Anda di halaman 1dari 18

MENGENALI PUNCA KEMEROSOTAN MINAT PELAJAR TERHADAP

PEMBELAJARAN & PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

KHUZAIRI BIN MD SALIH

ABSTRAK :

Pendidikan Islam merupakan tunjang dalam diri manusia. Minat yang mendalam perlu ada
bagi melahirkan rasa kecintaan dan meningkatkan tahap pemahaman serta
penghayatantentangnya di dalam kehidupan. Namun kemerosotan minat pelajar terhadap
mata pelajarantersebut semakin membimbangkan. Kemerosotan minat yang akhirnya
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah sosial dan disiplin. Namun apakah punca
berlakunya gejala kemerosotan minat pelajar untuk terus mempelajarinya. Kertas kerja ini
mengupas isu ini secara terperinci bagimengenal pasti punca, kesan dan kaedah terbaik dalam
menanganinya.

Kata Kunci:

Kemerosotan Minat Pelajar, Pembelajaran & Pengajaran, Pendidikan Islam.

PENDAHULUAN

Minat merupakan sesuatu yang akan mendorong seseorang individu untuk melakukan sesuatu
perkara dengan penuh keikhlasan, berterusan serta tanpa rasa bosan. Minat yang
mendalamterhadap sesuatu akan menghindarkan individu dari bersikap sambil lewa. Namun
kemerosotanminat pelajar terhadap pelajaran pendidikan Islam umpama satu wabak penyakit
yang mampumemudaratkan kehidupan sejagat. Ia bukan sekadar mengganggu prestasi
pencapaian sekolahnamun yang pasti ia merupakan penanda aras yang membuktikan
kegagalan seorang guru pendidikan Islam dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah
sebagai mudarris, mua‟llim, muaddib, murabbi dan mursyid.

DEFINISI MINAT

Menurut Siti Hanim Ramli (2006) minat akan mendorong jiwa bergerak secara aktif
untukmenerima sesuatu dari luar. Perhatian secara tetap ( persistent attention) akan berlaku

1
apabilalahir perasaan minat. Yahya Abdullah (2003) dalam penulisannya membawakan
definisi olehCrow dan Crow (1983), Seogarda (1981) dan Strong (1964) iaitu minat adalah
kecenderungan,kesukaan, kesediaan jiwa terhadap sesuatu yang berkait rapat dengan
pengetahuan serta usahayang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu kemahiran tersebut.
Berdasarkan definisi berikutdapat difahami wujudnya minat dapat memotivasikan seseorang
pelajar untuk terlibat secaraterus mengikuti pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam di
dalam dan di luar bilik darjah.

FAKTOR PELAJAR KURANG MINAT

Tugas dan tanggungjawab guru telah lama dibincangkan oleh ramai tokoh pendidik. Hossein
Nasr (1987) menjelaskan guru menurut perspektif Islam mempunyai tanggungjawab dalam
pembangunan akhlak iaitu sebagai murabbi (a trainer of souls and personalities) dan
bukansemata-mata seorang mu‟allim (a transmitter of knowledge). Rosnani Hashim (1997)
melihatguru sebagai muaddib yang ertanggungjawab dalam menerapkan adab ( disiplin
dalam pemikiran, fizikal dan rohani ). Halstead (1995) pula menjelaskan bahawa guru sangat
disanjung kerana mereka bukan sekadar berilmu malah memiliki personaliti dan komitmen
kepada Islam serta menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar sehingga para pelajar
boleh mengikutiguru mereka tanpa ragu-ragu (Kamarul Azmi Jasmi et. al 2007). Namun
permasalahan mula timbul apabila pelajar mula kurang berminat untuk terlibatdalam sesi
pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam di sekolah. Minat amat penting keranadari
sana akan timbul perubahan sikap, pembentukan persepsi serta lahir penghayatan
yangmendalam terhadap pelajaran. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim (2012)
menyatakanterdapat tiga faktor utama yang menyebabkan para pelajar tidak atau kurang
berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam iaitu pengaruh ibu bapa,
pengaruh guru pendidikan Islam dan kurikulum pendidikan Islam itu sendiri. Malah dalam
dapatan kajian yangmereka lakukan menunjukkan guru pendidikan Islam (GPI) adalah kunci
utama penyebabkepada permasalahan ini.

FAKTOR IBU BAPA

Oleh kerana salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu ialah melalui
pendidikanmaka mendapat pendidikan adalah satu perkara wajib. Untuk mendidik seorang
anak, Hasan(1981) tidak menafikan bahawa tanggungjawab untuk mencorak potensi semula
jadi yang wujudsejak anak-anak dilahirkan adalah dipikul oleh kedua ibu dan bapa mereka,

2
iaitu penjaga mereka.Dalam menegaskan hal ini beliau telah mengemukakan sebuah hadis
Sabda Rasulullah S.A.Wyang bermaksud :”Setiap bayi itu dilahirkan dengan fitrah ( potensi
semula jadi ). Hanya ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi”

Oleh kerana tugas dan tanggungjawab mendidik anak adalah terletak di bahu ibu bapa,maka
mereka perlulah bijak memilih pendidikan yang sesuai untuk anak-anak
mengembangkanfitrah atau potensi mereka sehingga mencapai konsep mengenali Allah.
Maka menurut Hasan(1977) ibu bapa perlulah menyediakan persekitaran dan rangsangan
yang menggalakkan perkembangan potensi anak-anak itu terlebih dahulu. Sebagaimana
pandangan beliau:

“..........bakat hanya bisa menjadi berketerampilan (skill) yang akan dinikmati kalau ia
disokong oleh alam sekitar (environment) yang sesuai dengan bakat tersebut”.

Maka adalah menjaditanggungjawab ibu bapa untuk mengembangkan potensi tersebut


dengan menyediakanrangsangan yang positif seperti memuji dan memberikan ganjaran
sekiranya anak-anakmelakukan ibadat. Selain daripada itu ibu bapa juga perlu menyediakan
persekitaran yangmenggalakkan anak-anak melakukan ibadat seperti solat berjemaah,
menonton rancangan televisyen yang bercorak islam, menunjukkan role model mencontohi
akhlak Rasulullah S.A.W dan sebagainya. Namun apa yang menjadi suatu kebimbangan kini
apabila institusi kekeluargaan mulairapuh. Ibu bapa mula meletakkan tanggungjawab
menjaga makan minum anak-anak kepada pembantu rumah, sementara tugas mendidik pula
diserahkan sepenuhnya kepada institusi pendidikan seperti sekolah. Persoalannya di manakah
peranan yang sepatutnya dimainkan olehmereka, bukankah pendidikan itu bermula di rumah.
Adakah mereka beranggapan tugas merekasekadar menghasilkan dan melahirkan anak serta
mencari nafkah semata-mata. Bagaimana pulasoal mendidik hati, pemikiran dan
pembentukan akhlak anak-anak yang semakin pincang danterabai.Isu masalah disiplin pelajar
yang sering dipaparkan di dalam keratan akhbar menegaskan tentang punca kepada
permasalahan sosial ini berpunca daripada hubungan ibu bapa dan remaja.

Pertentangan pendapat antara mereka timbul apabila kedua pihak cuba untuk
mempertahankankebenaran masing-masing. Remaja bermasalah menuding jari kepada ibu
bapa, kononnya mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana kesibukan ibu bapa
dengan kerjaya.Lantaran itu mereka kekurangan masa bersama, kasih sayang yang
diharapkan telah digantidengan wang ringgit dan kemewahan. Tanggungjawab diserahkan

3
kepada pembantu rumah yangtelah dibayar gaji dan guru di sekolah umpama pusat jagaan
bayi dewasa. Ibu bapa pula kelirudan beranggapan sekolah yang gagal melahirkan pelajar
berdisiplin.Ismail (2011) dalam Rozmi Ismail (2012) menegaskan kanak-kanak yang awalnya
sangatrapat dengan ahli keluarga dan keluarga adalah dunia bagi mereka, namun
kemudiannya mereka beransur-ansur membina konsep diri, mencari kelainan dan nilai yang
terasing dan rangkaiansosial yang tersendiri. Mereka mula mencari identiti diri dan mengenal
siapa mereka. Dalam konteks ini mereka akan melakukan pelbagai tingkah laku dan ujikaji
yang kadang-kadang sukarditerima keluarga. Ahli psikologi berpendapat bahawa zaman
remaja berlaku beberapa proses perkembangan yang besar iaitu perkembangan fizikal seperti
bentuk badan, organ seksual, pertumbuhan bulu dan lain-lain. Perkembangan intelektual
seperti merujuk kepada kebolehanmental dan keupayaan berfikir dengan lebih abstrak dan
meramal serta memahami sesuatudengan lebih mendalam. Sementara perkembangan sosial
pula melibatkan pembinaan jaringansosial yang baru seperti pencarian kawan dan kawan
rapat, kawan bermain dan satu hobi, orangistimewa berlainan jantina dan komunikasi yang
mendalam. Perkembangan personaliti dan perangai juga didapati wujud selari dengan
perkembangan ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian sains neurologi melalui ujian MRI
(Magnetic Resonance Imaging) terhadap perkembangan otak manusia umur 4-12 tahun
menunjukkan bahawa bahagian otak (prefontalcortex) kanak-kanak dan remaja awal masih
belum matang sepenuhnya. Sebaliknya proseskematangan dan kefungsian otak didapati terus
berkembang sehingga ke tahap umur 18 dan 20tahun. Oleh itu dapat difahami bahawa
mengapa sesetengah remaja bawah 18 tahun, perangaidan cara berfikir mereka dilihat masih
keanak-anakan (Nitin Gogtay et. al 2004; NIH’s National Institute of Mental Health, 2011;
Label & Beaulieu, 2011 dalam Rozmi Ismail, 2012).

Berdasarkan penemuan sains neuro dan psikologi ini jelas bahawa mengapa
kebanyakanremaja bertindak bertentangan dengan norma keluarga dan masyarakat, sering
melawan,menentang orang dewasa dan sentiasa merasakan mereka tidak dihiraukan atau
bukansebahagian daripada sistem masyarakat sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi.
Merekasering merasakan suara mereka tidak didengari dan merasakan wujudnya benteng
besar antaramereka dengan golongan lebih tua atau pihak pemerintah. Andai keadaan ini
tidak dikawal,akhirnya remaja ini akan terjebak dengan gejala sosial semata-mata untuk
menarik perhatian(Rozmi Ismail, 2012). Namun andai institusi kekeluargaan kuat dan utuh
sebati dalam dirimereka, pasti mereka lahir sebagai remaja benteng pertahanan negara dan
berkeyakinan tinggidalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan. Ibu bapa seharusnya

4
sedar kepentingandidikan agama dalam diri anak-anak sejak mereka di dalam kandungan.
Perkuatkan dalaman anak-anak dengan identiti agama yang akan menjadi panduan dalam
kehidupan tatkala mereka bersama dengan masyarakat kelak. Andai langkah mereka tersasar,
percayalah betapa agamayang diterapkan dalam diri akan menarik mereka ke jalan kebenaran
semula. Jadilah teman dansahabat rapat kepada anak-anak agar mereka senantiasa merasa diri
dihargai dan disayangi.Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979) menjelaskan bahawa
manusia tidak hidupdalam keadaan vakum yang terpisah dari sistem dan persekitaran luar.
Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan
dan undang-undang, adatresam dan tatasusila sesuatu budaya mengikut konteks tempatan
mempunyai pengaruh tersendiridan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Kajian terdahulu
(Acock & Demo, 1994; Amato &Keith, 1991) menyokong bahawa variabel proses keluarga
terutama keibubapaan memainkan peranan paling penting dalam menentukan kesejahteraan
anak. Keutuhan dan keruntuhaninstitusi keluarga mempunyai pengaruh dan implikasi unik ke
atas kehidupan keluarga danmasyarakat. Keluarga yang mengamalkan tingkahlaku
keibubapaan yang menekankan kawalan-antonomi, sokongan dan penglibatan dalam aktiviti
anak dilihat mempunyai fungsi keluargayang lebih memberangsangkan (Portal J.K.D. 2007).
Kemantapan institusi kekeluargaan merupakan penyumbang terbesar dalam
melahirkanwarganegara yang di cita, warganegara yang berilmu, beriman dan beramal soleh.
Ibu bapa yangmenekankan kepentingan beragama dan penekanan aspek amalan serta
penghayatan agama didalam kehidupan anak-anak akan mempermudahkan proses mendidik
yang akan dipikul oleh para pendidik di institusi pendidikan. Minat beragama yang
ditanamkan dalam diri anak-anaksejak mereka dari dalam kandungan lagi akan menjadi
benteng pertahanan yang melindungimereka ke mana sahaja mereka bermusafir di atas bumi
Tuhan ini. Namun kealpaan dankecuaian dalam menanamkan minat beragama akan
melumpuhkan tamadun bangsa.

FAKTOR GURU PENDIDIKAN ISLAM

Profesion GPI adalah satu kerjaya yang amat mencabar kerana mereka
bertanggungjawabmerealisasikan kehendak dan matlamat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Islam( FPI ) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam Islam tugas
pendidik umumnyaadalah untuk mendidik, iaitu berusaha mengembangkan seluruh potensi
murid sama ada potensi psikomotor, kognitif atau afektif. Masyarakat umum pada hari ini
melihat institusi Pendidikan seperti sekolah sebagai satu institusi untuk melahirkan manusia
yang ‘lengkap’ dengan penguasaan terhadap seluruh potensi tanpa menghiraukan betapa

5
peranan masyarakat itu sendiriamat diperlukan (Ab. Halim Tamuri et. al, 2010). Masyarakat
kini lebih suka berlepas tangandaripada bersama memikul tugas mendidik dan mudah
mencari pihak yang harus dipersalahkanandai berlaku kegagalan.Menurut Syed Hossein Nasr
(1987) serta Husain dan Ashraf (1989) paksi utama dalamsistem pendidikan ialah guru. Al-
Muhammadi (1991) menegaskan guru sebagai seorang pendidik harus bersikap zuhud dalam
menyampaikan ilmu kepada anak didiknya iaitu tidak mengharapkan balasan kebendaan atau
penghormatan masyarakat sebaliknya hanyamengharapkan keredaan Allah S.W.T semata-
mata. Menurutnya lagi seorang guru akan berjaya melaksanakan tugasnya apabila memiliki
rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadapmuridnya sebagaimana kasih seorang bapa
terhadap anaknya sendiri (Abidin, 1998; al-Abrasyi,1974; al-Aroosi, 1992). Apabila perasaan
kasih sayang menguasai pengajaran dan pembelajaran, proses pendidikan seperti memberi
nasihat dan peringatan akan menjadi lebih mudah (AhmadTafsir, 1994). Ini bertepatan
dengan konsep bersepadu seorang mu‟allim yang diajar olehRasulullah S.A.W sebagaimana
sabda baginda S.A.W yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullahyang bermaksud (al-Bukhari,
t.t.:554):

“Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, pasti diatidak akan disayangi”

(Ab. Halim Tamuri et. al, 2010). Berdasarkan huraian yang dibahaskan oleh para ilmuan
Islam, nyata di sini betapa beratnya amanah, tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh
seorang guru terutama guru pendidikan Islam. Cabaran dunia pendidikan semakin memuncak
terutama apabila para guru dari generasi “baby boomers” (berumur 47 tahun hingga 67 pada
2012), generasi X ( berumur 32 hingga 47 tahun ) dan generasi Y ( berumur 19 hingga 32
tahun ) ini terpaksa berhadapan dengan anak didik dari generasi Z ( berumur 18 tahun ke
bawah ) yang digelar “digital in their DNA” seperti menurut United Nation of Education and
Cultural Organisation (UNESCO) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Ali
Mohammed, (2012). Maka di sinilah konflik mula berlaku dalam dunia pendidikan masa kini.
Konflik dalam mencari satu titik persamaan dalam membina dan membangunkan ummah
cemerlang, gemilang dan terbilang. Terikat dengan kaedah lama menyukarkan proses
pembelajaran dan pengajaran. Namun andai guru bersedia meneroka pelbagai kemahiran
terkini yang bersesuaian dengan pelajar dan mengaplikasikannya dalam sesi pembelajaran
dan pengajaran, pasti proses penitisan ilmu akan meresap dalam jiwa pelajar. Konsep 5 iaitu
guru sebagai mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan mu‟allim yang diasaskan oleh Ab.
Halim Tamuri dalam Kamarul Azmi Jasmi (2007) merupakan suatu garis panduan yang
bermanfaat untuk diamalkan oleh guru secara amnya dan guru pendidikan Islam khususnya.

6
Menurut konteks kajian 5 ini terdapat 25 ciri guru sebagai mudarris antaranya menarik
perhatian pelajar semasa P & P, menyesuaikan strategi pengajaran dengan sumber yang sedia
ada, mengawal bilik darjah dengan baik, memiliki unsur kecindan, mempelbagaikan
metodologi pengajaran dengan berkesan dan menjawab soalan pelajar dengan penuh
hikmah.Guru sebagai muaddib pula antaranya merangkumi aspek pemakaian yang sesuai dan
kemas (menutup aurat), menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu), menunjukkan
sikap yang prihatin terhadap kebajikan pelajar, menampilkan perwatakan atau personaliti
yang baik dan mempamerkan sifat tawaddu’ atau rendah diri. Begitu juga guru sebagai
murabbi antaranya memerlukan guru itu menerapkan unsur ketauhidan, kemanusiaan,
menyah serta menyingkirkan nilai bukan Islam, menggunakan bahasa komunikasi yang
sesuai dengan pelajar, menegur pelajar secara hikmah (tidak mengugut, sindir dan berleter),
menghukum dengan tujuan mendidik bukan mendenda serta memanggil pelajar dengan
panggilan yang mesra dan penuh kasih sayang.

Mursyid pula merujuk peranan guru yang bersikap adil terhadap pelajar, tegas, kepimpinan
berhikmah, mengawal suasana pembelajaran kelas dengan berkesan serta membimbing
pelajarmembuat keputusan. Sementara konsep yang terakhir iaitu guru sebagai mu‟allim
antaranya memiliki dan menguasai ilmu, menggalakkan percambahan ilmu, meransang
pemikiran pelajarmelalui Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis ( KBKK ) serta mengetahui
isu semasa. Apabila di dalami dan diperhalusi kelima-lima konsep 5 yang digariskan di atas,
ternyata aplikasi sikap dan amalan-amalan tersebut dalam pembelajaran dan pengajaran akan
mampu menarik minat, merubah persepsi dan sikap serta meningkatkan tahap pemahaman
dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Tidak akan timbul
sebarang masalah seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, tidur di dalam kelas, melawan
guru, merokok di kawasan sekolah serta banyak lagi permasalahan disiplin yang melanda
dunia pendidikan. Andai guru berperanan sebagai seorang mudarris, muaddib, murabbi,
mursyid dan mu‟allim yang dekat dengan hati dan jiwa pelajar, menjadi contoh dan idola
dalam kehidupan, pasti martabat pelajaran pendidikan Islam kembali dijulang. Untuk
mendidik pelajar melakukan sesuatu perkarayang baik, haruslah bermula dengan diri guru itu
sendiri. Apabila guru mengamalkan amalan-amalan yang baik, pelajar akan dapat rasa aura
tersebut malahan mereka akan mudah menerimadan mengamalkan segala suruhan guru
dengan rela hati.

Guru sebenarnya telah lama diberi mandat dan kepercayaan mendidik dan membangunkan
potensi yang ada pada kanak-kanak seperti aspek kerohanian, kepercayaan,moral dan integriti

7
diri dalam meningkatkan pencapaian diri (Halstead, 2004) namun masih terdapat GPI yang
tidak memiliki personaliti diri yang baik sehingga mereka gagal untuk menjadi role model
kepada para pelajar (Abdul Aziz, 1995 dalam Zaiton Mustafa et. al 2012). Dalam sirah
Nabawiyyah tugas seorang guru berkait rapat dengan tugas pendakwah atau da’I (Ab. Halim
Tamuri, 2012). Ini memperlihatkan kepada semua betapa besarnya peranan seorang GPI
dalam mencorak pemimpin masa hadapan memandangkan GPI tidak hanya mendidik ilmu
duniawi malah ilmu ukhrawi, mendidik manusia menjadi khalifatullah. Namun masalah mula
timbul apabila GPI gagal memainkan peranan sebagai seorang pendidik. Ini berpunca apabila
terdapat kes GPI yang menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir, lalu tugas dan
amanah tidak dilakukan dengan sepenuh hati, apa yang penting hujung bulan gaji sedia
menanti. Begitu juga dengan sikap segelintir mereka yang tidak melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang amat diperlukan sebagai seorang pendidik seperti latihan-latihan
khusus. Abdullah Ishak (1989) dan Ahmad Mohd Salleh (1997) dalam Ab.Halim Tamuri
(2010) berpendapat bagi memastikan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
dan pendidikan, seorang pendidik itu perlu memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul,
ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Ini kerana teknik mengajar yang berkesan ialah
apabila murid mudah menerima, menghayati dan boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam
suasana kehidupan seharian. Selain itu kewibawaan seseorang guru bukan sahaja dari segi
ilmu pengetahuan yang dikuasainya tetapi juga dari segi mitra atau imej, tingkah laku dan
keperibadiannya adalah antara aspek yang amat kritikal bagi mewujudkan keyakinan dalam
diri pelajar tentang sesuatu perkara yang diajarkan selain penggunaan pelbagai kaedah, teknik
dan alat bantu pengajaran (Ab. HalimTamuri et. al 2011). Seseorang yang bergelar guru
pendidikan Islam harus memperlengkapkan pakej diri apabila sanggup memikul amanah
sebagai ustaz dan ustazah. Ini kerana mereka tidak sekadar berperanan menyampaikan ilmu
sebaliknya memastikan ilmu-ilmu yang diajar dapat difahami dan diamalkan dalam
kehidupan pelajar selama-lamanya. Andai mereka menyedari beratnya amanah yang dipikul
pasti tidak timbul sebarang isu seperti pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran
pendidikan Islam dan sebagainya. Allah S.W.T menjadikan pelajar bermasalah sebagai
penanda aras seseorang guru, sama ada dia berjaya atau gagal menjalankan amanah dan
tanggungjawab mendidik. Guru yang sabar, penuh kasih sayang, keikhlasan dan berwibawa
dalam menjalankan tugasnya pasti tabah untuk terus mengharungi onak duri dunia
pendidikan kerana ia sedar inilah sahamnya di akhirat kelak. Guru adalah role model bagi
para pelajar sama ada di sekolah mahupun sehingga para pelajar ini meninggalkan bangku
persekolahan. Guru yang dekat di hati pelajar akan dikenang selamanya. Juhana (2012) dalam

8
kajiannya menyatakan seseorang guru harus berusaha sedaya upaya memberi rangsangan,
motivasi, galakan dan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri dan guru harus memberi peluang kepada
mereka untuk meneroka dunia dengan bijaksana. Ada kalanya pelajar akan merasa takut
untuk melakukan kesilapan, malu untuk mencuba sesuatu, mudah panik dan kurang
keyakinan diri. Namun apabila kuasa dorongan yang kuat diterima dari seorang guru, semua
ini dapat diatasi.

Zaiton Mustafa (2012) mengakui hakikat GPI yang terlibat dalam isu pengabaian
pelajar hanyalah segelintir. Oleh itu masih ada ruang dan peluang bagi memperbetulkan
keadaan ini dengan memberi kesedaran tentang konsep amanah yang ditaklifkan oleh Allah
S.W.T ke atas para guru terutama guru pendidikan Islam kerana mereka bukan sekadar
mengajar sukatan pelajaran namun membawa bersamanya tugas membangunkan ummah.
Guru adalah murabbi, mu‟allim dan muaddib yang berperanan besar dalam pembangunan
akhlak dan diri (Ab. HalimTamuri et. al, 2010). Andai guru amanah terhadap tanggungjawab
mendidik dengan penuh keikhlasan pasti Allah S.W.T akan mempermudahkan jalan
perjuangannya. Pengabaian terhadap pelajar akan menghilangkan minat mereka untuk
menuntut ilmu agama dan sekali gus menjauhkan mereka dari jalan Tuhan. Walau apa pun
permasalahan yang dihadapi oleh guruselama mereka mendidik pelajar, anggaplah itu semua
sebagai cabaran bukannya masalah.Tumpukan perhatian kepada pelajar yang lemah dalam
pembelajaran agar mereka dapatmenggunakan ilmu yang diberi oleh guru apabila berhadapan
dengan dunia luar yang mencabar. Memahamkan pelajar pintar adalah perkara biasa tetapi
memahamkan pelajar yang kurang pintar dan lemah adalah suatu perkara yang cukup luar
biasa.

FAKTOR KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Isu pertindihan kurikulum pendidikan bukanlah satu isu baru. Umumnya kandungan yang
terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum
Pendidikan Islam Negeri adalah hampir sama dalam beberapa tajuk khususnya ibadah dan
aqidah. Bagi bidang Tafsir, Hadis dan al-Quran wujud perbezaan daripada ayat-ayat hadis
yang dipilih. Aspek yang jelas membezakan antara kedua-dua kurikulum ini ialah bahasa
penghantar yang berbeza iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab. Isu ini perlu dikaji secara
mendalam kerana memberi implikasi yang besar terhadap pelaksanaan kedua-dua kurikulum
tersebut. Begitu juga dengan ketidakselarasan kurikulum pendidikan Islam peringkat negeri

9
yang akhirnya membawa kepada sistem peperiksaan yang berbeza di peringkat negeri seperti
Peperiksaan Menengah Agama (PMRU) di negeri Kelantan dan Sekolah Menengah Agama
(SMA) di negeri Selangor (Ab.Halim Tamuri et. al 2011). Selain itu di antara perkara yang
paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum tidak terkecuali kurikulum
pendidikan Islam ialah penyusunannya. Namun untuk penyusunan yang rapi dan berkesan,
kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal kurikulum amat penting. Penyusunan
tersebut hendaklah menitikberatkan kesesuaiannya mengikut kemampuan pelajar.
Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin hampir kepada Allah.
Seterusnya akan melahirkan generasi ‘para sahabat’ yang intelek, berilmu, beriman dan
beramal. Kurikulum baru yang lebih berkesinambungan dari peringkat rendah hinggalah
peringkat menengah berterusan ke peringkat universiti sesuai dengan kehendak dan keperluan
negara.Memandangkan matlamat kurikulum dan pendidikan Islam adalah untuk melahirkan
individu yang sempurna, sama ada rohani mahupun jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum
pendidikan Islam tidak boleh hanya terbatas kepada ilmu-ilmu yang bersifat teoritis sahaja,
baik bersifat naqli atau naqli tetapi juga berbentuk praktis seperti pendidikan jasmani,
latihanketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-
matamembekalkan pelajaran berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesebuah institusi
pengajiankhususnya dari segi pembangunan material (Abdullah Ishak, 1989 dalam Razalinda,
2008). Manusia adalah makhluk bernyawa yang perlu kepada suatu sistem yang tidak
menafikan haknya. Penyepaduan ilmu duniawi dan ukhrawi akan melahirkan insan yang
seimbang darisegala aspek yang bertanggungjawab terhadap makhluk dan alam
semesta.Abdul Rahman Salih (1982) menyatakan keberkesanan sesuatu metod dan kaedah
dalam pengajaran bergantung kepada isi kandungan kurikulum di mana ia tidak dapat
dipelajari dengan berkesan melainkan ia dirancang dan disusun dengan cara yang betul dan
sempurna. Ab. HalimTamuri, 2007; Rosnani, 1998; Mohd Arif, 1998 pula berpandangan
meskipun banyak perubahandilakukan terhadap kurikulum pendidikan Islam, namun ia masih
gagal dalam pembangunan ummah secara bersepadu. Peningkatan perlakuan tidak bermoral
yang melibatkan pelajar-pelajarIslam menjadi tanda bahawa kurikulum pendidikan Islam
masih memerlukan banyak perubahandan penambahbaikan (Zaiton Mustafa et. al 2012).
Hakikatnya banyak pihak yang terlibat dan menyumbang ke arah sifar perlakuan tidak
bermoral di kalangan pelajar ini iaitu ibu bapa, gurudan pendidik serta kurikulum yang terkini
dan bersesuaian. Keyakinan perubahan akan tetap berlaku andai semua pihak memainkan
peranan masing-masing dengan efektif. Terdapat dua aspek penting dalam kurikulum
pendidikan Islam yang perlu diberi perhatian serius iaitu isi kandungan buku teks dan

10
penggunaan tulisan jawi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Lazimnya
GPI akan berhadapan dengan dua kumpulan pelajarsama ada kumpulan yang dapat
memahami isi kandungan pelajaran dengan baik dan kumpulan yang tidak dapat memahami
pelajaran lantaran kegagalan dan kelemahan mereka untukmembaca dan memahami tulisan
jawi. Kebiasaannya GPI kurang memberi tumpuan terhadapkumpulan pelajar kedua kerana
kekangan masa mengajar dan sukatan pelajaran yang harus dihabiskan, lalu pengajaran dan
pembelajaran diteruskan hingga menyebabkan pelajar kumpulankedua tercicir, ketinggalan
jauh, hilang minat dan mula melakukan aktiviti lain lantaran tidakdapat terlibat secara aktif
dalam sesi pembelajaran tersebut. Tidak dinafikan terdapat program pemulihan jawi jQAF
namun pelaksanaannya menghadapi banyak masalah antaranya ketiadaan GPI mengikuti
kursus dan program luar sekolah menyebabkan kelas pemulihan tidak dapatdilaksanakan oleh
guru-guru jQAF kerana mereka terpaksa masuk ke kelas menggantikan GPI. Ini adalah antara
isu-isu yang dikatakan terpencil namun hakikatnya memberi impak negatifterhadap generasi
muda dalam jangka masa panjang. Pembentukan dan pemartabatan FPK dalam Akta
Pendidikan 1996 membuktikankomitmen berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
untuk melahirkan generasi pelajar berakhlak mulia sejajar dengan Laporan Awal PIPP
Malaysia 2013-2025 iaitu untuk melahirkan murid yang mempunyai nilai etika dan
kerohanian sebagai persediaan untuk membolehkanmereka bersaing I peringkat global
(Azhar Ahmad, 2012). Namun realiti semasa menunjukkan petanda jurang yang semakin
melebar antara idealisme kepentingan akhlak dalam konteks pembangunan negara dengan
kemelut sosial yang sedang dihadapi masyarakat (Pahrol MohdJuoi, 2008) dalam Azhar
Ahmad (2012). Oleh itu penggubalan kurikulum yang bersesuaiandengan tahap dan
kemampuan pelajar serta cabaran zaman generasi Y dan generasi Z harus diberi perhatian
sewajarnya. Dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan pendidikan Islam di setiap
peringkat persekolahan, penyusunan kurikulum pendidikan Islam perlu dilakukan secarateliti,
sistematik dan senantiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Seterusnya
kerjasamayang erat semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan dengan disokong oleh
pihak kerajaan.

KESAN PENGABAIAN TERHADAP PELAJAR

Bermula dengan pengabaian guru terhadap minat pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran pendidikan Islam, bermula permasalahan disiplin pelajar sekolah yang awalnya
berkisar sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, ponteng
kelas, merokok, melepak dan sebagainya. Namun begitu hari demi hari mereka semakin

11
berani melakukan perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang
seperti pergaduhan antara pelajar yang mengakibatkan pembunuhan, mengandung anak luar
nikah, kes rogol pelajar, pecah rumah, curi kenderaan, mencuri dan memukul. Laporan yang
didedahkan oleh akhbar tempatan sepanjang tahun 2000 hingga 2012 menunjukkan betapa
generasi penerus negara ini sedang menghadapi masalah keruntuhan akhlak pada peringkat
yang begitu membimbangkan. Semua ini berlaku rentetan dari pengabaian pelajaroleh ibu
bapa, guru dan masyarakat yang bersikap tidak suka ambil peduli. Smith & Krohn, (1995)
menyatakan remaja yang mempunyai ikatan perhubungan kekeluargaan yang kuat
danmenerima tahap pemantauan yang tinggi daripada ibu bapa mempunyai tahap penglibatan
masalah disiplin yang rendah berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Perhubungan yang
positif antara ibu bapa dan anak akan membentuk perasaan saling memerlukan antara satu
samalain di mana ia dapat meminimakan jurang hubungan kekeluargaan dan meningkatkan
keupayaan menghargai antara satu sama lain. Keluarga adalah alasan utama
menyebabkanmasalah disiplin remaja (Athur & Ericson, 1992; Kosterman, 1996) dalam
Portal J.K.D(2007). Remaja hamil luar nikah juga merupakan salah satu masalah serius.
Perangkaan JabatanPendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga Julai 2008 mencatatkan lebih
257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna purata 2,500 kes
anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84 kes setiap hari. Data mengikut
pecahan agama menunjukkan agama Islam menduduki tempat tertinggi sebanyak 30,978
orang, diikuti Hindu 17,236 orang, Buddha dan Kristian 3,395 orang (Portal Berita UKM, Jun
2010) dalam Khadijah Alavi et. al, (2012). Antar faktor-faktor dikenal pasti menjadi punca
kepada permasalahan adalah pengaruh rakan sebaya dan internet serta kurangnya penekanan
agama dan nilai moral keluarga.Semua permasalahan ini pastinya tidak dapat lari dari
peranan yang dimainkan oleh GPI dan warga sekolah dalam menentukan pembentukan
peribadi dan sahsiah pelajar. Tugas mendidik para pelajar tentang hukum halal dan haram
adalah tugas GPI, pemahaman yang baik tentangnya akan meningkatkan tahap aplikasi dalam
kehidupan. GPI harus sedar akibat penyisihan pelajar secara tidak sedar semasa proses P & P
akan membuatkan para pelajar ini merasa rendah diri, tiada semangat dan tiada keyakinan diri
sehingga akhirnya bertindak berhentisekolah dan mula terlibat dengan pelbagai gejala
maksiat yang bisa meruntuhkan tamadun bangsa.

CADANGAN

12
Tiada sesuatu yang tidak disebut oleh al-Quran mahupun sunnah. Apa sahaja yang
diperlukanoleh manusia maka al-Quran dan sunnah telah memenuhinya. Allah SWT
berfirman dalam surah 16:89 mafhumnya

“Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi


hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan
bagiorang-orang yang Islam”

Setiap permasalahan pasti ada jalan keluar. Begitu juga dengan isu pengabaian GPIterhadap
minat pelajar dalam pembelajaran dan gejala sosial yang melanda ummah masa kini.Ab.
Halim Tamuri et. al (2010) dalam perbahasannya menggariskan beberapa garis panduan
perubahan GPI seperti memiliki kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran mengajar ialah perkara penting dalam komponen keperluan guru menurut
Dunkindan Briddle (1974), Atan (1978) dan Mustaqim (2001). Antara kemahiran mengajar
yang perludikuasai adalah kemahiran memulakan pengajaran, mengemukakan soalan,
menggunakancontoh-contoh, menggunakan papan tulis, menutup pelajaran, kemahiran
menyediakan soalan-soalan yang baik, pengurusan bilik darjah dan kemahiran
memotivasikan murid. Penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan
tahap kecerdasan serta teknik pengajaran yang baik dapat menyumbang kepada mutu
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya beliau menyatakan pentingnya
penguasaan ilmu pengetahuan oleh GPI. Ashraf (1995) menegaskan guru yang
berpengetahuan dan bijaksana terhadap mata pelajaranyang diajarnya akan membantu para
pelajar dalam membina dan mempertajamkan daya intelek mereka. Seorang pendidik perlu
sentiasa mempertingkatkan keilmuannya, pengetahuan yangmendalam serta menguasai ilmu
pengetahuan agama, sejarah, geografi, matematik, bahasa dansebagainya (Al-Nahlawi, 1996).
Hassan Langgulung (1997) menekankan kepentingan pengetahuan sebagai asas memperoleh
bentuk-bentuk kemahiran kognitif yang lebih tinggi. Aspek motivasi diri GPI merupakan
langkah seterusnya yang digariskan oleh beliau. Sesuatu proses pembelajaran akan lebih
berfaedah dan menyeronokkan apabila para pelajaran terlibat secara aktif dalam sesi tersebut.
Namun aktiviti ini perlu kepada satu motivasi yang kuat dari GPI itu sendiri. Al-Ghazali turut
membahagikan tingkah laku manusia kepada dua tingkat iaitu pertama yang dikuasai oleh
motivasi-motivasi dan faktor kegopohan serta yang kedua dikuasai oleh kemahuan dan akal
(Hassan, 1997). Akhir sekali beliau membawakan kepentingan memiliki personaliti positif
sebagai seorang pendidik. Ini kerana pendidikan merupakan suatu proses perubahan tingkah

13
laku yang merujuk kepada sahsiah atau personaliti seseorang. GPI itusendiri berperanan
untuk membantu membersih dan membina jiwa agar menjauhi keburukan dan memeliharanya
sesuai dengan fitrah kejadiannya, memindahkan ilmu pengetahuan dan akidah kepada
muridnya supaya diaplikasi di dalam diri dan kehidupan mereka (al-Nahlawi, 1996). Sebagai
role model guru mesti mempunyai sahsiah yang unggul supaya mereka dicontohi dan
dihormati. Tingkah laku dan sikap guru sering diperhati dan dinilai oleh para pelajar bukan
sahaja semasa proses p & p dalam bilik darjah malah ketika berada di luar kawasan sekolah.
Perwatakan guru melambangkan personaliti mereka (Ab. Halim Tamuri et. al, 2010).

Selain pihak guru pendidikan Islam, peranan yang seharusnya dimulakan dari rumah olehibu
bapa itu sendiri seharusnya tidak diabaikan. Pendidikan awal anak-anak bermula dari
rumah,kuat asas didikan agama yang diterima oleh mereka sejak awal mengenal dunia, maka
akan tetap teguhlah mereka meski berhadapan dengan badai dan taufan dari segenap arah.
Mantapkan sistem pendidikan Islam yang sedia ada di samping usaha bersepadu dari semua
pihak, pasti semua permasalahan dapat diatasi.

KESIMPULAN

Tugas dakwah adalah tugas semua pihak sama ada ibu bapa, guru-guru, masyarakat,
pemimpin, sistem itu sendiri. Indahnya Islam tatkala kita bersatu fikrah, bergabung tenaga
Bersama menyelesaikan segala permasalahan yang menimpa ummah. Tidak ada manusia
yang sempurna,tidak akan ada satu sistem yang benar-benar dapat memuaskan hati semua
pihak dan adil saksama. Oleh itu marilah bersama, bermula dengan tekad di hati,
kesungguhan melestari dan derapan langkah kaki menuju jihad membangun dan
menyedarkan ummah dari lena yang panjang. Sesebuah tamadun hanya mampu terbina andai
pemudanya mara ke hadapan mempertahankan agamanya.

14
RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri. 2012.Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Dalam Sistem
Pendidikan Negara: Pembangunan Remaja Muslim Di Malaysia. Seminar Kebangsaan
Transformasi Remaja Muslim (SKTRM2012) 10-11 November. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ab. Halim Tamuri. 2012. Memugar Kecemerlangan Guru Pendidikan Islam. Wacana
HadhariSiri 6. Universiti Kebangsaan Malaysia.Ab. Halim Tamuri & Nik Rahimi Nik
Yusof. 2011. Kaedah Pengajaran dan PembelajaranPendidikan Islam. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Hamzah. 2010. Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu‟allim. Jurnal of Islamic and Arabic
Education, 2 (1):.43-56.

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul
Rahim& Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia & Bahagian Kurikulum Pendidikan
Islamdan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abd. Ghafar Md. Din. 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Utusan Publications
Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Jamir Md Saad, Ab. Halim Tamuri & A’dawiyah Ismail. 2012. Pembelajaran Aktif
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Persidangan Kebangsaan
PendidikanIslam.

15
Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol
1,Bil (1) Mei: 1 -12.

Abdullah Al-Amin Al- Na’miy; penterjemah Mohd Ramzi Omar. 1994. Kaedah dan
TeknikPengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala
Lumpur.

Ahmad Ayob Ibrahim. 2012. Yayasan Taqwa: Cabaran & Peranan Pembentukan Remaja
Muslim. Seminar Kebangsaan Transformasi Remaja Muslim ( SKTRM2012) 10-11
November. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ali Mohammed. 2012. Cabaran Remaja Muslim Masa Kini. Seminar Kebangsaan
Transformasi Remaja Muslim (SKTRM2012) 10-11 November. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Azhar Ahmad. 2012. Peranan Guru Dalam Transformasi Pembangunan Akhlak Remaja.
Seminar Kebangsaan Transformasi Remaja Muslim (SKTRM2012) 10-11 November.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Juhana. 2012. Psychological Factors That Hinder Students from Speaking in English Class

(A Case Study in a Senior High School in South Tangerang, Banten, Indonesia. Journal
ofEducation and Practice. Vol 3, No 12.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia.

Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad
& Noorhasliza Mohd Nordin. 2012. Hamil Luar Nikah Dalam Kalangan Remaja. Journal of
Social Sciences and Humanities. Vol 7. No 1: 131-140 April Series.

Louis Cohen, Lawrence Manion and Keith Morrison. 2004. A Guide To Teaching Practice.

5th Edition. Routledge Falmer Taylor & Francis Group: London & New York.

Maimun Aqsha Lubis, Ramlee Mustapha & Muhammad Nazir Mohammed Khalid. 2012.

Integrated Islamic Education: Philosophical Issue and Challenges. Proceeding 3rd


International Conference of ASEAN on Integrated Education in Islamic Studies
andCivilization, Songkla Thailand. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil. 2012. Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of
EducationalPsychology & Counseling. Vol 6 June: 50-73.

16
Paul D. Eggen & Donald P. Kauchak. 2001. Strategies for Teacher, Teaching Content
andThinking Skills. Fourth Edition. A Pearson Education Company: United States
ofAmerica.

Rozmi Ismail. 2012. Fenomena Rempit dan Keberkesanan Program Intervensi Kem Perkasa
Remaja Menangani Remaja Terbabit Dalam Aktiviti Merempit. Seminar Kebangsaan
Transformasi Remaja Muslim (SKTRM2012) 10-11 November. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Rusleda Awang, Wan Kamal Mujani, Ruziah Sidek, Kamaruzaman Abd. Ghani. 2012.

Potensi Manusia Menurut Pemikiran Hassan Langgulung. Persidangan Kebangsaan


Pendidikan Islam.

Samuel Atindanbila, Nana Afua Gyamfua & Dorothy Awuah. 2012. A Comparative Study
Between Introverts and Extraverts in Their Conforming Behaviours Among Students
atGalaxy International School in Ghana. Journal of Education and Practise, Vol 3: No 13.

Siti Hanim Ramli. 2006. Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Mata
Pelajaran Tasawur Islam di Daerah Hulu Langat, Selangor. Projek Penyelidikan
SarjanaPendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Yahya Abdullah. 2003. Persepsi, Minat dan Penghayatan Terhadap Mata Pelajaran
PendidikanIslam di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Lima di S.M.K Mudzaffar Shah,
SimpangEmpat Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Projek Penyelidikan Sarjana
Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Yahya Buntat & Said Daud. 2010. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Masalah Disiplin
diKalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Klang, Selangor.Universiti
Teknologi Malaysia.

Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim. 2012. Factors Affecting Students Interest in
LearningIslamic Education. Journal of Education and Practice, Vol 3: No 13.

Zulkifli Mohd Yusoff. 2012. Pembangunan Insan Pelajar Mengikut Perspektif Al-Quran
danSunah. Seminar Kebangsaan Transformasi Remaja Muslim (SKTRM2012) 10-11
November. Universiti Kebangsaan Malaysia.

17
Internet

www.jkdpdg.scl. my/modules.php Portal J.K.D Perdagangan Daerah Batu Pahat. 2007.


Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah.

www.mukmin.com.my/baca.php. 2012. Membentuk Pelajar Lemah Menjadi Cemerlang

.Razalinda.wordpress.com/2008/04/14/kurikulum-pendidikan-islam. Kurikulum Pendidikan


Islam

18

Anda mungkin juga menyukai