Anda di halaman 1dari 6

Sosiolinguistik

Nama : Mohd Azizan Bin Kaunsin


Pensyarah : Puan Hajah Musalmah

Pendahuluan
Sosiolinguistik merupakan suatu bidang atau disiplin ilmu
yang amat penting dalam ilmu bahasa.
Istilah Sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah iaitu

-Sosiologi menurut Kamus Dewan Edisi


Keempat didefinisikan sebagai kajian tentang
organisasi, kehidupan dan masyarakat
manusia (2010:1519)
-Manakala istilah linguistik pula bermaksud
kajian saintifik tentang bahasa (2010:945)

Jadi, secara ringkasnya, sosiolinguistik boleh kita


perjelaskan sebagai kajian saintifik tentang bahasa
dalam sesebuah organisai, kehidupan dan dalam
sesebuah masyarakat manusia.
Menurut Profesor Teo Kok Seong dalam Zulkifley
Hamidet al(2007:114) pula, sosiolinguistik adalah suatu
bidang pengajian dan pengkajian yang menggabungkan
dua disiplin iaitu sosiologi dan linguistik
Sosiologi memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu
bahasa dan masyarakat
Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat
sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua
entiti ini adalah akrab sekali.

Bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik


yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial.
Secara lebih khususnya, sisiolinguistik sebenarnya adalah
bidang yang bersifat untuk melihat bagaimana ahli
masyarakat menggunakan bahasanya dalam kontekskonteks yang berlainan (Abdullah Hassan, 2007:254).
Latar sesuatu masyarakat itu memainkan peranan penting
dalam menentukan bagaimana kelompok masyarakat
tersebut menggunakan bahasa mereka
Antara faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa
dalam sesebuah kelompok masyarakat adalah seperti
daerah petempatan, taraf pendidikan, kelas sosial,
pekerjaan, umur dan juga jantina.

Sebagai contoh, jika dalam sesuatu masyarakat itu


kebanyakkan dari mereka adalah terdiri daripada
golongan yang berpendidikan tinggi, maka penggunaan
bahasa atau pertuturan mereka itu akan lebih teratur
dan bersifat ilmiah.
Dalam pada itu, Fishman (1972) dalam Siti Hajar Abdul
Aziz (2009:62) mengatakan bahawa sosiolinguistik
sebagai kajian tentang sisfat-sifat khusus bagi variasi
bahasa, fungsi bahasa dan pemakaian bahasa dalam
jalinan interaksi serta perubahan antara ketiga-tiganya
dalam masyarakat penutur bahasa tersebut.

Secara keseluruhannya, sosiolinguistik boleh kita


konsepsikan sebagai kajian tentang kesan seluruh
aspek kehidupan manusia termasuk nilai-nilai budaya,
pencapaian dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:61). Bak kata pepatah,
Bahasa Jiwa Bangsa, bagaimana bahasa yang kita
pertuturkan, begitulah gambaran jiwa kita. Jika baik
bahasa kita, maka baiklah gambarannya dan jika buruk
bahasa kita, maka buruklah gambarannya.

Anda mungkin juga menyukai