Anda di halaman 1dari 10

Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan

sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kodkod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasimanifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara

berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. Selain daripada itu kita juga sering kali tanpa disadari, merubah cara berbicara tergantung pada siapa lawan bicara. Ini pun tergantung pula pada keakraban orang yang dilawan berbicara, dan suasana sekelilingnya sewaktu proses percakapan berlangsung. Cara kita berbicara dengan anak, isteri, suami di rumah tetulah berbeza daripada cara berbicara di tempat umum. Lebih penting lagi, kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang diujarkan oleh seseorang, tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan, terutama pada pertemuan pertama. Hal-hal seperti ini dulu dianggap kurang penting bagi kajian linguistik. Ini terjadi demikian kerana kajian bahasa secara tradisional pada masa lalu adalah terlampau memberi tumpuan kepada bentuk bahasa tulisan. Akibatnya linguistik dan sosiologi menjadi terpisah dari yang lainnya. Linguistik khususnya di Amerika, menurut, Fishman (1968: 7), sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah "disiplin normal" yang hampir sejajar dengan matematik yang abstrak. Ia memberi tumpuan keanalisis struktur bahasa, dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan. Pada pertengahan tahun 1960-an pula, ada penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuwan Amerika akan hubungan-hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday 1982: 2). Khusunya, istilah sociolinguistics baru muncul pada tahun 1952 dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya diselidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (dalam Dittmar 1976:127). Ada juga sejak dahulu pendekatan yang meminati linguistik antropologi, namun ia masih menganggap bahasa dan kebudayaan sebagai keseluruhan yang sifatnya monolitik, walaupun ada perhubungan antara satu sama lain (Fishman 1968: 7). Maka dapatlah disimpulkan bahawa sosiolinguistik adalah satu pendekatan yang akan membuat bidang ssiolinguistik ini sebagai satu bidang mikrolinguistik yang menjadi manusiawi dan sosiologikal. Tentu sekali kita dapat mmerasakan bahawa hakikat bahawa bahasa itu bermakna dan berfungsi hanyalah wujud dan terasa pada pemasyarakatannya dalam perjalanan hidup sehari-hari? Istilah sosiolinguistik sering kali dikelirukan dengan istilahh sosiologi bahasa. Ada beberapa orang sarjana yang menganggapnya sama saja. Ada juga yang

membezakannya, dan perbezaan tersebut hanyalah pada penumpuan kajian mdengan demikian maka masyarakat yang menyajikan konteks, di sana segala perilaku bahasa akan dikaji. Yang lebih sejalan dengan pendekatan ini adalah sosiologi bahasa bukan sosiolinguistik, yang memberikan penekanan kepada sebaliknya. Dengan begitu sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial dalam skala besar yang saling bertimbal balik dengan bahasa dan dialek-dialek. Sebagai contoh dapatlah dikemukakan, misalnya: masalah menurunnya dan asimilasi bahasa-bahasa minoriti, perkembangan bilingualisme, perkembangan pembakuan bahasa dan perancangan bahasa negara-negara membangun. Sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa. Sosiologi bahasa pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. Aspek-aspek ini boleh terdiri daripada norma dan nilai dalam masyarakat, harapan masyarakt, suasa yang wujud dalam masyarakat, dll. Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etngrafi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya: pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184). Hal-hal di atas dapat disebut sebagai indikator-indikator sosiolinguistik, dan secara umumnya inilah yang diselidiki oleh sarjana sosiolinguistik. Ini dapat disimpulkan dalam lima perkara berikut: 1. Ada beberapa jenis kebiasaan atau konvensyen yang digunakan bagi menguruskan ujaran kita yang diorientasikan kepada tujuan-tujuan sosial. Dalam kenyataannya di sini terdapat struktur-struktur pembicaraan dan interaksi seperti misalnya dalam pembicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong dan sebagainya. Mereka yang meminati bidang ini disebut ethnomethodologis, iaitu mereka yang mempelajari metod-metod dan alat-alat yang digunakan oleh kelompok-kelompok sosial untuk mencapai tujuannya. Mereka percaya bahwa kenyataan-kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual-jadual statistik, tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam proses interaksi. Penyelidikan lain dalam bidang ini dan lebih berorientasi pada bidang linguistik, adalah bidang yang disebut sebagai analisis wacana. Kelompok lain yang berdekatan dengan analisis ini adalah ahli antropologi yang menganalisis polapola penyusunan pengajaran lisan atau oral message yang terkandung dalam cerita-cerita dongeng, cerita-cerita rakyat, teka-teki dan upacara-upacara keagamaan dengan acuan pada masyarakat tempat semua itu berada.

2. Kajian bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya ujaran kelas pertengahan dan kelas atasan masyarakat Inggeris. Tentulah penyelidikan mengenai alasan-alasan masyarakat yang menwujudkan perilaku bahasa begitu tidak terbatas pada perbezaan stail antara kelompok dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi komunikasi antara kelompok-kelompok masyarakat bahasa' dan kelompokkelompok etnik yang berbeza. Dalam hal ini Dell Hymes mengutarakan konsep yangtermaktun dalam istilah sosiolinguistik,iaitu: kecekapan berkomunikasi (communicative competence). 3. Variasi dan neka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya. Inilah yang merupakan gagasan inti bidang sosiolinguistik. Ini kelihatan seperti sama dengan perkara 2 di atas. Perbezaannya adalah pada tujuan-tujuannya yang lebih sosiologikal. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial, bermula daripada aksen (pelat) membawa kepada pemilihan kosa kata dan sistem gramatikal. Dalam masyarakat multilingual apa yang diucapkan mungkin menyajikan indikator status sosial si pembicara. Kenekaan linguistik ini merupakan satu topik penting dalam kajian sosiolinguistik. Perkara inilah yang dikaji oleh Trudgil (1974) bagi menunjukkan perbezaanperbezaan sosial orang-orang Inggeris yang berasal dari Norway. 4. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah juga menjadi sasaran kajian sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise, secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Perancis. Begitu juga juga pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah dillakukan sebagai satu eksploitasi bahasa demi kepentingan politik. Malah, pemilihan bahasa, misalnya untuk menjadi bahasa nasional adalah persoalan yang menyangkut hal-hal politik, seperti menentukan bahasa asing untuk diajarkan di satu negara. Sebagai contoh keputusan bagi mengajarkan bahasa Maori kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand, pengajaran bahasa Rusia di negara-negara blok timur dan usaha memasukkan bahasa-bahasa peribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika, dll. Lebih rapat dengan kita adalah keputusan memilih bahasa Melayu menjadi bahasa Nasional Indonesia sebagai yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda yang mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai. Contoh di atas erat kaitannya terutama dengan kebijaksanaan dalam pendidikan; dan ini semua dalam sosiolinguistik lazim disebut sebagai perancangan taraf bahasa. Menurut Fishman yang mengkaji masyarakat multilingual, hal ini sering dihubungkan dengan tokoh atau pelopor sesebuah masyarakat multilingual. 5. Aspek-aspek sosial dalam bilingualisme dan multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di berbagai negara, biasanya melibatkan

