Anda di halaman 1dari 13

Penguasaan Jawi dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima SMK Putrajaya Presint

8 (1), Putrajaya
Anuar bin Sopian
anuar_09@melaka.uitm.edu.my
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Cawangan Melaka

Abstrak
Tulisan Jawi memiliki kedudukan yang istimewa yang bukan sahaja digunakan di Tanah Melayu pada
suatu ketika dahulu malah boleh dikatakan seluruh Nusantara. Tulisan Jawi memainkan peranan yang
sangat penting sebagai alat perantaraan rakyat dan kerajaan Melayu di zaman silam seperti penulisan
segala jenis surat rasmi, menulis kitab undang-undang dan segala jenis persuratan dalam pentadbiran
kerajaan. Tulisan Jawi juga digunakan oleh para ulama dan sarjana untuk menulis segala jenis
pengetahuan seperti perubatan, ilmu falak, ilmu Hisab, Sejarah dan kesusasteraan. Kemahiran dalam
tulisan jawi juga memudahkan proses kemahiran membaca Al Quran dan Hadis kepada Umat Islam
khususnya. Namun, peranan tulisan Jawi dewasa ini semakin merosot malah lama kelamaan semakin
dilupakan. Kemerosotan Jawi juga memberi impak yang besar kepada kemahiran penguasaan pembacaan
dan penghayatan Kitab suci al Quran di kalangan Umat Islam pada hari ini. Justeru, kajian yang dijalankan
ini bertujuan mengenal pasti sikap pelajar-pelajar Tingkatan Lima SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya
terhadap penguasaan Jawi serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam menguasai
tulisan Jawi. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat membantu mereka
menguasai kemahiran Jawi. Seramai 113 pelajar telah dipilih sebagai responden kajian yang merupakan
pelajar-pelajar Tingkatan Lima di SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya
Katakunci : Penguasaan, Tulisan, Jawi, Pelajar dan Kemahiran

Jawi literacy among Form Five Students of SMK Putrajaya Presint 8 (1),
Putrajaya

Abstract

Jawi writing has a special position which is not only used in Malaya at one time but it can be said
throughout the archipelago. Jawi play an important role as the medium of Malay peoples and governments
of the past like all kinds of formal letter writing, writing code and all types of correspondence in the
government. Jawi writing have been used by the scholars in all kinds of knowledge such as Medicine,
Astronomy, Mathematics, History and Literature. Skills in Jawi script also facilitate the reading skills of
the Quran and Hadith for Muslims. However, the role of adult Jawi gradually deteriorates even more
forgotten. Decline Jawi also have a big impact on skill mastery and appreciation of reading Holy Quran
among Muslims today. Thus, this study aimed to identify Form Five attitudes of SMK Putrajaya Presint 8
(1), Putrajaya to control of the Jawi and the problems faced by students in the control of the Jawi writing.
This study was also conducted to identify the factors that will help them to master Jawi skills. A total of
113 students were selected as respondents who are Form Five students in SMK Putrajaya Presint 8 (1),
Putrajaya

Keywords: Control, Writing, Jawi , Student and Skills

Pengenalan
Salah satu antara pengaruh Islam yang meresap ke dalam kebudayaan Melayu ialah tulisan jawi iaitu
Tulisan Melayu Huruf Arab. Ia sampai ke alam Melayu bersama sama dengan kedatangan Islam. Tulisan
jawi asalnya daripada tulisan Arab yang dipinjam oleh masyarakat Melayu. Maka masyarakat Melayu
telah meminjam beberapa huruf Arab yang telah diparsikan. Oleh itu bertambahlah huruf jawi.
Tulisan jawi merupakan warisan Islam yang bertapak beratus-ratus tahun dahulu dan menjadi lambang
kemegahan dan keunggulan bangsa Melayu yang sememangnya memiliki tamadun yang unik. Tulisan
jawi juga telah banyak memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan dan kejayaan bangsa Melayu
yang mana ianya berkembang meliputi bidang-bidang sains, politik, perdagangan, kesusasteraan, undangundang, diplomatik dan berbagai bagai lagi.
Selepas kira-kira tiga ratus tahun, orang Melayu menggunakan tulisan jawi sebagai tulisannya, datanglah
pula orang-orang Eropah ke Tanah Melayu. Bersama-sama dengan kegiatan penjajahannya, orang Eropah
memperkenalkan juga tulisan mereka kepada orang-orang Melayu. Namun begitu, semenjak kedatangan
Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan penggunaan tulisan jawi semakin pudar dan merosot.
Generasi kini khususnya golongan remaja sudah melupakan penggunaan tulisan jawi.Tulisan rumi yang
telah diperkenalkan oleh golongan penjajah semakin popular dan meluas penggunaannya bahkan telah
menjadi rutin dalam penulisan. Misalnya banyak buku-buku agama yang diterjemahkan daripada bahasa
Arab yang ditulisdalam tulisan rumi.
Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1963) yang menitik beratkan sains dan teknologi juga
menyebabkan penggunaan tulisan jawi dalam system pendidikan di Malaysia benar-banar tergugat. Semua
mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam diajar dalam tulisan rumi kecuali al Quran dan Hadis. (Ghong
Ghung Suk:1990)
Maka dengan kemerosotan penggunaan dan pengetahuan tentang tulisan jawi di kalangan masyarakat
telah menarik perhatian pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka mengambil langkah untuk memperbaiki kedudukan
tulisan jawi yang semakin hari dipinggirkan. Tujuan Dewan Bahasa Dan Pustaka memperkenalkan sistem
ejaan baru adalah untuk mempermudahkan pembacaan dan penulisan tulisan jawi untuk masyarakat tetapi
apa yang menyedihkan ialah walaupun pelbagai yang telah dijalankan untuk memartabatkan semula
tulisan jawi namun penggunaannya di kalangan masyarakat khususnya golongan remaja masih lagi dalam
paras yang membimbangkan.

Latar belakang Masalah.


Pelajaran jawi bukanlah satu mata pelajaran yang baru dalam bidang kurikulum sekolah di Negara ini.
Jawi telah diajarkan berasingan dengan pelajaran rumi di sekolah-sekolah Melayu pada suatu masa
dahulu. Pada ketika itu, pelajaran jawi diletakkan di pinggir kurikulum sekolah yang mengakibatkan
sebilangan besar golongan muda kita pada hari ini buta jawi dan yang lebih mencemaskan lagi tulisan
jawi beransur-ansur tidak diminati dan akhirnya menjadi pusaka generasi lama sahaja.
Namun begitu, kemalapan tulisan jawi yang menguasai zaman akhir 60 an hingga 70 an telah menarik
perhatian Dewan Bahasa Dan Pustaka berusaha memberi nafas baru kepada tulisan jawi agar mudah dan
lebih menarik perhatian dalam penggunaannya.Kalau dahulu, semasa masih wujud sekolah Melayu,
tulisan jawi menjadi tulisan utama di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Keadaan ini telah berubah
apabila dasar pelajaran 1963 menjadikan tulisan jawi sebagai mata pelajaran yang dimasukkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu sahaja. Keadaan ini tidak dapat bertahan lama kerana guru yang mahir dalam
pelajaran jawi berkurangan. Akhirnya mata pelajaran jawi berpindah ke dalam pengajaran Pendidikan
Islam. Namun ini tidak dapat bertahan lama kerana pelajaran jawi telah mengurangi waktu pengajaran

Pendidikan Agama Islam. Keadaan ini menyebabkan kedudukan tulisan jawi terus malap dan merosot.
(Jurnal Dewan Bahasa: 1991)
Walaupun Akta Bahasa Kebangsaan 1963 menyebutkan bahawa ketetapan tulisan jawi sebagai tulisan
Bahasa Kebangsaan itu tidak harus menghalang pengguanaan tulisan Melayu yang lebih dikenali sebagai
tulisan jawi.Namun peruntukan ini nampaknya kurang diendahkan. Pengajaran tulisan jawi di sekolahsekolah kurang mendapat mendapat perhatian walaupun perkara ini termasuk dalam sukatan pelajaran. Ini
disebabkan tidak ada soalan peperiksaan yang mewajibkan calon menjawab dalam tulisan jawi dan kedua,
guru-guru bahasa kebangsaan generasi baru hamper kesemuanya tidak menguasai kemahiran jawi. Di
kebanyakan sekolah pengajaran jawi diserahkan kepada para ustaz dan ustazah dengan andaian mereka ini
benar-benar menguasai sistem ejaan jawi.
Walaupun usaha-usaha untuk menyempurnakan system ejaan ini telah dilakukan namun soal
penggunaannya bergantung kepada sikap.Sekiranya minat masyarakat Melayu khususnya golongan pelajar
terhadap tulisan jawi semakin merosot dan terus rendah, manuskrip-manuskrip lama bertulisan jawi yang
tersimpan di gedung-gedung dalam dan luar Negara akan terus tinggal begitu sahaja tanpa dapat dijadikan
bahan kajian. Sekiranya bangsa asing yang lebih berminat untuk menimba khazanah pustaka jawi,
merekalah nanti yang akan menjadi pakar dalam bidang jawi dan tidak mustahil suatu ketika kelak
masyarakat kita serta anak cucu kita belajar pula daripada mereka tentang perkara-perkara yang pusakakan
oleh nenek moyang kita sendiri.
Tahap celik jawi yang rendah di kalangan masyrakat Islam terutamanya golongan muda juga merupakan
penyumbang kepada buta al Quran. Realiti kehidupan dan sikap segelintir masyarakat Islam sendiri yang
memandang rendah dan tidak mengendahkan lagi tulisan jawi kerana mereka menganggapnya sudah tidak
relevan atau tidak sesuai dalam era globalisasi kini. Persepsi ini dating daripada mereka yang lupa bahawa
ianya merupakan sebahagian dari identiti Islam yang telah membudaya sejak kemasukan Islam di rantau
nusantara ini.
Oleh yang demikian pihak kerajaan perlu mengambil tindakan lanjut bagi menggemilangkan semula
tulisan jawi. Dalam hal ini pelbagai pihak perlu sama-sama berganding bahu dan bertanggung jawab agar
sekurang-kurangnya tulisan jawi mampu bertapak semula di kalangan masyarakat Melayu khususnya di
sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Terdapat ketidak seimbangan antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh institusi-institusi kerajaan dan
para pendidik berbanding dengan sikap, respon atau tindak balas daripada masyarakat Islam khususnya
golongan muda di Malaysia. Keadaan ini telah berlarutan sekian lamanya .Berdasarkan latar belakang
masalah, penyelidik ingin mengkaji bagaimana sikap pelajar-pelajar Islam terhadap penggunaan tulisan
jawi, kemudian penyelidik juga ingin melihat apakah sebenarnya masalah yang dihadapi mereka dalam
pembelajaran tulisan jawi dan mengenal pasti jalan penyelesaiannya.
Kajian lepas
Kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd. Rashid (1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran
Jawi di kalangan pelajar adalah rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar
dan digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah. Atas alasan inilah dikatakan pelajar lambat
menguasai kemhairan Jawi.Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad
b. Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan ia hanya diberi
penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.
Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan menyatakan kementerian
Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak pengenalan kurikulum lama sekolah rendah dan ini
menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang tidak dapat membaca Jawi.Jika usaha tertentu tidak diambil
dari sekarang ramai generasi muda tidak akan dapat membaca dan menulis jawi .(Berita Minggu, 18
Oktober ,1987)

Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) mendapati dalam kajiannya
bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum sekolah telah menimbulkan
masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mustafa Daud, Muhammad Mustafa dan Cik Su Mustafa dalam
kertas kerjanya yang bertajuk Tulisan Jawi Pangkal warisan Tamadun Islam di alam Melayu pada tahun
1993 telah mengkaji persepsi pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi terhadap penggunaan tulisan
jawi. Beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi mempunyai minat mendalam
terhadap penggunaan tulisan jawi. Ini berdasarkan hasil kajiannya yang mendapat sebanyak 87.7%
pelajar-pelajar di Institusi pengajian Tinggi yang masih berminat secara mendalam terhadap penggunaan
tulisan jawi.Namun begitu beliau mendapati bahawa walaupun pelajar-pelajar di Institusi pengajian tinggi
mempunyai minat yang mendalam terhadap penggunaan tulisan jawi namun bilangan yang
menggunakannya amat sedikit.Hal ini juga berdasarkan hasil kajian beliau yang mendapati hanya 4.2
sahaja pelajar-pelajar di institusi Pengajian Tinggi yang menggunakan tulisn jawi setiap masa dan
menggunakannya ketika menulis nota kuliah. ( Muatafa Daud, 1993:13)
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mustafa Daud didapati pelajar-pelajar di Institusi pengajian
tinggi mempunyai minat yang mendalam terhadap tulisan jawi tetapi bilangan yang menggunakannya
sangat sedikit.Oleh yang demikian penyelidik merasakan perlunya ada suatu kajian untuk mengkaji sikap
pelajar-pelajar Islam di sekolah Menengah terhadap penggunaan tulisan jawi.Hal ini disebabkan di
peringkat sekolah Menengah merupakan peringkat asas untuk mempraktikkan tulisan jawi dan seterusnya
barulah penggunaan tulisan jawi diteruskan apabila pelajar menyambung pengajian di institusi pengajian
tinggi. Maka dengan adanya kajian terhadap sikap pelajar terhadap sikap pelajar sekolah Menengah sedikit
sebanyak akan membantu mereka meminatidan menggunakan tulisan jawi sehinggalah mereka
melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Pn Saimah bt Saeman pada tahun 1996 yang bertajuk sejauh
mana perlaksanaan pengajaran dan permasalahan yang timbul dalam pengajaran jawi tahun 6
menyatakan minat pelajar-pelajar tahun 6 terhadap tulisan jawi di peringkat uyang kurang memuaskan
yani terdapat hanya 53.2% sahaja pelajar-pelajar yang memnati tulisan jawi. Beliau juga mendapati
pelajar-pelajar juga kurang menggunakan tulisan jawi iaitu hanya 23.2% sahaja yang menggunakan tulisan
jawi.(Koriana Mohd Hatta,2001:15)
Satu lagi kajian yang berkaitan dengan sikap terhadap penggunaan tulisan jawi iaitu kajian yang
dijalankan oleh Siti Fadzliaton Ismail pada tahun 1998 yang bertajuk Sikap pelajar-pelajar sarjana muda
Pengajian Islam,UTM,Skudai terhadap penggunaan tulisan jawi baru. Dalam kajian ini beliau mengkaji
sikap di kalangan bakal guru agama terhadap penggunaan tulisan jawi baru adalah di tahap yang
memuaskan.Hasil kajiannya menunjukkan 64.3 % menyatakan sangat setuju berminat terhadap tulisan
jawi manakala sebanyak 32.9% menyatakan setuju dan 2.9% tidak pasti sama ada berminat atau tidak
terhadap tulisan jawi baru.Selain itu didapati juga tulisan jawi baru yang diperkenalkan oleh Dewan Bahsa
Dan Pustaka adalah mudah dikuasai. Ini berdasarkan kajian beliau yang mendapati bahawa sebanyak
95.7% bakal guru yang berpendapat bahawa tulisan jawi baru mudah dikuasai manakala 2.9% tidak pasti
dan 1.4% tidak setuju. Selain itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa 75.7% daripada bakal guru
sangat bersetuju menyatakan bahawa mereka sangat suka menggunakan tulisan jawi baru.Maka kajian
tersebut menyatakan dan memperlihatkan sikap yang positif di kangan para guru agama terhadap
penggunaan tulisan jawi. Hasil kajian ini mungkin dapat membantu pihak berkuasa meningkatkan mutu
pengajaran di kalangan guru agama. (Siti Fadzliyadaton 1998: 17)

Objektif kajian
Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut
1.

Untuk mengenal pasti sikap pelajar-pelajar tingkatan lima di sekolah Menengah Kebangsaan
Putrajaya Presint 8 (1) terhadap pembelajaran tulisan jawi.

2.

Untuk mengenal pasti masalah-maasalah yang dihadapi dalam pembelajaran jawi.

3.

Untuk mengetahui faktor-faktor yang dapat membantu mereka menguasai jawi.

Metodologi Kajian
Penyelidik menggunakan metod kajian soal selidik untuk mengumpulkan semua data primer yang
dikehendaki. Manakala untuk data sekunder, penyelidik menggunakan metod kajian perpustakaan untuk
mendapatkan segala maklumat. Seramai 113 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian daripada
jumlah keseluruhan 167 orang pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint
8 (1). Maklumat mengenai kajian yang diperolehi daripada responden adalah berdasarkan maklum balas
daripada soal selidik terhadap para pelajar (sampel) dari sekolah-sekolah tersebut.
Soal selidik dalam kajian ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian pertama dan bahagian kedua.
Bahagian pertama mengandungi soalan berkaitan latar belakang responden yang merangkumi maklumat
peribadi dan pengalaman mempelajari tulisan jawi. Bahagian kedua pula terdiri soalan mengenai minat
mempelajari tulisan jawi, penguasaan terhadapkemahiran membaca dan menulis jawi, kegiatan seharian
dan kepentingan tulisan jawi dalam diri pelajar.
Analisis data daripada borang soal selidik pula dilakukan menerusi proses taburan frekuensi (kekerapan
distribution). Bahagian seterusnya merupakan analisis data yang diperoleh daripada responden serta
dapatan kajian dan kesimpulan daripada analisis tersebut.
Dapatan Kajian
Bahagian A
Jadual 1 : Taburan responden mengikut jantina
JANTINA
_________________________________________________________________________________
Jantina
Kekerapan
Peratus
Lelaki
61
53.9
Perempuan
52
46.1
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
n= 113
Jadual 1 menunjukkan bahawa taburan responden kajian berdasarkan jantina. Jadual 1 menunjukkan
responden terdiri daripada pelajar lelaki dan juga perempuan. Seramai 61 orang pelajar lelaki atau
merangkumi sebanyak 53.9% yang terlibat. Manakala pelajar perempuan pula seramai 52 orang yakni
46.1% pelajar yang terlibat.

Jadual 2: Pekerjaan ibu bapa/ penjaga


Pekerjaan ibu bapa/ penjaga
_______________________________________________________________________________
Fakulti
Kekerapan
Peratus
Awam
95
84.0
Swasta
17
15
Petani
0
0
Peniaga
1
1
Lain-lain
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
n= 113

Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut sektor pekerjaan ibu bapa atau penjaga. Berdasarkan
dapatan kajian seramai 95 orang yakni mewakili 84% responden yang ibu bapa atau penjaga mereka
bekerja di sektor awam. Manakala seramai 17 orang yakni 15% responden yang ibu bapa atau penjaga
mereka bekerja di sektor swasta.

Jadual 3: Permulaan mempelajari Tulisan Jawi


Permulaan mempelajari Tulisan Jawi
_______________________________________________________________________________
MULA MEMPELAJARI
TULISAN JAWI
Kekerapan
Peratus

Diperingkat Sekolah Menengah


2
1
Diperingkat sekolah Rendah
73
64.6
Diperingkat tadika/ pra sekolah
38
34.4
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
n= 113
Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan tempoh permulaan mempelajari tulisan jawi.
Seramai 2 orang yakni 1% responden yang mempelajari tulisan jawi di peringkat Sekolah Menengah,
seramai 73 yakni 64.6% responden yang terlibat mempelajari tulisan jawi bermula di peringkat sekolah
Rendah. Manakala sebanyak 38 orang yakni 34.4% pelajar mula mempelajari tulisan jawi di peringkat
tadika/praa sekolah.

Jadual 4: Keputusan PMR


Keputusan PMR
_______________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PMR
Kekerapan
Peratus
GRED A
35
30.9
GRED B
44
38.9
GRED C
21
18.5
GRED D
13
13.7
GRED E
0
0
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
n= 113

Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratusan responden berkaitan keputusan subjek Pendidikan Islam di
peringkat PMR. Dapatan kajian menunjukkan seramai 35 orang responden yakni 30.9% daripada mereka
memperoleh gred A. Manakala seramai 44 orang responden yakni sebanyak 38.9% responden yang
memperoleh gred B,seramai 21 yakni 18.5% mendapat gred C dan 13 orang yakni 13.7 mendapat gred D.

Jadual 5 : Tujuan mempelajari tulisan jawi


Tujuan mempelajari tulisan Jawi
_______________________________________________________________________________
TUJUAN MEMPELAJARI
Kekerapan
Peratus
TULISAN JAWI
Memenuhi tuntutan matapelajaran
37
32.7
Agar mahir membaca al Quran
30
26.5
Mendalami dan menghayati warisan Melayu
20
17.6
Memahami ajaran agama Islam
26
23.2
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
________________________________________________________________________________
n= 113

Jadual 5 menunjukkan dapatan kajian tentang tujuan responden mempelajari tulisan jawi. Seramai 37
orang responden yakni 32.7% mempelajari tulisan jawi dengan tujuan sebagai tuntutan matapelajaran..
Seramai 30 orang yakni mewakili 26.5% responden bertujuan mempelajari tulisan jawi kerana perasaan
ingin menguasai membaca ayat-ayat al Quran. Manakala seramai 20 orang yakni 17.6% responden
mempelajari tulisan jawi bertujuan supaya mereka boleh mendalami dan menghayati warisan
Melayu.Manakala 26 orang yakni mewakili 23.2% responden mempeljari tulisan jawi bertujuan untuk
mendalami agama Islam.

Jadual 6 : Peruntukan masa mempelajari jawi dalam seminggu


Peruntukan masa mempelajari Jawi dalam seminggu
_______________________________________________________________________________
PERUNTUKAN MASA MEMPELAJARI
Kekerapan
Peratus
TULISAN JAWI DALAM SEMINGGU
Lebih 3 jam
7
6.3
2 hingga 3 jam
6
5.3
1 hingga 2 jam
19
16.8
Kurang 1 jam
81
71.6
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
n= 113
Merujuk jadual 6, didapati bahawa seramai 7 orang yakni 6.3% responden meluangkan sebanyak lebih
daripada 3 jam untuk mengulangkaji pelajaran jawi dalam seminggu. Seramai 6 orang yakni 5.3%
responden mengulangkaji antara 2 hingga 3 jam seminggu. Manakala seramai 19 orang yakni 16.8%
responden mengulangkaji pelajaran jawi 1 hingga 2 jam seminggu. Manakala seramai 81 orang mewakili
71.6% responden mengulangkaji pelajaran jawi kurang dari 1 jam seminggu.

Jadual 7 : Minat mempelajari Tulisan jawi


Minat mempelajari tulisan Jawi
______________________________________________________________________________
MINAT MEMPELAJARI TULISAN JAWI
Kekerapan
Peratus

Tidak Minat
4
3.6
Kurang minat
57
50.4
Berminat
52
46.0
__________________________________________________________________________________
Jumlah
113
100
n= 113
Berdasarkan jadual 7, didapati seramai4 orang yakni 3.6% responden yang tidak berminat mempelajari
tulisan jawi.Seramai 57 orang yakni 50.4 responden yang kurang berminat, manakala 52 orang yakni 46%
yang berminat mempelajari tulisan jawi.

Bahagian B :
Bahagian ini merupakan soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden.

Jadual 2 Taburan Peratusan soalan-soalan bahagian B


____________________________________________________________________________
Frekuensi Peratus (%)
Bil
Perkara
SS
S
KS TS STS
__________________________________________________________________________________
1. Saya berminat dan seronok
Mempelajari tulisan jawi.

31 36 43
02
27.4 31.8 38.0 1.7

2. Tulisan jawi mudah dipelajari dan


Dikuasai.

16 40
46
14.1 35.3 40.7

3. Jawi membantu saya mempelajari


Al Quran.

40 65
06
35.3 57.5 5.3

02
1.9

4. Pelajaran jawi begitu penting buat saya.

24
41 44
04
21.2 36.2 38.9 3.7

5. Saya begitu gembira setiap kali belajar


Jawi.

22 39
43
6
19.4 34.5 38.0 5.3

3
2.8

11
9.7

05
4.4

01
1.1
06
5.5

6. Saya kerap membeli buku dan


Bahan bacaan tulisan jawi

03
2.6

59
15
25
52.2 13.2 22.3

7. Saya memperuntukan waktu


Mengulangkaji jawi.

07 14 33
6.1 12.3 29.2

8. Jawi merupakan pembelajaran yang agak


Mencabar.

25 55 20 09
22.1 48.6 17.6 7.9

9. Saya dapat menulis jawi dengan baik.

12 33 45
14
09
10.6 29.2 39.8 12.3 8.1

39
20
34.5 17.9
04
3.8

10. Saya dapat membaca jawi dengan baik

23
55 19
16
20.3 48.6 16.8 14.3
_______________________________________________________________________________
n= 113
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, majoriti responden kurang berminat mempelajari tulisan
jawi, sebanyak 38% iaitu 43 orang. Di samping itu, terdapat sebanyak 46 orang responden iaitu 40.7%
responden yang kurang bersetuju bahawa tulisan jawi mudah dipelajari dan dikuasai.Sebanyak 57.5%
iaitu 65 orang responden berpendapat mereka mempelajari tulisan jawi memudahkan mereka mempelajari
dan melancarkan bacaan al Quran, manakala sebanyak 3.7% iaitu 4 orang sahaja yang sangat tidak setuju
bahawa tulisan jawi penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Seramai 43 orang mewakili 38% kurang
bersetuju bahawa mereka gembira ketika mempelajari tulisan jawi manakala seramai 39 orang mewakili
34.5% berasa gembira ketika mempelajari tulisan jawi.Manakala hanya 3 orang iaitu 2.6% responden
kerap membeli buku dan bahan bacaan jawi sebagai bahan bacaan dan rujukan dalam pembelajaran
seharian.
Hanya seramai 21 orang responden iaitu 18.4 % yang memperuntukan masa mengulangkaji pelajaran
jawi. Selain itu, majoriti responden iaitu sebanyak 70.7 % iaitu seramai 80 orang responden bersetuju
bahawa pelajaran jawi merupakan pelajaran yang agak mencabar untuk dipelajari dan dikuasai.Di samping
itu sebanyak 39.8% iaitu seramai 45 orang yang berkemahiran menulis jawi dengan baik manakala

seramai 45 orang responden iaitu 39.8 % kurang bersetuju, seramai 14 orang yakni 12.3% tidak setuju dan
seramai 9 orang yakni 8.1% sangat tidak setuju bahawa mereka berkemahiran menulis jawi dengan baik.
Walaubagaimanapun, majoriti responden iaitu sebanyak 68.9% mewakili 78 orang bersetuju mereka
berkemahiran membaca jawi dengan lancar dan baik manakala hanya 19 orang yakni 16.8% yang kurang
bersetuju dan seramai 16 orang yakni 14.3% yang tidak bersetuju bahawa mereka boleh membaca tulisan
jawi dengan lancar dan baik.

KESIMPULAN
Merujuk kepada kajian soal selidik yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat beberapa perkara
penting dalam kajian kecenderungan responden terhadap pembelajaran tulisan iaitu:

a. Kebanyakan pelajar telah mempelajari tulisan jawi sejak peringkat Sekolah Rendah lagi iaitu
seramai 73 orang mewakili 64.6%. Namun demikian, seramai 57 orang mewakili 50.4%
responden kurang berminat mempelajari jawi. Oleh yang demikian pelbagai usaha dan tindakan
perlu dilaksanakan bagi mengekalkan dan meningkatkan lagi bilangan pelajar yang berminat
mempelajari tulisan jawi.

b. Keperluan mempelajari dan melancarkan bacaan ayat suci al Quran dan sebagai tuntutan
matapelajaran merupakan faktor utama responden mempelajari tulisan jawi. Faktor untuk
mendalami dan menghayati warisan Melayu serta mendalami ajaran Islam juga merupakan antara
faktor responden mempelajari tulisan jawi.

c. Majoriti pelajar kurang memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran jawi dan kurang
berminat membeli bahan-bahan bacaan jawi.Oleh yang demikian tenaga pengajar disarankan
bijak menarik minat pelajar dengan menggunakan dan mengaplikasikan teknik dan kaedah
pengajaran yang bersesuaian agar minat pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan terhadap tulisan
jawi.

d. Majoriti responden kurang berminat dan tidak gembira ketika mempelajari tulisan jawi sekaligus
merasakan tulisan jawi tidak penting dalam kehidupan mereka. Kebanyakan responden juga
menganggap pelajaran jawi sebagai pelajaran yang sukar dan mencabar untuk dikuasai.

e. Majoriti di kalangan responden mahir dan boleh membaca petikan jawi namun majoriti di
kalangan mereka tidak mahir menulis jawi dengan baik.Oleh itu, tenaga pengajar hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajar menulis nota Pendidikan Islam dalam tulisan jawi bagi
memesrakan pelajar dengan tulisan tersebut. Kementerian Pelajaran juga digalakkan mengadakan
dan memperbanyakkan sayembara tulisan khat di samping kursus-kursus khat jawi untuk
menarik minat pelajar-pelajar menyertainya.

f.

Pihak sekolah daKementerian Pelajarani perlu menyesuaikan dan menyelaraskan aktiviti


pembelajaran yang terkandung di dalam silibus pembelajaran serasi dengan kehendak pelajar.
Keadaan ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik bagi meningkatkan
minat dan motivasi serta kecenderungan mereka mempelajari tulisan jawi. Disamping itu juga,
teknik dan strategi pengajaran yang digunakan oleh para pendidik juga sangat mempengaruhi
peningkatan penguasaan terhadap pembelajaran jawi.

Kesimpulannya, didapati responden tidak menunjukkan minat terhadap penggunaan tulisan jawi dalam
kegiatan seharian mereka.Ini jelas menunjukkan tulisan jawi semakin dipinggirkan. Keadaan ini jelas
dibuktikan
melalui hasil kajian yang menunjukkan responden kurang memperuntukan masa
mengulangkaji pelajaran jawi dan tidak gemar membeli bahan bacaan jawi. Walaupun responden
menunjukkan minat yang kurang memberangsangkan terhadap penggunaan tulisan jawi namun majoriti di
kalangan responden mengakui pelajaran jawi membantu mereka melancarkan bacaan al Quran.
Di samping itu, peranan dan tugas tenaga pendidik serta pihak Kementerian Pelajaran amat penting dalam
membantu meningkatkan lagi penguasaan pelajar dan melahirkan minat pelajar terhadap pembelajaran
tulisan jawi. Tenaga pengajar perlu lebih kreatif mengaplikasikan kaedah yang bersesuaian dalam
kemahiran bahasa kerana setiap kemahiran bahasa memerlukan pendekatan yang pelbagai dan berbeza
untuk melahirkan dan meningkatkan minat dan tahap penguasaan pelajar. Sebagai contoh, bagi menarik
minat pelajar dalam pembelajaran jawi, selain daripada pembelajaran di dalam kelas, tenaga pengajar
perlu juga mengadakan program dan aktiviti kokurikulum tambahan di luar kelas.
Faktor minat semata-mata tanpa usaha yang berterusan tidak mampu meningkatkan penguasaan pelajar
terhadap jawi.Oleh yang demikian, perlunya kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan dalam
pembelajaran jawi.Penggunaan tenologi maklumat misalnya boleh membantu mendapatkan refleksi dan
respon yang positif daripada pelajar seterusnya dapat menimbulkan minat mereka.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh memperuntukan waktu lima belas minit misalnya pada setiap hari
Jumaat mewajibkan bacaan al Quran bagi pelajar-pelajar Islam. Selain itu, pihak sekolah perlu
mewujudkan suasana menghidupkan tulisan jawi seperti papan-papan tanda di sekolah menggunakan
tulisan jawi.

RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Mohamed (1997) , Daya pengaruh dan perubahan sikapKuala Lumpur:
Utusan Publication & Distriction Sdn. Bhd.
Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Dewan Bahasa
Kuala Lumpur.

dan Pustaka,

Abdullah Jusuh. (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Rahman Abdul Hamid,(1989) Belajar Tulisan Jawi, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya
Anuar bin Sopian,(2011) Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama terhadap pengajian
Retorik Arab: Kajian di sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah-sekolah
Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Melaka, UiTM Melaka.
Crow L. D Crow L,(1980) Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Ee Ah Meng (1999), Psikologi Pendidikan I : Psikologi Perkembangan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Gong Giong Suk,(1990) Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Hamdan Abdul Rahman,(1999) Panduan Menulis dan Mengeja Jawi, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Hamdan Hassan,(1990) Peranan Pendidikan Islam Masjid Muhammadi Kota Bharu pada permulaan
abad ke 20 M, kelantan dalam perspektif sosio budaya, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Kamarudin Ngah, Roslim Md. Akhir. (1990), Kaedah Penyelidikan Panduan Mudah Kerja Luar, Fajar
Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Koriana binti Mohd Hatta,(2001) Sikap di Kalangan Pelajar Islam Tingkatan Empat Terhadap
Penggunaan Tulisan Jawi (Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan); satu kajian Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Daud Hamzah,(1990) Dorongan dan pembelajaran, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mustafa Daud,(1990) Tulisan Jawi Pangkal warisan Tamadun Islam di alam Melayu,Universiti Teknologi
Malaysia.
Samarudin Rejab, Nazri Abdullah. (1993), Panduan Menulis Tesis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Siti Fadzliyaton,(1998) Sikap Pelajar SPI Terhadap Penggunaan Tulisan Jawi, Universiti Teknologi
Malaysia,Skudai.
Siti Fatimah bt. Saufee,(2000) Penguasaan Tulisan jawi di kalangan Murid-murid Tahap Satu di salah
Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Meradong.
Zaid Mohd Ali,(1986) Masa Hadapan Tulisan Jawi, Dewan Siswa; Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai