Anda di halaman 1dari 5

BAB 2

METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini, pengkaji akan memperincikan langkah-langkah dan kaedah yang akan
digunakan bagi menjalankan kajian berkenaan pengusung pesakit pintar. Aspek-
aspek yang akan dibincangkan adalah meliputi reka bentuk dan perincian projek,
pemilihan bahan dan alatan yang digunakan serta prosedur yang bertepatan kajian
yang dijalankan yang akan memastian penyelidikan dijalankan mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Menurut Othman (2001) dalam Hamidah (2007) telah menyatakan,
metadologi penyelidikan adalah satu prosedur yang bersistematik dengan gabungan
pendekatan-pendekatan kajian yang sesuai serta kaedah analisa data yang tepat bagi
memastikan objektif penyelidikan akan dapat dicapai seperti mana yang telah
ditetapkan.

2.1 Reka Bentuk Dan Perincian Projek.

Reka bentuk dan perincian projek yang bakal dilaksanakan nanti menggunakan
pendekatan penyelidikan secara tinjauan berbentuk deskriptif atau kaedah soal selidik
berbentuk objektif. Pendekatan tinjauan berbentuk deskriptif ini telah dinyatakan oleh
Mohd Majid Konting (1998) dalam Hamidah (2007) merupakan salah satu kaedah
dalam penyelidikan bagi mendapatkan tinjauan orang ramai sebelum sesuatu
penyelidikan, kajian atau projek dibangunkan atau disiapkan. Melaluinya, pengkaji
akan menyediakan set-set soalan untuk dijawab dan diberikan kepada beberapa
orang sampel terpilih yang terdiri daripada beberapa orang guru dan murid terpilih.
Proses ini sangat membantu dalam mengumpulkan data-data terperinci berkaitan
idea dan keperluan orang ramai tentang permasalahan sesuatu isu, faktor-faktor yang
membataskan projek dijalankan dan cadangan-cadangan penambahbaikkan sebelum
projek dapat diaplikasikan kepada umum. Data-data yang terkumpul hasil maklum
balas ini akan membantu pengkaji membuat rumusan yang tepat tentang tajuk yang
telah dikaji. Berikut adalah rajah... reka bentuk dan perincian projek yang telah
diringkaskan dan ditunjukan di bawah :

Projek Pengusung Pesakit


Pintar (Smart Stretcher)

Faktor-Faktor Masalah Yang


Dihadapi Sebelum Projek Dibina

Kos Perolehan Pengusung Jarak Dan Masa Yang Diambil Untuk Ukuran Dan Saiz Masalah
Konvensional Mahal Mengambil Dan Mengusung Pesakit Tidak Sesuai Penyimpanan

Rekabentuk Kajian Berbentuk Tinjauan Deskriptif


5 Guru Berpengalaman
10 Tahun
Kaedah Pemilihan Sampel
6 Orang Murid Tahun 4 Dan 5
Yang Dipilih Secara Rawak
Lokasi Kajian SK Bandar Baru Selayang (2)

Borang Soal Selidik Instrumen Kajian


(Skala Likert)

Prosedur Kajian

Kekerapan Dan Peratus Analisa Kajian


2.2 Populasi Kajian, Kaedah Pemilihan Sampel Dan Lokasi Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru dan murid-murid di Sekolah

Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2) . Penelitian dalam pemilihan populasi yang

melalui proses penelitian akan dapat menentukan setiap keputusan dapat dibuat

dengan tepat. Manakala pemilihan populasi yang berbeza ini akan menghasilkan

keputusan dapatan kajian berdasarkan objektif yang telah ditetapkan sebelum ini.

Untuk mendapatkan keputusan yang pelbagai, seramai 5 orang sampel yang terdiri

daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman sebagai pendidik selama 10 tahun

dan 6 orang murid tahun 4 dan 5 telah dipilih secara rawak. Pemilihan sampel yang

terhad ini bertujuan untuk menjimatkan masa pengkaji dan kos mencetak kertas selain

membantu proses menganalisa data dapat dilakukan lebih cepat serta berfokus

kepada objektif dan persoalan kajian. Manakala dapatan kajian yang dihasilkan

daripada analisa data akan lebih menjadi lebih tepat dan sempurna.

Pemilihan sampel untuk kajian ini juga telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya

daripada responden-responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Pemilihan

sampel secara sukarela penting bagi mengelakkan data kajian yang akan diperolehi

kelak tidak dimanipulasikan dan dirosakkan oleh responden yang terlibat.


2.3 Bahan Dan Alatan Kajian

Untuk mendapatkan keputusan yang pelbagai, seramai 5 orang sampel yang terdiri

daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman sebagai pendidik selama 10 tahun

dan 6 orang murid tahun 4 dan 5 telah dipilih secara rawak. Bahan dan alatan kajian

yang telah digunakan ialah borang soal selidik.

Borang soal selidik yang dibina mengandungi 2 komponen utama iaitu Bahagian A

dan Bahagian B. Sebanyak 20 item soalan dikemukakan. Bahagian A terdiri daripada

soal selidik sebanyak 6 item soalan melibatkan demografik responden. Item-item soal

selidik di Bahagian A adalah bertujuan untuk mengumpul serta mendapatkan

maklumat tentang latar belakang guru dan murid seperti penjawatan, umur, jantina,

keturunan, pengalaman mengajar, kelas dan tahun murid berada dalam kajian ini.

Item-item demografik responden sangat penting untuk menilai sama ada guru yang

terlibat telah mengajar selama 10 tahun dan ke atas dan murid tersebut berada di

tahun yang telah ditetapkan selain daripada maklumat diri responden.

2.4 Prosedur Kajian

Prosedur kajian merangkumi tatacara dan proses sebelum, semasa dan selepas

kajian dijalankan. Pematuhan terhadap beberapa prosedur dalam melakukan kajian

ini akan membantu penyelidik mendapat input dan data yang sempurna serta tepat.

Selain itu, langkah-langkah untuk mendapatkan kebenaran responden yang terpilih

dalam proses soal selidik akan mewujudkan rasa saling hormat-menghormati serta
kerjasama yang erat agar data-data terkumpul akan dapat dianalisa dengan sempurna

mengikut objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai