Anda di halaman 1dari 2

Integrasi Belakang

Integrasi belakang merujuk kepada proses di mana pembelian syarikat atau secara
dalaman menghasilkan segmen rantaian bekalannya sendiri. Dalam erti kata lain, ia adalah
pengambilalihan subsidiari terkawal yang bertujuan untuk mencipta atau menghasilkan input
tertentu yang boleh digunakan dalam pengeluaran. Integrasi belakang adalah strategi korporat
yang terkenal. Melalui kawalan lebih banyak terhadap rantaian bekalannya, organisasi dapat
menurunkan kos serta menjamin akses kepada bahan utama. Selain itu, ia juga dapat
memanipulasi pesaing secara tidak langsung dengan memberi kesan kepada bagaimana mereka
mengakses bahan mentah mereka. Dalam kes tertentu, beberapa syarikat mungkin bersatu untuk
membeli dan mengawal pembekal.

Antara syarikat yang telah menggunakan strategi integrasi belakang adalah Boon Siew
Honda Sdn Bhd. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dan
dikenali dengan nama Boon Siew Honda Sdn Bhd. Mereka telah dilesenkan untuk memasang,
mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Pada sekitar tahun 1958,
Boon Siew dapat melihat populariti motosikal Honda Cup Super yang popular di Jepun dan
percaya ia mampu mendapat sambutan yang baik di Malaysia dengan ciri utama iaitu ringan dan
kecil berbanding motosikal keluaran eropah. Setelah dilantik oleh pihak Honda di Jepun, Boon
Siew Honda Sdn Bhd telah membawa masuk sebanyak 50 unit motosikal. Tidak lama selepas itu,
sebuah kilang pemasangan telah dibina di Pulau Pinang dan motosikal yang dikeluarkan di
Malaysia telah dinamakan sebagai Boon Siew Honda.

Sekitar September 2008, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah membuat kerjasama antara
Honda Co Ltd dan Oriental Holdings Bhd. Melalui kerjasama itu, Oriental Holdings Bhd atau
kini telah diambil alih oleh anak syarikatnya iaitu Kah Motor Co Sdn Bhd telah
dipertanggungjawabkan sebagai pengeluar motosikal Honda yang sah di Malaysia sementara
Boon Siew Honda Sdn Bhd berperanan sebagai pengedar. Antara produk yang dipasarkan adalah
motorsikal jenama Wave Dash, CRF 250L, CBR1000RR, EX5 Dream, Future, Gold Wing,
Wave Dash SE, Wave 110, Wave 100, Icon dan CBR 250R. Ahli Lembaga Pengarah Boon Siew
Honda Sdn Bhd adalah dipengerusikan oleh Dato’ Loh Cheng Yean. Oriental Holdings Bhd dan
Honda Motor Co Ltd telah mengembangkan dan mempromosi jualan motosikal di seluruh
Malaysia, Singapura dan Brunei (Danny Tan, 2012). Di sini kita dapat lihat bagaimana syarikat
Boon Siew Honda Sdn Bhd menggunakan strategi integrasi belakang di mana mereka mula
ditubuhkan dengan peranan memasarkan motosikal jenama Honda sebelum mereka sendiri
mengambilalih urusan pemasangan motosikal yang mereka pasarkan.

Terdapat beberapa kelebihan utama kepada syarikat yang mengamalkan integrasi


belakang. Kelebihan pertama adalah syarikat dapat meningkatkan kawalan di mana syarikat
dapat mengawal rantaian nilai mereka secara lebih efisien. Melalui integrasi ke belakang, kos
boleh dikawal denganlebih baik sepanjang proses pengedaran. Antara kos yang dapat
dikurangkan adalah kos ejen atau orang tengah yang menghubungkan syarikat pengedar dan
syarikat pembekal. Selain itu, syarikat juga mendapat kelebihan kompetitif di mana syarikat
dapat menghalang pesaing daripada memperoleh sebarang akses ke pasaran penting atau sumber
yang terhad. Ini akan memberi kesan yang besar terhadap keuntungan syarikat.

Anda mungkin juga menyukai