nada-nada politik yang berkaitan dengan pengakuan atau penerimaan bahasa oleh kelompok tersebut. Penyelidikan lainnya adalah mengkaji cara bukan penutur asli berganti-ganti menggunakan bahasa tertentu untuk satu kegiatan dan yang satu lagi untuk kegiatan lain. Fenomena ini disebut sebagai code switching. Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalam meminjam perkataan-pekataan asing. Ada pula yang menyelidiki sejauh mana seseorang bilingual atau multilingual taat kepada bahasa yang dikuasainya, ditinjau dari segi sosiologi mahupun psikologi. Dalam kelima-lima perkara di atas, ahli sosiolinguistik sudah tentu mempunyai pendekatan dan teori yang berbeza antara satu dengan yang lain. Mungkin ada yang memberi penekanan kajiannya kepada linguistiknya, sosiologinya atau psikologinya. Akan tetapi semuanya relatif, bermula daripada andaian yang sama bahawa sosiolinguistik mengkaji cara-cara atau bagaimana bahasa berinteraksi dengan masyarakat. Ia adalah satu kajian cara bagaimana struktur bahasa berubah sebagai respons terhadap fungsi-fungsi sosial yang beraneka ragam, dan batasan dari fungsi-fungsi ini (Crystal 1971: 252) .Akhirnya perlu juga dicatat bahawa konferens pertarna dalam sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964. Salah satu hasil daripada konferens itu dirumuskan oleh Dittmar (1976 :128) dalam tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik, iaitu:1. Identiti sosial penutur,2. Identitas sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi,3. Lingkungan sosial termpat peristiwa ujaran terjadi,4. Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek-dialek sosial,5. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentukbentuk perilaku ujaran,6. Tingkatan neka atau ragam linguistik, dan7. Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik.

Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang ilmu yana mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa. Sosiologi bahasa pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. 1.1 Pengenalan Malaysia tidak serupa dengan jiran-jirannya. Penduduknya lebih heterogen kalau dibandingkan dengan Thailand, Filipina dan Indonesia. Umumnya da tiga kaum besar yang berlainan etnik, budaya dan agama hidup di negara ini, iaitu: Melayu, Cina dan India. Ini menyebabkan kita membuat generalisasi yang penduduk Malaysia menuturkan tiga bahasa sahaja, satu bagi setiap kaum: Melayu bertutur bahasa Melayu, Cina bertutur bahasa Cina dan India bertutur bahasa India. Walau bagaimanapun, sebagai yang akan terlihat di dalam perbincangan yang berikut, bahawa, keadaannya tidaklah semudah itu. Ada benarnya orang Melayu bertutur bahasa Melayu, tetapi keadaannya tidaklah demikian dengan orang Cina dan India.

Bahasa Melayu adalah lingua franca Malaysia. Bahasa Melayu itu dituturkan oleh kaum Melayu dan kaum lain untuk perhubungan di dalam dan di antara kaum. Walaupun kaum-kaum ini terpisah dari segi kebudayaan, geografi dan ekonomi, mereka masih perlu berhubung antara satu sama lain dalam aktiviti harian mereka. Generasi baru pula mempunyai peluang yang lebih besar untuk berhubungan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang umum bagi semua kaum. Satu lagi perkembangan baru ialah bahawa kelas pertengahan yang kian menjadi penting semakin mempunyai peluang yang lebih besar untuk berhubungan dan bergaul baik di dalam atau di luar konteks pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelas menengah ini lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan perkembangan bahasa Melayu. Namun demikian, penggunaan bahasa Melayu itu semakin menunjukkan perkembangan yang sihat dari segi bilangan penutur dan perkembangan daerah. Kefasihan mereka bergantung pada keperluan mereka di dalam menggunakan bahasa Melayu dan juga umur mereka. Kaum bukan Melayu yang tergolong kepada generasi tua, mungkin mempunyai hubungan yang terhad dengan penutur-penutur bahasa Melayu. Kebanyakannya hanya mampu bertutur di dalam bahasa Melayu pasar atau kacukan yang sangat terhad. Tetapi generasi yang lebih muda telah belajar bahasa Melayu dengan lebih sistematis dan berkesan di sekolah-sekolah dan melalui pergaulan yang lebih meluas. Kefasihan bahasa Melayu mereka telah menjadi lebih tinggi. Mereka mampu menggunakan bahasa Melayu bukan saja untuk perhubungan dan pergaulan, tetapi juga untuk fungsi-fungsi rasmi. Demi untuk mengatasi masalah inilah maka selepas pergaduhan kaum pada tahun 1969, maka istilah bahasa Malaysia telah timbul. Ia adalah berasaskan bahasa Melayu, dan ini berlaku secara spontan sebagai hasrat bersama rakyat Malaysia untuk membentuk satu identiti baru. Ini akan disentuh lagi dalam perbincangan berikutan. Istilah bahasa Malaysia itu akan digunakan seterusnya di dalam buku ini. 1.2 Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Vernakular Setelah disentuh sedikit mengenai bahasa-bahasa penduduk Malaysia menurut kaumnya, bolehlah pula kita melihat keseluruhan bahasa masyarakat yang kompleks ini. Istilah kaum sengaja digunakan untuk menunjukkan keseragaman unsur-unsur lain seperti agama, adat yang wujud di dalam masyarakat tersebut. Sebenarnya kaum-kaum itu dibezakan menurut bahasanya sebab unsur-unsur lain itu walaupun sangat berbeza, tetapi tidaklah menjadi perbezaan penting. Telah dikatakan bahawa ramai orang memegang pandang umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa. tetapi pemerhatian yang lebih rapat terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang sangat berbeza. Setiap kaum sebenarnya mempunyai subkaum, dan setiap satunya menuturkan bahasa yang berlainan. Dengan itu kita dapat mengatakan bahasa-bahasa yang dituturkan

di Malaysia adalah seperti di bawah. Untuk pengetahuan lanjut lihatlah Asmah Hj. Omar 1975: 12-28, 1982, 1985. Bahasa-Bahasa Malaysia Semenanjung Bumiputera Cina India Lain-Lain Melayu (termasuk Melayu Indonesia) Jakun Semai Negrito Hokkien Kanton Hakka Teochew Hainan Kwongsai Hokchiu Hengchua Hokchia Tamil Telugu Malayalam Gujarati Oriya Marathi Punjabi Benggala Hindi Urdu Thai Inggeris Arab Portugis Bahasa-Bahasa di Malaysia Timur: Sabah Bumiputera Cina India Lain-Lain Dusun/Kadazan (Rungus, Kadazan, Lotud)

Murut (Murut, Sumambua Bajau Illanun Melayu (termasuk Melayu Indonesia) Paitan Suluk Bisaya Lun Dayeh Hakka Kanton Hokkien Teochew Hainan Tamil Urdu Inggeris Bahasa-Bahasa di Malaysia Timur: Sarawak Bumiputera Cina India Lain-Lain Iban Melanau Melayu (termasuk Melayu Indonesia) Bisayah Kadayan Kayan Kenyak Kelabit Narom Penam Bidayuh (Bedayah, Biatah) Lun Bawang Kanton Foochow Hakka Henghua Hokkien Hainan Teochew

Tamil Inggeris Perkara yang jelas daripada jadual-jadual di atas ialah bahawa bahasabahasa di Malaysia memang banyak. Walaupun demikian Malaysia telah berjaya memilih satu bahasa perantaraan untuk berhubungan, iaitu bahasa Melayu yang dinamai semula sebagai bahasa Malaysia, iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia. Pemakaian bahasa Inggeris tidak seluas yang difikirkan oleh ramai orang. Memang benar bahasa Inggeris menduduki tempat yang istimewa di Malaysia. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia sebelum merdeka dan selama sepuluh tahun selepas itu. Sebenarnya, masih ada pemakaiannya yang bertahan kuat di dalam sektor swasta dan beberapa jabatan kerajaan seperti kehakiman, perubatan, dan ketenteraan walaupun hingga ke hari ini, dan oleh itu pengekalan kelas menengah yang terus menggunakannya sebagai bahasa perhubungan umum dan sosial. Tetapi, penduduk umum tidaklah menuturkannya. Pendek kata tatkala Malaysia (Malaya) merdeka pada tahun 1957, bahasa Inggeris hanya dituturkan oleh 10% penduduk Malaysia (Angkatan Sasterawan 50: 1962). Peratusan ini mungkin tidak jauh berubah sebab penduduk Malaysia pun bertambah. Tetapi, kemungkinannya ialah, walaupun jumlah mungkin bertambah, tetapi peratusannya mungkin menurun. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris sangatlah penting di Malaysia sebagai bahasa perdagangan dan teknologi. Malah bahasa Inggeris amatlah penting sebagai bahasa penyalur kemodenan. Tetapi ia tidaklah dituturkan oleh semua orang. Mungkin inilah perbezaan penting di antara bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 1.3 Bahasa Bumiputera dan Bahasa Perhubungan Luas Bahasa Malaysia adalah bahasa yang lebih luas tersebar dan dituturkan di antara kaum-kaum bumiputera. Ia adalah di antara lingua franca atau LWC (Language of Wider Communication) sama ada di Malaysia Barat atau Timur. Perasaan ini telah diwarisinya sejak berkembangan empayar Melayu Seriwijaya di sekitar tahun 600 SM. Catatan pelayaran atau perdagangan orang China dan Sepanyol telah membuktikan hal ini. Tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu adalah satu daripada bahasa terpenting di dunia; bahasa Melayu dituturkan oleh hampir 180 juta penutur di Asia Tenggara ini dan menjadi bahasa Kebangsaan empat negara, iaitu: Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Memanglah Indonesia mengandungi jumlah penutur yang teramai iaitu penduduknya lebih daripada 150 juta orang walaupun tidak semuanya menuturkan bahasa tersebut sebagai bahasa kandung. Malaysia pula mempunyai seramai 15 juta penduduk dan di samping itu penduduk Singapura dan Brunei Darussalam juga perlu diambil kira. Di sekitar dunia bahasa Melayu ini pula terdapat lebih

kurang 3 juta penutur di Thailand Selatan, 2 juta di Filipina Selatan, dan jumlah-jumlah kecil di Kampuchea, Sri Langka, dan tidak harus dilupakan penduduk Pulau Cocos, walaupun kecil dari segi jumlah, tetapi besar ertinya dari segi penyebaran wilayah. Walaupun demikian, bahasa Inggeris itu tidaklah semakin hapus, Cuma peringkat kefasihannya merosot bagi setengah-setengah kaum. Walau bagaimanapun, melalui dasar baru pelajaran yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru telah mewajibkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memberi peluang yang lebih besar kepada ramai orang, tetapi penguasaannya terhad. Ia tidak lagi merupakan monopoli penduduk bandar dan yang kaya. Tetapi bahasa Inggeris itu tidaklah pula merebak ke luar bandar. Biasanya mereka yang datang dari luar bandar akan menetap di bandar kerana urusan tugas dan kemudahan lain. Peringkat kemahiran dalam bahasa Inggeris itu berbeza-beza dari kemampuan yang menandingi penutur kandung, hingga kepada bahasa Inggeris campuran (Pidgin, Broken English). Memang benar bahasa Inggeris telah bertambah dari segi penuturnya, tetapi peluasan kawasannya tidak berlaku. Dan adalah wajar juga dikatakan peratusannya juga tidak bertambah. Bahasa Inggeris tidak pernah berkembang ke luar bandar. Bahasa Arab pula digunakan di dalam bidang agama dan tidak pernah digunakan untuk bahasa perhubungan melainkan untuk kelompok yang terhad. Sebenarnya bilangan penuturnya pun tidak banyak. Tetapi bahasa Arab ini amat penting bagi orang Melayu yang beragama Islam kerana ia adalah bahasa agama. Semua orang Islam termasuk yang bukan Melayu perlu menguasai sedikit bahasa Arab dan mempelajari ayat-ayat al-Quran demi kepentingan agama Islam yang mereka anuti. Mereka biasanya boleh membaca tulisan Arab dengan ketepatan yang agak tinggi walaupun dengan tidak mengetahui maknanya. Walau bagaimanapun mereka tidak mempunyai kemahiran untuk bertutur dalam bahasa ini. Dengan meningkatnya keghairahan terhadap agama Islam, maka darjat bahasa tersebut di negara ini juga telah meningkat. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1984 yang menggunakan bahasa Arab sebagai sebahagian daripada bahasa pengantarnya, akan menjadi suatu motivasi yang kuat untuk pihak tertentu mempelajari bahasa Arab.

Anda mungkin juga menyukai