasi kerajaan, rakan-rakan
pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan
definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat
daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang
sudah menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi tanggungjawab kami dalam meneliti beberapa
kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah logik dan benar untuk menangkis hujah-
hujah kurang jelas daripada pihak kerajaan sebentar tadi.

Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang membantah sekeras-kerasnya usul ini.
Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang ternyata tidak kurang mantap hujahnya ,
pembangkang ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya
dengan hujah yang kami lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam ini tidak
wajar dimansuhkan.

Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan pemansuhan peperiksaan awam
ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar
hanya belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha
pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka menyatakan
bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Kalau benar
pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak
dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana
kerelevenan hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini oleh pihak
kerajaan sebentar lagi.

Tuan Yang Dipertua,


Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini dapat meningkatkan prestasi pelajar seperti yang
diperkatakan oleh pihak kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah melihat bahawa pemansuhan UPSR dan PMR
akan menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian,
kerana guru disekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun
PMR.

Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai
perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di
samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSRdapat
menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan lagi,
UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam
sekolah menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh
pelajarsebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajardalam bidang-bidang
tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar
yang standart.

Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh
keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan
SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang
secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot.

Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan
sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di
sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR.
Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas
melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya,
pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak lepas
daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan peperiksaan.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian,


Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah
rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya
saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untukmemberi dorongan kepada
pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang
cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan
ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan
ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. 
Sebagaikesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satusama lain. Apakah
pihak kerajaan sama sekali tidak pernah terfikir bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih
gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam
ini dapat dimansuhkan dengan segera.

Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam UPSR dan PMR
amatlah tidak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak memberikan implikasi negatif kepada sistem
pendidikan di negara kita pada masa kini. Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan
dengan ini saya mengundur diri. Mohon untuk terus membangkang.

Obsesi semua pihak terhadap ukuran kecemerlangan murid berdasarkan pencapaian bilangan A di dalam peperiksaan
semakin menjadi-jadi.

Jika dahulunya budaya kiasu sering membawa kita kepada membayangkan negara jiran, Singapura, kini sikap all-must-
win itu sudah semakin membarah di Malaysia hingga ia tidak lagi ditonjolkan pada kegilaan menghimpun tertinggi,
terpanjang, terbesar dan terhebat di mercu tanda negara, malah turut mengisi seluruh spektrum kehidupan. ‘Segala-
galanya bersifat enjit enjit semut siapa sakit naik atas’!
Seawal usia pra sekolah, murid-murid sudah diheret ke budaya ‘saya masuk kelas A sebab ada yang masuk kelas B’.

Murid yang beroleh keseluruhan A akan disanjung oleh semua peringkat masyarakat dan media. Pelbagai anugerah
diberikan dan jumlah mereka menyumbang kepada statistik kebanggaan sekolah, kemudian daerah dan akhirnya negeri
ke peringkat kebangsaan. Sedangkan segala liputan terhadap kelompok ‘cemerlang ini’ hakikatnya adalah laporan
berkenaan kelompok minoriti kecil berbanding kelompok majoriti dengan pencapaian sederhana yang terus
dipinggirkan.

Sekurang-kurangnya dua tragedi besar sudah terpampang di hadapan mata kita kesan daripada obsesi terhadap
peperiksaan ini.
Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang
lalu.

Sejauh mana isu ini diperbahaskan? Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya
sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang
anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR? Saya yakin jika insiden ini berlaku di
negara maju lain, ia sudah cukup untuk menggoncang seluruh sistem negara.

Tekanan psikologi yang dikenakan ke atas murid-murid sebagai ‘kuda pertaruhan’ amat membimbangkan. Apatah lagi,
tidak semua pelajar boleh cemerlang dalam orientasi hafalan dan muntahan fakta ke kertas peperiksaan. Ramai juga
yang datang daripada kategori hands-on. Mereka mahir di dalam pelbagai bidang kemahiran membabitkan seni,
teknikal, vokasional dan lain-lain, namun dipandang rendah kerana tidak berjaya diukur dan pembaris tunggal yang
mengukur kualiti manusia di dalam sistem pendidikan kita.
GENERASI ROBOTIK
Kesan kedua yang timbul adalah pada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan.

Kesan ini sukar dinilai semasa murid-murid berada di bangku pengajian kerana mereka masih berada di dalam sistem
itu dan menjadi sebahagian daripadanya.

Tetapi, selepas menjadi graduan kepada sistem itu, bagaimanakah kualiti mahasiswa dan mahasiswi kita di peringkat
pengajian universiti hari ini? Bagaimanakah pengalaman para pensyarah semasa mengendalikan murid-murid
‘cemerlang dengan A’ ini? Malah bagaimanakah statistik pelajar universiti yang terpaksa mengulang tahun atau
kecundang di dalam pengajian, biar pun mereka itu adalah cream of the cream semasa di peringkat SPM?
Tidak dilupakan, keluhan demi keluhan pihak Sumber Manusia (HR) di dalam industri.

Bagaimanakah kualiti kemanusiaan warga kerja generasi muda kebelakangan ini?

Mereka mungkin mampu memiliki ijazah dengan CGPA 4.0 tetapi tidak terfikir bahawa untuk menghulurkan pisau
kepada orang lain, yang patut diajukan adalah hulu pisau dan bukan matanya.

) SISTEM TERLALU BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN 

wALAUPUN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN MULAI 2006 - 2010 BAKAL
MEMBERIKAN LONJAKAN SAUJANA DALAM PERSPEKTIF WARGA PENDIDIKAN NEGARA, NAMUN KITA HARUS SEDAR
SEKALI LAGI BETAPA MENTALITI KITA YANG MEN'DEWA'KAN PEPERIKSAAN MENYEBABKAN KITA SEAKAN - AKAN
ALPA DENGAN TUNTUTAN YANG SEBENAR MENURUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN : 

MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL(JERI) SERTA BERSIFAT
CINTAKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....... 

ADAKAH KITA SEDAR BETAPA SEGALA INFRASTRUKTUR, KEMUDAHAN, PERLAKSANAAN P&P, GURU, MODUL
PEMBELAJARAN DAN SEBAGAINYA YANG ADA DALAM PIPP TERSEBUT BOLEH MEREALISASIKAN MATLAMAT YAN
BESAR INI....... SECARA TUNTASNYA, HAMPIR KESEMUA DARIPADA KITA BERMENTALITIKAN 'EXAM' SEMATA - MATA
TANPA MENHIRAUKAN PERKARA INI..... NAMUN, BUKAN MAKSUD SAYA UNTUK MENGHUKUM SISTEM PEPERIKSAAN
YANG BERTINDAK SEBAGAI ELEMEN PENAPIS KEMASUKAN PELAJAR - PELAJAR KITA KE MANA - MANA IPT DALAM
MAHUPUN LUAR NEGARA, 

NAMUN, PERKARA YANG MENJADI TITIK PERTIKAIAN PADA HARI INI ADALAH, ADAKAH SEMEMANNYA PEPERIKSAAN
ITU SENDIRI BERJAYA MERUNGKAI SEGALA POTENSI DALAMAN SESEORANG PELAJAR YANG MENDUDUKINYA........ 

SAYA BERIKAN CONTOH MUDAH.... ANDAI KATA DALAM SATU PEPERIKSAAN TENGAH TAHUN, ANDA DIBERITAHU
BAHAWA SOALAN - SOALAN YANG BAKAL KELUAR ADALAH DARI BAB 1 HINGGA 10 SILIBUS TINGKATAN 1 - 3 UNTUK
SUBJEK SEJARAH, TIBA - TIBA APABILA KELUAR KERTAS, RUPA - RUPANYA HANYA PURATA 3 SOALAN UNTUK SETIAP
BAB YANG DITANYA, 
SEDANGKAN, ANDA SUDAH MEMBACA DAN MENGHAFAL FAKTA -FAKTA SEBANYAK LEBIH KURANG 300 HELAI BAHAN
BACAAN sEJARAH SEBAGAI PERSEDIAAN, ADAKAH ANDA TERSENYUM MELIHAT SITUASI INI? 

Sistem pendidikan negara sebenarnya bukan menjurus kepada peperiksaan tetapi untuk melayakkan diri ke universiti
atau kelayakan sesuatu pekerjaan itu yang membuatkan kita sendiri mengorientasikan pendidikan hanya untuk
peperiksaan. 

Pernahkah kita terfikir, mengapa kita perlu belajar? Tidak kiralah sama ada secara formal ataupun tidak. Kita belajar
bukan untuk kejayaan sahaja tetapi belajar sesuatu ilmu untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan di akhirat. Pada
hari ini kita lebih suka belajar hanya untuk merealisasikan impian kita dan tidak menghayati, mengaplikasikan semula
segala ilmu yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian sepenuhnya. 

Pendidikan di negara kita sebenarnya sudah jelas memenuhi keperluan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tetapi pelaksanaannya yang kurang kritis dan kreatif menyebabkan usaha
untuk membentuk pelajar yang seimbang dalam keempat-empat aspek tidak tercapai. 

Contohnya, dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sudah cukup memenuhi kesemuanya. Aktiviti
yang dijalankan seperti senaman sudah memenuhi tuntutan fizikal, semasa proses aktiviti yang dijalankan emosi pelajar
akan dipamerkan seperti kegembiraan melakukan aktiviti, menghormati orang lain dan sebagainya. Nilai-niai murni
yang terdapat dalam silibus kurikulum membentuk rohani pelajar manakala pengetahuan daripada ilmu yang dipelajari
membina keintelektualan pelajar. Adakah ini dikatakan sistem pendidikan negara tidak memenuhi keempat-empat
tuntutan tersebut? 

Sebenarnya kekurangan daya kreatif dan banyak kesilapan teknikal yang dilakukan tenaga pengajar sehingga mereka
gagal untuk memotivasikan pelajar supaya minat dan menghayati ilmu yang dipelajari sepanjang hidup. 

Pernahkah kita terfikir mengapa lampu isyarat hanya ada 3 warna dan disusun atasnya merah, kuning dan seterusnya
hijau? Kita jarang memikirkan sesuatu isu dengan kritis dan kreatif. Kita hanya memikirkan bagaimana untuk mencapai
sesuatu dalam masa yang singkat tanpa memikirkan kesan, sebab musabab untuk jangka masa panjang. Kita
kebiasaannya menjalani kehidupan tanpa mengamal segala ilmu yang dipelajari. Kesannya, masalah sosial menjadi
kritikal, pengangguran meningkat dan rasuah menjadi-jadi. Bukan begitu? 

Akhir sekali, terdapat beberapa aspek dalam pendidikan yang perlu diperbaiki tetapi perjalanan sistem pendidikan
negara pada hari ini sebenarnya sudah memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara. Tidak percaya? Boleh tanya
yang lebih arif dalam dunia pendidikan. 

Anda mungkin juga menyukai