Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

CIRI CIRI GURU EFEKTIF


Disediakan oleh, Estefa Dumang anak Benjamin Siti Azira binti Jose Sonia Jeane anak Usup

Guru Efektif
Menurut Michael Marland, seorang guru dikatakan efektif apabila ia mempunyai sikap tajam perhatian dan pantang menyerah, penjelasannya mudah difahami serta mampu mengelola kelas dengan baik. Clara R. Puji. Jogyanti berpendapat bahawa guru efektif adalah guru yang dapat meningkatkan seluruh kemampuan pelajar ke arah yang lebih positif melalui pengajarannya. Dr. Sukadi berpendapat guru yang efektif ialah guru yang mampu menggunakan segala potensi yang ada dalam dirinya dan di luar dirinya untuk mencapai tujuan pembelajaran.

Komunikatif Bersikap positif Bijak memberi penjelasan

Kepelbagaian kaedah pengajaran Ciri ciri Guru Efektif

Motivasi

Berpengetahuan

Prihatin

Sistematik

Kecindan

Komunikatif
Maksud : Sedia atau dapat berhubungan (mengadakan komunikasi), dapat atau mudah menyampaikan sesuatu maksud atau maklumat.

Situasi : Guru dapat berinteraksi secara dua hala dengan murid murid iaitu dengan mengajukan persoalan bagi menguji minda murid murid dan seterusnya murid pula akan menjawab

Bijak memberi penjelasan


Maksud : Penggunaan laras bahasa yang sesuai, betul dan tepat berdasarkan keperluan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk berkomunikasi dengan murid murid secara berkesan. Situasi : Apabila memberi penerangan mengenai topik fotosintesis bagi subjek Sains, guru haruslah menggunakan laras bahasa yang ringkas dan tidak berbelit belit agar isi pelajaran mudah difahami oleh murid murid.

Motivasi
Maksud : Seseorang yang sentiasa awal dan mendahului, sentiasa bersemangat, sentiasa memperbaiki diri dan keadaan, sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang dan bijak menyelesaikan masalah. Situasi : Apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah dalam pelajaran, guru akan membantu murid tersebut untuk memperbaiki kelemahannya dalam pelajaran.

Prihatin
Maksud : Memiliki nilai sensitiviti yang tinggi terhadap sesuatu atau orang sekeliling serta dapat memberi respon yang baik terhadap sesuatu perkara. Situasi : Guru sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku kepada murid muridnya terutamanya dari aspek kehadiran, prestasi pelajaran dan disiplin murid murid.

Kecindan
Maksud : Kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur. Situasi : Guru boleh menggunakan tiga hingga empat kartun yang berunsurkan kecindan dalam menyampaikan isi pelajaran berbentuk cerita atau contoh dalam sesi pembelajaran.

Sistematik
Maksud : Melaksanakan sesuatu tugasan dengan teratur. Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik. Situasi : Memastikan dan menyediakan bahan bahan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum menjalankan eksperimen Sains bersama sama dengan murid - murid

Berpengetahuan
Maksud : Mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya dengan mendalam

Guru yang berpengetahuan haruslah serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu isu semasa untuk dibincangkan dan mencari penyelesaian. Isu isu semasa seperti kekeluargaan, komuniti, ekonomi dan sebagainya
Situasi : Mengaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian mereka. Misalnya, bagi matapelajaran Kajian Tempatan, guru boleh mengaitkan isu banjir yang berlaku pada baru baru ini dan berbincang mengenai punca- punca berlakunya banjir tersebut.

Kepelbagaian kaedah mengajar


Konsep : 1. kaedah yang besesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid 2. Bijak menggabungkan beberapa kaedah dalam suatu masa pelajaran 3. Kaedah pengajaran yang pelbagai ini penting bagi menjamin kejelasan dan kefahaman murid murid terhadap isi pelajaran Situasi : Penggunaan alat elektronik seperti komputer, internet, power point dan video dalam menyampaikan isi pelajaran seperti proses berlakunya letusan gunung berapi.

Bersikap positif
Konsep : Sikap positif merupakan aset yang amat penting dalam hidup. Hal ini demikian kerana sikap positif dapat membantu guru menghadapi alam perguruan dengan lebih baik.

Situasi : Seorang guru telah diarahkan untuk mengajar Matematik pada hari pertama dia ditempatkan ke sekolah. Meskipun Matematik bukan bidangnya namun beliau berusaha untuk mengajar matapelajaran tersebut dengan sehabis baik dan menghadapi hari pertama mengajar tanpa wujud perasaan negatif.

Implikasi gagal menjadi guru yang efektif


Kelas tidak terkawal Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar Potensi murid sukar untuk dikenalpasti Masalah disiplin meningkat Wujud jurang antara guru dan murid murid Tidak dapat mengesan perkembangan murid

Rujukan
Amalan kecindan jenaka oleh guru. Dipetik pada 11 Januari 2013 daripada http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/amalan -kecindan-jenaka-oleh-guru.html Ciri ciri pendekatan komunikatif. Dipetik pada 11 Januari 2013 daripada http://hidayatnor100.blogspot.com/2011/05/ciri-ciripendekatan-komunikatif.html Ciri ciri orang yang bermotivasi. Dipetik pada 11 Januari 2013 daripada http://anareinha88.blogspot.com/2009/04/ciri-ciriorang-yang-bermotivasi.html

Sambungan
Ciri dan kualiti guru. Dipetik pada 11 Januari 2013 daripada http://pengajianipg.blogspot.com/2011/02/ciri-dan-kualiti-gurudalam-menghadapi.html Ciri ciri guru efektif. Dipetik pada 11 Januari 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/49441506/Ciriciri-Guru-Efektif Guru dan kemahiran profesional. Dipetik pada 11 Januari 2013 daripada http://kulanzsalleh.com/gurudan-kemahiran-profesional/

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai