Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

1.1. PENGENALAN

Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan


progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke
hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan
untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang.
Oleh itu penguasaan mata pelajaran seperti Reka Bentuk Dan Teknologi menjadi tunjang ke
arah matlamat tersebut ini kerana ia penting dalam melahirkan generasi yang mampu
menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era
globalisasi.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ,satu


kurikurikulum telah digubal bagi menggantian sistem kurikulum yang lama iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) . Kurikulum ini lebih menekankan tentang penguasaan
pengetahuan dan kemahiran bersdasarkan teknologi ,pembelajaran berpusatkan murid dan
pembelajaran berasaskan projek. Menurut Norati A. Rashid et.al (2012) , mata pelajaran
Reka Bentuk Dan Teknologi( RBT ) yang diperkenalkan melalui KSSR dapat memastian
murid-murid menguasai kemahiran kehidupan mereka di samping menggilap potensi insan
dengan daya kreatif yang tinggi. Subjek ini diajar kepada murid tahun empat,lima dan enam
di setiap sekolah sebagai gantian kepada subjek Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini
memberi peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan kemahiran kognitif
,psikomotor dan afektif individu. Oleh itu, mata pelajaran tersebut adalah penting bagi
melahirkan generasi yang berorientaskan teknologi dan keushawanan untuk bersaing di
dunia yang semakan mencabar terutamanya dalam perkembangan teknologi yang pesat
pada masa kini.

Seperti yang diketahui umum bahawa proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang
berkesan merupakan sesuatu perkara yang penting.Hal ini dapat diukur dari segi
tindakbalas pelajar contohnya melalui peperiksaan awam ataupun ujian yang diadakan oleh
guru bagi sesuatu mata pelajaran tersebut.Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran yang
berkesan seharusnya ada dalam diri setiap warga pendidik.Hal ini dimana,setiap guru
haruslah menguasai kaedah pengajaran yang berkesan bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar serta memberi impak yang positif
kepada para pelajar. Pada era abad ke-21 ,proses pengajaran dan pengajaran lama tidak
lagi sesuai untuk murid-murid di sekolah seperti kaedah pengajaran chalk and
talk,penggunaan buku teks secara maksima semasa penyampaian pengajaran dan
pembelajaran dan pengajaran yang hanya berpusatkan guru semata-mata.

Kajian ini dijalankan bagi membaiki kaedah pengajaran yang sedia ada dengan
membuat refleksi kendiri bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid
ketika dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi.Kajian ini juga dijalankan atas tujuan
sebagai satu pemudah cara untuk guru RBT ketika mengajar di dalam kelas. Justeru,ianya
membantu pengkaji menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
menguasi tajuk Penghasilan projek ( mengenal kod warna perintang ) dengan menggunakan
kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan murid untuk
memastikan proses pengajaran berjalan dengan lebih baik dan berkesan.

Pendekatan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan strategi pembelajaran


yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk menarik minat serta membantu meningkatkan
prestasi pelajar dalam mata pelajaran . Mok Soon Sang (2000), banyak faktor yang
menentukan ciri-ciri pengajaran yang baik. Di antaranya ialah kecekapan pendidik
mengawal kelas, strategi dan kaedah pengajaran serta penggunaan ABBM. Antara yang
terpenting adalah penggunaan ABBM kerana ABBM merupakan salah satu instrumen untuk
menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Misalnya, penggunaan model
dalam pengajaran dapat membantu mewujudkan pembelajaran yang lebih menarik dan
kondusif sekali gus membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah.
Pendekatan penggunaan alat bantu mengajar ini selaras dengan cabaran Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui penggunaan
teknologi terkini dan bukan hanya bergantung kepada buku teks sahaja (Pembangunan
Pendidikan,2013-2025).

Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan manusia akan mudah mengingati
sesutau yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi
maklumat yang boleh disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain
pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting
untuk pelajar memanggil kembali data yang telah disimpan tadi. Situasi tersebut disokong
dengan kualiti dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) yang dapat membuka ruang luas kepada guru untuk
mengaplikasikan segara teori ,kemahiran dan kepakaran yang sedia ada kepada anak murid
melalui ABM yang disediakan. Menurit Abd. Rahman (2000), sejak awal tahun 50-an,
pelbagai alat teknologi pendidikan digunakan dalam P&P sekolah-sekolah Malaysia
walaubagaimanapun , penggunaan masih terhad pada masa tersebut . Jelasnya ABM
memberi kesan bukan sahaja memudahkan kaedah pengajaran malah ianya membantu
meningkatkan daya ingatan murid-murid apabila di dalam proses pengajaran dan pegajaran.

Kesimpulannya, dengan menggunakan alat bantu mengajar iaitu Roda Ingatan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menyelesaikan banyak perkara dimana ianya
bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar malah menambahkan ingatan murid-murid
dalam proses mengigat kod warna perintang. Untuk kajian ini ,projek penyelidikan telah
dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Methodist (Integ) (M) Sungai Pelek di Selangor.
Semasa menjalani prektikum kajian ini telah melibatkan murid tahun 5G seramai 25 orang
pelajar dari kaum Melayu,Cina dan India .
1.2. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN

Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), pelbagai aktiviti dan program
yang melibatkan pengukuhan dalam bidang pendidikan telah dirancang. Pengkaji
merupakan seorang guru pelatih daripada IPG Kampung pendidika teknik yang menjalani
dua fasa prektikum pada semesta 5 dan 7 selama 13 minggu . Dalam jangka masa yang
selama 3 bulan tersebut pengkaji berpeluang untuk mengajar mata pelajaran RBT untuk
murid tahun 5 dan 6 . Oleh kerana itu, banyak pengalaman yang telah diperoleh semasa
mengajar subjek tersebut dan pengkaji mengenal pasti beberapa aspek dan isu yang
menyebabkan proses PdP terganggu. Perkara ini diberi perhatian dan perlu ada tindakan
dengan segera supaya proses PdP dapat berjalan dengan lancar.

Antara perkara yang berbangkit dalam melaksanakan PdP di dalam kelas RBT tahun 5
ialah mereka gagal untuk menuntukan nilai pada kod perintang tetap walaupun telah di ajar
banyak kali. Pengakaji memberikan beberapa soalan sebagai latihan kepada murid-murid
akan tetapi hasilnya hampir kesemua soalan tidak dapat dijawab dengan betul walaupun
diberi jadual nilai warna pada perintang tetap. Ianya menjadi lebih ketara apabila murid tidak
dapat mengira mana-mana nilai yang melibatkan nilai ribu dan keatas ini kerana mereka
tidak dapat mengigat bilangan sifar yang ada bagi setiap warna perintang .

Selain itu, pengkaji melihat murid mengambil masa yang lama dari tempoh yang
ditetapkan iaitu 15 minit untuk 5 soalan sahaja. Ini menyebabakan PdP terganggu dan hasil
pembelajaran yang disusun tidak tercapai sepenuhnya. Situasi kelas berlaku di dalam
bengkel RBT sekolah ini. Di SK Methodist (Integ) ini di sediakan 3 tempat untuk murid RBT
belajar. Ianya di kelas dan perpustakaan apabila ingin mengajar teori manakana bengkel
RBT digunakan untuk amali. Untuk kali ini bagi memberi keselesaan kepada murid pengkaji
menempatkan murid di dalam perpustakaan dan memaparkan jadual nilai bagi warna
perintang . Pada masa yang sama juga video dipaparkan berkenaan dengan perintang atas
tujuan memudahkan pengajaran kepada murid. Ini disokong oleh Mohamad Amin Embi
(2010), video boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh.
Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada
cara video itu digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi
merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Video
pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar
tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai satu alat untuk penzahiran
(Duff, 2008).
Selain itu,pengkaji juga menggunakan kaedah demonstasi iaitu dengan cara
menunjukkan perbezaan nilai dua buah perintang dengan menyambungnya dengan meter
upaya . Menurut Zaiton Hamid (2000), kaedah demonstrasi yang telah dipelopori oleh John
Dewey merupakan satu kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar untuk mempelajari
sesuatu yang baru melalui pengalaman ,pemerhatian tindakan guru dan juga percubaan.

Anda mungkin juga menyukai