Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat juga saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini .Terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mana-mana pihak yang telah membantu saya .
Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini, saya telah banyak menerima
pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang
juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang
dan sabar .Pada mulanya menerima tugasan ini,saya merasakan tugasan ini terlalu
sukar dan menggambil masa yang terlalu lama untuk di siapkan .Hal ini
kerana,tugasan ini diminta saya untuk menjaga hamster dan ikan hiasan.Dengan
penuh kesabaran dan ketekunan , saya telah berusaha bersungguh lagi untuk
mencari bahan rujukan walaupun agak sukar dimana kesukaran mencari buku
rujukan mengenai hamster di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik

ini kerana saya kekurangan saya sendiri tidak selalu ke

perpustakaan dan akhirnya saya mencari jalan penyelesaian yang lain iaitu dengan
mencari dan meminta nasihat dan bantuan daripada rakan. Antara maklumat
mengenai hamster yang dicari ialah mengenai segi penyakit, makanan ,cara mandi
dan sebagianya
Pengalaman ini boleh saya jadikan kenangan dan pengalaman untuk
membantu saya untuk terus maju dalam kehidupan kelak ini kerasa saya berjaya
mempelajari benda baru seperti menjinakkan hamster yang kita seringkali kenal
dengan perangainya yang suka mengigit. Disebalik mudah mengumpul data satu
cabaran timbul dimana bagaimana ingin memproses maklumat dengan baik bagi
memenuhi kehendak soalan.Kata perpatah ada mengatakan tak kenal maka tak
cinta, kini setelah didedahkan oleh pensyarah dan mendapatkan rujukan yang
banyak

saya

berjaya

mendapat

sesuatu

daripada

pencarian

maklumat

tersebut.Jelasnya disini kita dapat memupuk semangat cintakan haiwan dengan


memahami cara hidup mereka. Saya berkata sedemikian kerana jika kita terlepas
pandang ataupun terlupa menukar badding ataupun mandikan mereka cuba
bayangkan perkata yang tidak selesa akan berlaku seperti bau busuk pada sangar

tersebut . Bau tersebut bukan saja menyebabkan kita tidak selesa malah orang
sekeliling dengan kita.
Melalui pengalaman yang dialami banyak perkara boleh dilakukan bagi
menanam kesedaran

setiap individu untuk menjaga dan menyayangi haiwan

pemeliharaan antaranya dengan ibu bapa memainkan peranan dengan membela


haiwan pemeliharaan. Ini kerana semua perkara bermula dari rumah jika ibu bapa
memainkna persan yang betul maka anaknya akan menjadi jenerasi yang bagus.
Menjaga haiwan pemliharaan dikatakan perlu ada pada setiap manusia kerana jika
dilihat terdapat beberapa kajian dibuat bahawa pemelihraan haiwan dapat
mengurangkan tekanan pada seseorang manusia. Emosi kita menjadi stabil
mungkin disebabkan faktor fizikal pada haiwan tersebut ini kerana manusia lebih
cenderug untuk melihat sesuatu yang cantik dan menarik.
Seterusnya untuk menambahkan kesedaran dalam penjagaan haiwan ini
ialah dengan memotivasikan diri sendiri. Saya berkata sedemikian kerana haiwan
merupakan makhluk seperti kita yang berkongsi ruang untuk hidup mencari
makanan,tempat tinggal dan sebagianya kerana kedua-dua belah pihak akan
mendapat kesannya. Ini berlaku pada saya sendiri dimana pada mulanya saya
seringkali digigit oleh hemster kerana tidak ada teknik yang betul. Akhir sekali saya
sedar sesuatu bahawa jika kita tidak mahu digigit kita perlu memahami mereka
terlebih dahulu seperti tidak perlu kasar sewaktu menangkap mereka . Ini semua
bertujuan bagi memastikan hamster tidak berasa terancam. Positifnya saya belajar
untuk sabar dan belajar untuk memahami perasaan makluk Allah swt.Kini saya telah
mendapat banyak maklumat baru dalam hidup malah saya dapat belajar sesuatu
yang tidak dapat di dalam kelas seperti memandikan,makanan ,menjaga hemster
dengan baik dan ini menambahkan lagi disiplin di dalam diri untuk lebih sabar dan
peka ketika menjaga haiwan sebegini.
Akhir kalam , saya bersyukur disebalik kesusahan dan keletihan yang saya
alami untuk menyempurnakan tugasan ini kerana terdapat pelbagai maklumat baru
yang telah saya peroleh yang jelas amat berguna dalam kehidupan saya masa kini
dan juga pada masa hadapan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung sehingga berjayanya saya

menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan.Semoga keberkatan diperoleh


agar ianya dapat membantu saya untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai