Anda di halaman 1dari 3

3.

0 INSTRUMEN UNTUK PENGUMPULAN DATA KAJIAN

Secara asasnya terdapat empat kaedah pengumpulan data yang sering digunakan dalam
penyelidikan iaitu temubual, soal selidik, observasi dan eksperimental. Bagaimanapun kaedah
eksperimental jarang digunakan dalam penyelidikan sosial kecuali dalam bidang pendidikan di
mana suatu kaedah pengajaran baru dibentuk akan dieksperimenkan dalam bilik darjah untuk
mengetahui keberkesanan dan kelemahannya.

Menurut Abdul Rashid Moten (1998), walau apa sekali pun cara yang digunakan,
seseorang penyelidik perlu mematuhi dan mengikuti prosedur-prosedur tertentu supaya data yang
diperoleh dengan cara tersebut dapat membantu menghasilkan kajian yang tepat, relevan dan
bernilai sesuai dengan sifat bidang kajiannya. Perancangan yang rapi dalam proses
mengumpulkan data juga dapat membantu penyelidik menguruskan masa dan kos penyelidikan
dengan baik.

3.1 Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan melibatkan pencarian bahan-bahan sekunder seperti laporan-laporan,


risalah-risalah atau majalah, surat khabar dan lain-lain bentuk penulisan dan penerbitan dari
pihak-pihak tertentu. Oleh itu, dalam kajian ini kajian perpustakaan amat diperlukan untuk
menyediakan pengenalan kepada kajian dan landasan teori. Ia juga digunakan untuk menyokong
hasil yang diperolehi daripada kajian lapangan.

Daripada kajian perpustakaan juga, kita dapat menerang dan menjelaskan latar belakang
sesuatu masalah serta mengenal pasti sejauh mana sesuatu bidang di mana masalah wujud telah
dikaji. Seterusnya melalui karya-karya berkaitan, kita boleh mempelajari kaedah dan teknik yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah di samping dapat mengelakkan pengulangan kajian lepas
yang tidak dikehendaki.
3.2 Kajian Lapangan

Dalam penyelidikan ini, kajian tinjauan banyak digunakan bagi melengkapi data pustaka
selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang baru. Ini adalah kerana
tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan. Dalam konteks ini, apa yang dihadapi
adalah area penghayatan dan pengamalan yang dipanggil pendekatan empirikal (Syahrin
Harahap, 2001). Oleh itu, tempat kajian akan dikunjungi untuk membuat pengamatan secara
langsung dengan lebih jelas mengenai subjek kajian. Ia bertujuan membuat penyelidikan secara
langsung dengan mendatangi responden atau subjek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta
dibuat perumusan dan kesimpulan yang diperlukan. Instrumen-instrumen yang digunakan dalam
kajian lapangan ini adalah seperti berikut:

a) Soal Selidik (Questionaire)

Soal selidik bermaksud suatu daftar atau senarai pertanyaan untuk memperolehi data
yang merupakan jawapan-jawapan daripada para responden (Selo Soemardjan, 1985). Instrumen
soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat daripada responden yang ramai. Soal selidik
merupakan suatu senarai yang terdapat rangkaian pertanyaan mengenai sesuatu hal atau dalam
sesuatu bidang. Menurut Mohd Majid Konting, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
di dalam penyelidikan pendidikan. Ia bertujuan untuk mendapat maklumat berkenaan fakta-fakta
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik terdiri daripada set soalan-soalan
yang bertulis. Soalan-soalan ini disediakan merangkumi subjeknya dengan menyenaraikan
soalan-soalan yang terang dan senang difahami. Borang soal selidik biasanya mengandungi dua
bahagian yang perlu dijawab oleh responden iaitu maklumat demografi dan personality
responden serta perkara berkaitan kajian.
b) Temubual (Interview)

Menurut Koentjaraningrat (1991), instrumen temubual atau wawancara ialah cara yang
digunakan untuk mendapatkan keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden secara
bersemuka dengan responden. Kaedah temubual juga merupakan satu kaedah pengumpulan
maklumat yang melibatkan interaksi sosial antara individu, dan ia adalah salah satu cara yang
terbaik untuk mengetahui bagaimana sesuatu situasi dilihat dari perspektif orang lain. Dalam
usaha untuk mendapatkan data serta maklumat, pengkaji telah menggunakan kaedah ini dengan
memilih beberapa orang responden yang dirasakan mempunyai kelayakan berkaitan dengan
topik kajian.

Kaedah temubual juga dapat memberi maklumat berkenaan perasaan, kehendak dan
sebagainya untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Temu bual biasanya berbentuk tidak
berstruktur. Temubual tidak berstruktur dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas yang di
luar jangkaan pengkaji. Temubual tidak berstruktur sesuai digunakan sekiranya soalan yang
dikemukakan menghendaki jawapan yang memerlukan pemikiran kritis bila mana pengkaji tidak
dapat menjangka dengan tepat semua kemungkinan jawapan yang diberi oleh subjek.

Anda mungkin juga menyukai