Anda di halaman 1dari 5

Teori Pembelajaran

Konstruktivisme
Nama Pensyarah : Pn. Arfah Binti Abdul Karim

Teori Konstruktivisme
Dalam kursus Psikologi Pendidikan pula,Teori Konstruktivisme digunakan bagi
mengatasi masalah di atas. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah
pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau
hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.
Contohnya, sekiranya guru ingin mencungkil ciri-ciri usahawan di kalangan pelajar, guru
boleh menayangkan video tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan.
Kemudian, guru memberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar dan sebagainya
dan meminta pelajar mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui
kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan
video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk
mencipta sesuatu yang baru. Melalui teori ini secara tidak langsung guru dapat melihat
ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.

APLIKASI KONSTRUKTIVISME
(5 FASA NEEDHAM)

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

1. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog antara murid dan guru.


2. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang
sebenar.
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan
hasil pembelajaran
5. Menggalakkan murid melalui kajian dan eksperimen

IMPLIKASI DARIPADA PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

1. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid


2. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid
3. Guru berperanan sebagai fasilitator, pemudah cara dan perancang, sedagkan
pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran
4. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid.
5. Model Pembelajaran yang sesuai digunakan ialah pembelajaran secara koperatif
dan kolaboratif.
6. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi
proses pembentukan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai