Anda di halaman 1dari 2

Contoh rujukan:

1.
2.
3.
4.

http://blog.sellfy.com/how-to-write-an-ebook/
http://www.wikihow.com/Write-Your-First-eBook
http://thewritelife.com/9-powerful-tips-for-writing-your-first-ebook/
How to Write Your First eBook (with Examples) - wikiHow

http://asmawati.com/4-langkah-menulis-ebook-yang-berkualiti/

4 langkah menulis ebook yang berkualiti.


Produk digital adalah lubuk wang di internet. Namun, jika produk tersebut tidak berkualiti, ia hanya akan
membantutkan usaha anda untuk menjana sebanyak mungkin pendapatan menerusi jualan produk digital.
Produk yang berkualiti akan di agung-agungkan manakala produk digital yang rendah mutunya akan di hindari
oleh pembeli. Produk digital yang berkualiti bukanlah bergantung kepada template ebook atau video, ecover
yang bagus dan tajuk yang menarik. Produk digital yang berkualiti bergantung kepada sejauh mana maklumat
yang anda jual sampai kepada pembeli.
Jika anda menjual produk panduan memulakan perniagaan, produk tersebut mestilah boleh membantu si pembeli
memulakan perniagaannya selepas menggunakan produk digital anda. Sokongan kepada pembeli perlulah
hebat. Produk digital yang berjaya menyampaikan maklumat yang di jual adalah produk digital yang bermutu
tinggi. Jika penyampaian maklumat tidak menepati objektif anda menulis ebook, ia adalah produk yang hanya
melepaskan batuk di tangga sahaja. Untuk membantu anda menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi,
saya senaraikan empat langkah utama iaitu:
Untuk menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi, anda harus kenal pasti masalah dahulu. Kemudian,
kenal pasti penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah. Di sampin menyelesaikan
masalah, anda perlu fokus pada tujuan produk digital tersebut di hasilkan. Akhirnya, barulah anda memikirkan
tajuk yang paling sesuai untuk anda letakkan pada produk anda.
Masalah
Lihat keadaan sekeliling anda dan kenal pasti satu masalah. Di sekeliling anda pasti ada masalah. Lihat masalah
yang mengganggu jiran anda, ahli keluarga anda, ibu bapa anda, anda sendiri dan rakan-rakan anda. Untuk
memudahkan urusan anda, anda pilih beberapa orang dan catat semua masalah yang membelenggu mereka di
atas satu kertas kosong.
Dari banyak-banyak masalah, anda pilih satu masalah yang ada pada semua orang yang anda pilih tersebut.
Namun, anda bebas untuk memilih masalah yang anda rasa menarik tanpa melihat kepada kesamarataan
masalah yang di hadapi oleh orang-orang yang anda pilih.
Penyelesaian.
Selepas mengenalpasti masalah, anda cuba cari jalan penyelesaian kepada masalah yang anda pilih tadi. Jika
masalah yang anda kenal pasti adalah masalah kewangan, anda cari penyelesaian untuk menyelesaikan
masalah kewangan tersebut.
Penyelesaian perlulah menyeluruh atau khusus. Bagi masalah kewangan, ada berbagai cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Antaranya,
Panduan menyelesaikan hutang.
Panduan jimat wang.
Panduan meminjam

Panduan perlaburan wang.


Panduan perniagaan bagi mereka yang ada masalah kewangan.
Panduang pengurusan wang.
Terdapat berbagai penyelesaian. Anda boleh tulis penyelesaian secara menyeluruh atau khusus pada satu-satu
kemahiran. Pilih yang anda rasa terbaik.

Tujuan produk.
Langkah seterusnya adalah menentukan tujuan produk anda di hasilkan. Berdasarkan penyelesaian yang anda
pilih tadi, anda tentukan tujuan produk anda di tulis. Contohnya bagi masalah kewangan, anda memilih
penyelesaian adalah berkisarkan teknik menguruskan wang. Jadi, anda perlu fokus bahawa tujuan produk anda
di tulis adalah untuk membantu orang menguruskan wang. Tujuan produk anda bukanlah menyelesaikan
masalah orang tetapi bertujuan membantu orang ramai menguruskan wang mereka sendiri.
Tajuk produk digital.
Sekarang dan langkah terakhir adalah memilih tajuk bagi produk digital anda. Pilih satu tajuk yang menarik dan
catchy.

Anda mungkin juga menyukai