Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH SOSIOLINGUITIK Palini (500 SM) diyakini oleh banyak linguis sebagai pelopor pengkaji sosoilinguistik.

Dalam karyanya yang berjudul Astadhayayai sebuah buku yang mengandungi stiliska bahasa menyebabkan pengkajian sosiolinguistik mula memberi perhatian. Pada abad ke 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan pengkajian tentang dialek bahasa pendalaman Eropah dan konteks bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Sosiolinguistik adalah bidang yang mengabungkan dua disiplin iaitu linguistic dan sosiolinguistik .Dengan kedua-dua gabungan ini ,sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti :bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur yang akrab.Oleh itu bidang ini bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur social sama ada sesuatu struktur bahasa dengan struktur social yang menyebabkan sesuatu struktur social tertentu atau hal sebaliknya ( Teo Kok Seng 1995:42-43) Dalam erti kata lain ,sosiolinguistik ditakrifkan sebagai ilmu yang berkaitan dengan hubungan masyarakat seperti cara berbahasa yang berbeza antara kaum lelaki dan wanita,gaya percakapan yang berlainan seperti masyarakat timur dan masyarakat barat dan perubahan bahasa ke bahasa yang lain dan lebih berprestij dalam sesebuah perbualan.

PERKEMBANGAN SOSIOLINGUISTIK Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin terserlah apabila De Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa merupakan fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat . Dalam hal ini terdapat dua istilah yang popular iaitu langue dan parole namun tidak dapat menarik perhatian para sarjana bahasa dari Amerika Syarikat seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa dan budaya.

Istilah sosiolinguistik digunakan buat kali pertama oleh Harver Curriestilah sosiolinguistik digunakan buat kali pertama oleh Harver Currie pada tahun 1952. Tokoh ini pada mulanya tidak melihat kajian linguistik ini merentas realiti sosial . Setahun kemudian Weinreich (1953) menulis language in Contact yang diikuti dengan beberapa karya-karya besar lain dalam bidang ini menyebabkan kajian tentang sosiolinguistik menjadi ilmu yang lebih mantap dan menarik perhatian ramai orang. Pengkajian tentang bidang ini telah lama dibuat maka lahirlah penelitian E.Von Humboldt pada abad ke 19 yang menekankan peranan bahasa,penelitian oleh neo Humboldt di Jerman yang menyatakan bahawa bahasa sesebuah negara mampu memperlihatkan semangat nasional negara berkenaan.Pada tahu 1930-an-1940-an pula peneliti E.Sapir dan B.L Whorf muncul yang menegaskan wujudnya perbezaan cara berfikir antara kelompok yang bertutur bahasa-bahasa yang berlainan khususnya Indo-Eropah (seperti bahasa Hopi bahasa puak asli di Amerika) berkenaan dengan masa.Terdapat juga beberapa penelitian oleh ahli-ahli bahasa lain seperti J.RFirth yang mementingkan konteks pertuturan dalam penggunaan bahasa,M.Cohen dari perancis membicarakan kuasa pada magis ,sumpahan dan rayuan dan juga oleh M.Joos 1960an yang menghuraikan tentang lima jenis gaya percakapan iaitu intim,tak

formal,formal,rundingan dan kaku.

DEFINISI LINGUISTIK:-

Linguistik berasal dari berasal dari perkataan Latin yang berbunyi Lingua yang bermaksud bahasa.Perkataan itu telah di gunakan dalam bahasa bahasa lain yang menjadi Langue (Perancis ),Lengua ( Sepanyol ),lingua ( Itali) dan linguistics ( Inggeris) Linguistics ditakrifkan sebagai The Science Of Langueages atau Comparative Grammar : ( Cassell Concise English Dictionary,1995:790) Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996:814) pula mentakrifkan linguistic sebagai kajian tentang bahasa A Dictionary of Linguistics and Phonetics(1986:181) pulamenyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa(Linguistics :the scientific study or language). Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasasecara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik?Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumusrumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa Secara umumnya ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. yang bereti ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif seperti mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhioleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah,sebagai contoh, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu.Mengkaji bahasa Melayu ,contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal bagaimana dan objektif bunyibunyi bahasa itu dihasilkan,sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasaMelayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agakagakan, ramalan,sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr.Abdul Hamid Mahmood, 2007:2)

Linguistik pula adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Dengan demikian, kesimpulannya ialah sosiolinguistik itu adalah bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 1998:

DEFINISI UMUM SOSIOLINGUISTIK Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai

pembelajarantentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan-perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sosiolinguistik sebagai kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sifat masyarakat. Walau bagaimanapun, beberapa ahli bahasa mempunyai pandangan tertentu mengenai cabang ilmu bahasa ini.

DEFINISI SOSIOLINGUISTIK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksudsosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yangmenggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam perkara ini pola perhubungan bahaa dengan masyarakat pola perhubungan dengan masyarakat boleh dinyatakan dan dihuraikan melalui tiga cara iaitu a. Struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau

perlakuanlinguistik. b. c. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. K

Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa denganmasyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa dari segi hubungan antarapeserta Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi

penggunaanbahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan social atau sebaliknya ,pemakaia data dan analisis social di di dalam linguistik. Manakala menurut Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini sebagai contoh cara berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama laindi dalam sesuatu masyarakat

bahasa. Dengan perkataan lain,sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalamkonteks sosial dan kebudayaan Bagi pakar bahasa iaitu Nik Safiah Karim (1981) menyatakan bahawa bidang sosiolinguistik merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang kepada ilmu antropologi, khususnya natropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat. Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawahkajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktorfaktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah social. Sosiolinguistik merupakan bidang bahasa yang mengkaji aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat, kesantunan bahasa, laras bahasa,

Menurut pula Charles Morris dalam bukunya Sign, Language and Behaviour (1946) membicarakan bahasa sebagai sistem lambang dalam tiga kajian berkenaan

dengan fokus perhatian yang diberikan. Kajian antara lambang dan penuturnya disebut sebagai sosiolinguistik. Sosiolinguistik merupakan disiplin antara sosiologi dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat, dan mengenai lembaga dan proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha mengetahui bagaimana masyarakat itu terjadi, berlangsung dan tetap ada. Dengan mempelajari lembaga sosial dan segala masalah sosial dalam satu masyarakat, akan diketahui cara manusia menyesuaikan diri dengan lingkungannya, bagaimana mereka bersosial dan menempatkan diri dalam tempat masing-masing dalam masyarakat. Walaupun begitu banyak pendapat tokoh yang dinyatakan tetapi ebenarnya bidang sosiolinguistik ialah sesuatu bidang yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dankebudayaan. Ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C.Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik,menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik.Sesetengahnya pula menyebutnya sebagai linguistic plus. . Sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks

sosial dankebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C.Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik,menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Sesetengahnya menyebut dan mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa.Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkandan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.

Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil ,fungsi kelompok,pertembungan antara kelompok ,sector-sektor sosial ,perhubunganperhubungan dan perbezaannya dari segi bahasa.Manakala istilah bahasa pula

bermaksud mencakupi gagasan-gagasan seperti kod-kod iaitu melibatkan bahasa Melayu,Indonesia,Inggeris atau Arab.,ragam rasional pula dari satu kod seperti Bahasa Melayu Malaysia,Singapura,Brunei,Thai Selatan,Kelantan,Kedah dan lain-lain lagi.Bagi ragam kelompok social pula terdiri daripada bahasa golongan bangsawan,kelas tinggi dan juga rendah dan akhir sekali ragam stailistik seperti rasmi,santai,intin dan memberi perhatian kepada ciri-ciri

sebagainya.Kesemuannya jika diamati dengan

gramatikal atau tahap makna iaitu semantic. sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik

JENIS SOSIALINGUISTIK Sosiolinguistik terbagi menjadi dua jenis, iaitu Sosiolinguistik Mikro dan Sosiolinguistik Makro. (Abd. Syukur, 1995:43) a) SOSIOLINGUISTIK MIKRO sosiolinguistik yang berhubungan dengan kelompok kecil.Menurut Sharle,1965, Titik pusat pengkajian mikro sosiolinguistik adalah tingkah ujar (speech act) yang terjadi di dalam kelompok-kelompok primair menurut sosiolog, dan tingkah ujar itu dimodofikasi oleh variabel-variabel seperti status keakraban (intimasi), pertalian keluarga, sikap, dan tujuan antara tiap anggota kelompok. Kebanyakan variabel linguistik digolongkan ke dalam kelompok yang umumnya disebut register (Crystal dan Davi, 1969) dan bukan dalam kelompok dialek, yaitu variabel yang diakibatkan oleh penggunaan bahasa oleh individu dalam situasi tertentu yang diamati, dan bukan pula variasi yang diakibatkan oleh karakteristik yang relatif permanen pada diri si pemakai bahasa seperti umur, pendidikan, kelas sosial dan seterusnya.

2.

SOSIOLINGUISTIK MAKRO ruang lingkup sosiolinguistik yang berhubungan

Sosiolinguistik makro pula adalah

dengan masalah prilaku bahasa dan struktur sosial. Kajian intinya adalah: komunikasi antar kelompok, barangkali di dalam konteks satu kelompok masyarakat, misalnya tentang penggunaan bahasa ibu dan bahasa lokal oleh kelompok-kelompok linguistik minoritas. TUJUAN SOSIOLINGUISTIK Setiap bidang mempunyai tujuannya yang tersendiri .Begitu juga dengan bidang sosiolinguistik d imana Sosiolinguistik mempunyai tujuan yang luas dan inter disipliner, iaitu memadukan struktur linguistik dan sosial dalam bentuk teori yang bisa menyatukan linguistik dengan ilmu-ilmu kemanusiaan melalui kajian tentang bentuk bahasa yang dipakai di dalam konteks kehidupan sosial. (Abd. Syukur, 1995:47)

Berdasarkan penjelasan diatas, dijelas bahwa sosiolinguistik adalah bidang yang mampuu menyatukan antara linguistik dan sosiologi yang bertujuan agar kita dapat menerapkan dan menggunakan bahasa yang sesuai dengan masyarakat tertentu,

ragam bahasa tertentu dan perilaku bahasa.

MANFAAT SOSIOLINGUISTIK Setiap ilmu pengetahuan pastilah mempunyai manfaat dalam kehidupan real yang kita jalani sehari-hari. Begitu juga dengan sosiolinguistik. Sosiolinguistik mempunyai manfaat yang sangat besar dalam kehidupan sehari-hari, karena bahasa adalah alat komunikasi kita sehari-sehari dalam berinteraksi dengan mayarakat di sekeliling kita. Dalam praktek penggunaannya sosiolinguistik mengajarkan kita bagaimana menggunakan bahasa. Ilmu ini menjelaskan bagaimana cara kita menggunakan bahasa dalam dimensi masyarakat atau segi sosial tertentu.

Sebagaimana yang dirumuskan oleh Fishman (1967:15) bahwa yang menjadi persoalan sosiolinguistik adalah who speak, what language, to whom, when, and to what end. Dari rumusan ini kita dapat menjabarkan manfaat atau kegunaan dari sosiolinguistik. Di dalam berkomunikasi atau berinteraksi sehari-hari, sosiolinguistik

memeberikan sebuah paduan dan cara kepada kita dalam menggunakan bahasa, sama ada ragam bahasa atau gaya bahasa apa yang harus kita terapkan apabila kita berbual dengan orang tertentu. . Pemanfaatan unsur-unsur bahasa di dalam politik adalah juga menjadi sasaran

kajian sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise, secara rasminya menentukan apa yang boleh diterima atau tidak boleh diterima dalam bahasa Perancis. Begitu juga melakukan pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi sebagai satu eksploitasi bahasa demi kepentingan politik. Malah, pemilihan bahasa, misalnya untuk menjadi bahasa kebangsaan adalah persoalan yang berkaitan dengan hal-hal politik, seperti menentukan bahasa asing untuk diajarkan di satu negara. Sebagai contoh keputusan bagi mengajarkan bahasa Maori kepada mereka yang berkulit putih

di New Zealand, pengajaran bahasa Rusia di negara-negara blok timur dan usaha mema-sukkan bahasa-bahasa peribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika, . Lebih tepat lagi adalah keputusan memilih bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan kita. Contoh di atas ada kaitannya terutama dengan kebijaksanaan dalam pendidikan dan semua perkara berada di dalam kelompok sosiolinguistik lazimya

disebut sebagai perancangan taraf bahasa. Menurut Fishman yang mengkaji masyarakat multilingual, hal ini sering dihubungkan dengan tokoh atau pelopor sesebuah masyarakat multilingual.

MASALAH-MASALAH SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik juga mempunyai beberapa masalah.PadaPersidangan sosiolinguistik pertama yang diadakan di Universiti of California, LA pada tahun 1964, telah merumuskan terdapat tujuh dimensi dalam penelitian sosiolinguistik. Ketujuh-tujuh dimensi merupakan masalah dalam sosiolinguistik, iaitu :

Identiti sosial penutur Identiti sosial dari pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi Lingkungan sosial tempat peristiwa tutur terjadi Analisis sinkronik dan diakronik dari dialek-dialek sosial Penilaian sosial yang bebeza oleh penutur akan perilaku bentuk-bentuk ujaran Tingkata variasi dan ragam linguistik Penerapan praktik dari penelitian sosiolinguistik

A)

IDENTITI SOSIAL PENUTUR Identiiti sosial penutur dapat dikesan melalui pertanyaan apa dan siapa penutur

tersebut dan bagaimana hubungannya dengan lawan tuturnya. Identiti sosial penutur

biasanya terdiri

daripada anggota keluarga (ayah, ibu, kakak, adik, pak cik, dan

sebagainya), rakan karib, pihak atasan dan pihak bawahan (tempat kerja), guru, murid, jiran, pejabat dan sebagainya. Identiti penutur ini mempengaruhi pilihan kod dalam bertutur.

B) IDENTITI SOSIAL DARI PENDENGAR YANG TERLIBAT DALAM PROSES KOMUNIKASI Identiti sosial dari pendengar perlu ditinjau dari pihak penutur. Identiti sosial penutur terdiri daripada anggota keluarga (ayah, ibu, kakak, adik, pak cik, dan

sebagainya), rakan karib, pihak atasan dan pihak bawahan (tempat kerja), guru, murid, jiran, pejabat dan sebagainya. Identiti penutur ini juga mempengaruhi pilihan kod dalam bertutur.

C) ANALISIS SINKRONIK DAN DIAKRONIK DARI DIALEK-DIALEK SOSIAL Ia berupa deskripsi pola-pola dialek sosial itu, baik yang berlaku pada masa tertentu atau yang berlaku pada masa yang tidak terbatas. Dialek sosial ini digunakan para penutur sehubungan dengan kedudukan mereka sebagai ahli-ahli kelas sosial tertentu di dalam masyarakat.

D) TINGKATAN VARIASI DAN RAGAM LINGUISTIK Sehubungan dengan heterogennya anggota suatu masyarakat tutur, adanya

berbagai fungsi sosial dan politik bahasa serta adanya tingkatan kesempurnaan kod maka alat komunikasi manusia yang disebut bahasa itu menjadi sangat bervariasi.

Setiap variasi, sama ada dialek, atau ragam mempunyai fungsi sosialnya masingmasing. E) LINGKUNGAN SOSIAL TEMPAT PERISTIWA TUTUR TERJADI Terjadi dalam ruang keluarga di dalam sebuah rumah tangga, di dalam masjid, di padang bola sepak, di dewan kuliah, di perpustakaan, dan sebagainya. Tempat peristiwa komunikasi berlaku dapat mempengaruhi pilihan kod dan gaya dalam bertutur. Contohnya, jika berada di perpustakaan, kita perlu bebual dalam keadaan senyap, manakala di padang bola kita boleh berbual kuat. F) PENILAIAN SOSIAL YANG BEBEZA OLEH PENUTUR AKAN PERILAKU BENTUK-BENTUK UJARAN Setiap penutur tentu mempunyai kelas sosial tertentu di dalam masyarakat. Maka, berdasarkan kelas sosialnya itu, dia mempunyai penilaian tersendiri, yang tentunya sama atau jika berbeza tidak akan terlalu jauh dari kelas sosialnya terhadap bentuk-bentuk perilaku ujaran yang berlangsung. G) PENERAPAN PRAKTIK DARI PENELITIAN SOSIOLINGUISTIK Membahaskan fungsi penelitian sosiolinguistik untuk mengatasi masalahmasalah praktik dalam masyarakat. Misalnya, masalah pengajaran bahasa, pembakuan bahasa, penterjemahan, mengatasi konflik sosial akibat daripada konflik bahasa dan pelbagai lagi masalah penggunaannya di dalam masyarakat

SOSIOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa, pengetahuan tentang disiplin sosiolinguistik amat perlu untuk guru bagi melahirkan pelajar yang berupaya memanipulasi kemahiran yang dipelajari dan mewujudkan interaksi sosial yang berkesan. Guru perlu menyedari bahawa mengajarkan bahasa bukan sekadar mengajarkan bahasa yang kaku dan statik sifatnya dalam erti kata bebas daripada faktor-faktor sosial yang melingkarinya. Menurut J. B. Pride dalam Sociolinguistics Aspects of Language Learning and Teaching (1979 : ix), sosiolinguistik ialah nama yang sering diberikan terhadap kajian tentang siapa yang berkata (atau menulis) kepada siapa, bila, di mana, bagaimana, dan mengapa. Guru seharusnya memahami bahawa mengajarkan bahasa merupakan proses mendidik pelajar supaya mempunyai kecekapan berkomunikasi seperti yang diharapkan oleh masyarakatnya sebagai wadah meneruskan kehidupan peribadinya, di samping menyumbang kepada penakatan budaya dan sosial masyarakat dan komuniti bahasanya. Dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa secara formal, guru dapat mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan pelajar berkenaan dengan beberapa aspek penelitian sosiolinguistik melalui aktiviti lisan, bacaan, dan tulisan. Misalnya, sewaktu mengadakan aktiviti lisan, guru dapat memberikan pendedahan yang meluas kepada pelajar tentang sistem panggilan dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri (personal pronouns) yang tepat amat penting untuk pelajar bagi mempersiapkan mereka dengan pengaruh sosiobudaya yang pada masa kini kurang mementingkan aspek kesantunan dalam berbahasa kerana mengikut arus perubahan . Pengetahuan tentang disiplin sosiolinguistik amat perlu untuk guru bagi melahirkan pelajar yang berupaya memanipulasi kemahiran yang dipelajari dan mewujudkan interaksi sosial yang berkesan. Guru perlu menyedari bahawa mengajar sesuatau bahasa bukan sekadar mengajarkan bahasa yang kaku dan statik sifatnya dalam erti kata lain selain daripada faktor-faktor sosial yang melingkarinya. Menurut J. B. Pride dalam Sociolinguistics Aspects of Language Learning and Teaching (1979 : ix), sosiolinguistik ialah nama yang sering diberikan terhadap kajian tentang siapa yang berkata (atau menulis) kepada siapa, bila, di mana, bagaimana, dan mengapa. Guru

seharusnya memahami bahawa mengajarkan bahasa merupakan proses mendidik pelajar supaya mempunyai kecekapan berkomunikasi seperti yang diharapkan oleh masyarakatnya sebagai wadah meneruskan kehidupan peribadinya, di samping menyumbang kepada pengembangan budaya dan sosial masyarakat dan komuniti bahasanya. Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai saranan (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasimanifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling ber-hubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Kesimpulannya Sosialinguistik merupakan bidang yang mengatakan masyarakat kita terbina daripada beberapa pola tingkahlaku dan saling berkaitan antara satu sama lain .Setengah daripada bersifat kelakukan.Bidang ini memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa yang dianggap bahasa adalah alat komunikasi yang paling penting dan mengekalkan hubungan baik antara orang yang diajak bercakap .Inilah ialah tugas utama sosiolinguistik untuk menunjukkan fenomena kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat ,bukan sahaja dapat menghuraikan perubahan bahasa bersifat sikronik iaitu kelainan bahasa pada satu-satu masa tetapi perubahan bahasa yang bersifat diakronik iaitu sesuatu yang berlaku antara dua tempoh.

LINGUISTIK MODEN

Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Lyons 1968).Istilah saintifik itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yangmengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif.Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. Jadi, kajiansaintifik ini hendaklah empirikal, khusus, dan objektif (F. Dinneen 1967:4). Inibermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teoridan perkaedahannya, dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Jadi, bidang linguistik tidaklahmerupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan, tekaan atau emosiseseorang penulis sahaja.

Terdapat banyak maksud linguistic.Dalam pelbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa ataukajianilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997). Manakala di dalam kamus The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,comparative linguistics, and structural linguistics

Sementara Asmah Haji Omar (1993) pula mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek. Berdasarkan aspek- aspek tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplindisiplin iaitu linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik komparatif dan linguistik sejarah.

Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Pengkajian dibuat dengan teliti dan sistematik serta berasaskan pemerhatian yang objektif. Hasil penyelidikan dalam bentuk undang- undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenaran atau ketepatannya oleh pengkaji- pengkaji yang lain. Ramai ahli bahasa telah muncul dalam zaman ini dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa antaranya ialah Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield dan Noam Chomsky. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula

mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi bukti yang logic. Sejarah perkembangan linguistik zaman moden bermula pada sekitar abad ke20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengemukan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama yangmengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau telah terbukti melalui penemuan-penemuan sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden

konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama

yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari

segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.De Saussure juga merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya terhadap ilmu ini sehingga

diterrbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Pada tahap permulaan pengenalan dan pengembangan linguistik moden itu, bidang fonetik ternyata mendapat perhatian yang utama. Hal itu dapat difahami oleh sebab aliran linguistik yang ketika itu cukup berpengaruh ialah linguistik struktural yang menekankan aspek pertuturan. Bagi penganut aliran tersebut, slogan mereka ialah Bahasa ialah pertuturan (Language is speech). Antara tulisan terawal yang mewakili kajian bahasa Melayu dalam tahap sesudah penerimaan linguistik moden termasuklah The Malay Sound System oleh Yunus Maris, iaitu buku yang bermula sebagai bahan kuliah fonetik di Institut Bahasa dan kemudian diterbitkan di Amerika Syarikat pada tahun 1962 sebagai bahan kursus Bahasa Melayu peringkat pertengahan dan lanjutan dan sejak tahun 1966 menjadi bahan kuliah fonetik di Universiti Malaya (kemudian terbit dalam versi yang dikemaskinikan pada tahun 1980). Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Merekaturut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka telah mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.Kesan daripada kajian ini ,maka wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa-bahasa di dunia. Ahli bahasa pada zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok,iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenalisebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

PEMIKIRAN FERDINAND DE SAUSSURE DALAM BIDANG LINGUISTIK Seperti mana yang sedia maklum,Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmulinguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melaluipenemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. . Pemikiran strukturalisme yang dibawa oleh Ferdinand de Sausurre adalah cara

manusia berfikir dalam mendasari semua pemikiran abad moden ini. Linguistik dalam aliran pemikiran beliau merupakan salah satu ilmu yang paling sistematik dalam bidang humaniora. Kedua kegiatan itu pada dasarnya diletakkan oleh Sarjana Swiss, Ferdinand de Saussure pada awal abad ke-20 dalam kuliahnya yang berjudul Cours de Linguistique Generale Strukturalisme yang bermaksud suatu gerakan pemikiran

falsafah yang mempunyai pokok fikiran bahawa semua masyarakat dan kebudayaan mempunyai suatu struktur yang sama dan tetap. Ciri khas strukturalisme ialah pemusatan pada deskripsi keadaan sebenar objek melalui penyelidikan, penyingkapan sifat-sifat instrinsik yang tidak terikat oleh waktu dan penetapan hubungan antara fakta atau unsur-unsur sistem tersebut melalui pendidikan .Contoh konkrit persamaan dalam suara adalah ayah kata Inggeris.Bentuk Latin kata ini adalah pater sementara format Sansekerta pitar.Contoh lain adalah kata-untuk dalam bahasa Inggeris diucapkan dan ditulis sebagai per dalam bahasa Latin dan pari di Sanskrit.Based pada contoh-contoh ini, dapat dikatakan bahwa bahasa tetap dalam beberapa aspek mirip.Sarjana yang telah membuat penemuan luar biasa ini juga menunjukkan bahawa ada ribuan katakata dengan persamaan sama.Ini hanya membuktikan bahawa bahasa, tidak mempedulkan berapa banyak kata yang dipertuturkan mereka, bagi memiliki leluhur tunggal. Abad ke-19 linguistik moden berfokus kepada mempelajari sifat bahasa ibunda yang dipercayai diucapkan 6.000 tahun yang lalu.Linguistik modern juga menunjukkan perang Grammatik bahasa yang telah berkembang menjadi bahasa Inggeris Modern, Hindi, bahasa Rusia dan bahasa bahasa lain .Pada awal abad ke-20 pula berlaku pergeseran permerhatian dari bahasa hanya untuk perubahan-perubahan struktural .Pada abad ini, pengembangan dan pengajara telah menjadi lebih sistematik dan diatur

oleh prinsip-prinsip dan peraturan.Tatabahasa telah menjadi fokus utama oleh ahli bahasa, juga struktur suara dan internal susunan kalimat dan kata-kata.Oleh pada tahun 1920-an, Swiss linguis Ferdinand de Saussure telah datang dengan metode analisis tatabahasa dan akhirnya menjadi linguistik struktural.Tahun 1920-an juga terbukti masa meningkatnya perkembangan ini melaluinya satu teori menyatakan

bahawa ada hanya satu bahasa yang mempengaruhi semua bahasa lain yang telah ditingkatkan. orang pertama yang mengemukakandan menekankan betapa pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza,iaitu secara diakronis yang bermaksud mengkaji bahasa dari segi sejarah yang telah dilalui dan perubahanperubahan yang di alami oleh sesuatu bahasa tersebut manakala sinkronis pula ialah linguistik yang mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. .

Anda mungkin juga menyukai