Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pendahuluan

TUGASAN
2

1:

Menyediakan

Esei

Akademik

Mengenai

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan Dan


Membuat Analisis Dan Perbandingan Ejaan Dian, Ejaan

3-16

Pakatan Dan Ejaan Zaba


3

Kesimpulan

17

Refleksi

18-19

Rujukan

20

Lampiran

21

PENDAHULUAN

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa adanya ilmu
pengetahuan, seseorang itu tidak akan dapat memajukan dirinya selaras dengan peredaran
zaman. Ilmu membantu setiap individu untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya,
politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Ilmu yang Allah kurniakan kepada hambanya
tersangatlah luas dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Namun begitu, sebagai
seorang penganut agama islam, sesuai dengan tuntutan kita untuk sentiasa menuntut ilmu
berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud Menuntut ilmu itu Wajib ke atas setiap
muslim.
Melalui pembelajaran dan pengkajian pada kali ini, kita akan dapat mengetahui
mengenai sejarah perkembangan tulisan jawi di Malaysia. Kupasan ini juga akan menjelaskan
dengan lebih terperinci mengenai bagaimana tulisan jawi ini sampai dan dapat dikembangkan di
Malaysia. Perkembangannya juga telah membentuk pelbagai sistem tulisan jawi seperti kaedah
ejaan pakatan, ejaan zaba dan ejaan dian. Walaupun tulisan jawi didapati mempunyai
perkaitan yang amat rapat dengan skrip Arab terutamanya pada bentuk abjad, namun terdapat
beberapa perbezaan yang ketara terutamanya pada pertambahan abjad yang menjadikan
jumlah bilangan abjad jawi berbeza dengan bilangan abjad Arab. Ini menunjukkan tulisan jawi
telah mempunyai identiti yang tersendiri dan mampu berperanan sebagai alat komunikasi dan
alat pengembangan ilmu di peringkat global.
Kita seharusnya berbangga kerana dengan penggunaan tulisan jawi, islam mampu
dikenali di seantero dunia. Buktinya, ramai pengkaji-pengkaji orang bukan islam yang tertarik
untuk menulis dan mengkaji mengenai sejarah perkembangan tulisan jawi seperti W.G
Shellaber (1925) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling, R.J. Wilkinson dan Winstedt
dengan terbitan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901,1903, 1913, 1939) yang masih
menggunakan versi ejaan jawi tua. Selain itu, dengan penemuan prasati-prasati juga, dapat
membuktikan lagi bahawa tulisan ini tidak hanya dipelajari oleh orang islam sejak zaman alam
melayu lagi.
Apabila tulisan jawi ini semakin tersebar luas, maka wujud pula tokoh-tokoh yang
menghasilkan seni tulisan jawi dalam pelbagai teknik. Secara harfiahnya, melalui kajian ini kita
dapat mengenal pasti sejarah perkembangan tulisan jawi dan sistem-sistem tulisan jawi yang
digunakan di Malaysia.
2

TUGASAN 1: Menyediakan Esei Akademik Mengenai Perkembangan Sistem Ejaan Jawi


Yang Disempurnakan Dan Membuat Analisis Dan Perbandingan Ejaan Dian, Ejaan
Pakatan Dan Ejaan Zaba
Tulisan jawi berasal dari kesusasteraan arab yang diperkenalkan oleh orang parsi
kepada kerajaan melayu jambi yang terletak di utara Palembang, sumatera, Indonesia. Pada
ketika itu, mereka yang memeluk agama islam mempelajari tulisan jawi kerana selain untuk
mempelajari kitab suci Al-Quran Al-Karim, mereka juga memilih untuk menulis abjad jawi kerana
ianya sangat berhubungkait dengan kebudayaan islam. Menurut hujah sebahagian sejarawan,
perkataan Jawi ini diambil dari akar umbinya iaitu Jawa. Walaubagaimanapun, tidak banyak
bukti yang sahih ditemui yang boleh meyakinkan ianya berasal dari Jawa meskipun tulisan ini
digunakan di Jawa. Sebahagian sejarawan pula mengatakan kemungkinan besar perkataan
jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.
Selain itu, nama Jawi itu juga mungkin berpunca daripada kerajaan javaka kuno yang
merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan majapahit dan srivijaya yang pernah menjalin
hubungan dengan saudagar dan mubaligh arab.
Tulisan jawi berkembang dengan pesat sejajar dengan penyebaran dan kedatangan
agama islam ke nusantara. Bangsa melayu ketika itu ada yang menggunakan tulisan pallava,
rencong mahupun kawi mendapati bahawa tulisan-tulisan ini tidak lagi sesuai digunakan
sebagai medium penyebaran agama baru. Oleh itu, penggunaan tulisan jawi merupakan faktor
utama yang memangkin kebangkitan bangsa melayu serantau di samping penyebaran agama
islam kerana tulisan ini dijadikan gerbang kepada pemahaman islam dan kitab sucinya AlQuran. Tulisan jawi berasal dari tulisan arab dan merupakan huruf-huruf arab yang dimasukkan
dan disesuaikan kedalam sistem penulisan bahasa melayu dengan menambahkan huruf (cha,
ga, nga, nya dan va) yang tidak terdapat dalam bahasa arab namun telah diwujudkan bagi
memenuhi tuntutan-tuntutan bahasa melayu.
Sejarah menunjukkan bahawa, tulisan jawi mula digunakan di kepulauan melayu sejak
abad kesepuluh lagi yang bermula di Kedah, seterusnya di Vietnam, Pahang, Brunei, Jawa
Timur dan di Terengganu (Nurazmi Kuntum, 2005). Tulisan ini telah digunakan secara meluas di
negeri-negeri kesultanan melayu Melaka, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15
dan telah berkembang sejak zaman kerajaan islam pasai kemudian disebarkan ke kerajaan
Johor pada abad ke-17. Tulisan ini memainkan peranan penting kepada masyarakat dan
3

digunakan dalam semua urusan penting seperti urusan pentadbiran, adat-istiadat dan
perdagangan sebagai contoh, surat-menyurat diraja, titah-perintah dan juga kaedah
perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan
purbakala seperti hukum kanun Melaka dan bahan terbitannya, termasuk hukum-hukum kanun
Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi, undang-undang laut Melaka dan
hikayat-hikayat seperti hikayat Abdullah. Proses pengislaman rantau melayu telah melariskan
abjad jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.
Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia, iaitu dengan penemuan Batu Bersurat
Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui
adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih
awal berbanding tulisan rumi. Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi negeri-negeri melayu
tidak bersekutu semasa penguasaan British. Apatah lagi, pemahsyuran kemerdekaan 1957 bagi
negara Malaysia antara lain juga ditulis dalam abjad jawi. Kini, tulisan ini digunakan dalam
urusan agama islam dan adat-istiadat melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan jawi
ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut pendeta zaba
kebiasaan penulis-penulis yang ramai, ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain
orang apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa melayu yang sedia
ada pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan
jawi yang baru pada tahun 1938.

Gambar 1.1: Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh


702H atau 1303M.
4

Gambar 1.2: Surat Wasiat Sultan Adam untuk Pangeran


Hidayatullah (Kerajaan Banjar)

Gambar 1.3: Undang-undang Laut Kesultanan


Melayu Melaka

Gambar 1.4: surat Pengisytiharan Kemerdekaan


Tanah Melayu 1957

Semenjak tulisan jawi bertapak di tanah melayu, tulisan jawi kini dipelihara terutamanya
untuk wacana keagamaan dan kebudayaan melayu. Walaupun begitu, ketika mana kerajaan
islam jatuh akibat perang salib yang lanjut. Ianya juga mengakibatkan kejatuhan kerajaan turki
uthmaniyah, kejatuhan dan penaklukan kerajaan melayu dan Indonesia akibat penjajahan barat.
Akhirnya, tulisan jawi dihapuskan melalui kongres persuratan melayu 1956, penyata razak 1956
dan akta bahasa kebangsaan 1967. Walaupun begitu, Penyata razak menjelaskan bahawa
tulisan rumi digunapakai dalam bahasa kebangsaan namun dengan syarat diadakan pelajaran
jawi bagi murid-murid islam.
Tulisan jawi tidak dibiarkan padam begitu sahaja dari Malaysia. kita tidak perlu
membuang atau meninggalkan tulisan jawi walaupun melayu amnya menggunakan tulisan rumi.
Ini adalah kerana tulisan jawi adalah kepunyaan kita dan sebahagian daripada warisan kita.
Dipetik dari mukaddimah buku panduan membaca dan menulis jawi oleh tokoh Bahasa melayu,
Pendeta Zaba. Pada tahun 1981 penggunaan bahasa Malaysia dikaji semula dan dapatlah
dirumuskan oleh jawatankuasa pengkaji bahawa sebuah buku daftar ejaan rumi-jawi yang
lengkap hendaklah diusahakan dan diterbitkan dengan segera serta sistem ejaan jawi yang
sedia ada hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Akhirnya, usaha untuk memugar kembali
sistem ejaan jawi berhasil apabila pada tahun 1983, Dewan Bahasa Dan Pustaka membentuk
jawatankuasa kerja projek penyemakan ejaan jawi. Pada tahun 1984 pula, konvensyen ejaan
jawi antarabangsa di Terengganu diadakan. Seterusnya, Pedoman Ejaan jawi yang
disempurnakan digubal pada tahun 1986 yang mana ianya melalui 4 tahap pembentukan. Pada
tahun 2001, terbentuklah daftar kata bahasa melayu iaitu rumi-sebutan-jawi.
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat
dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem
ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada
Kaedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba
(sebagaimana

yang

terdapat

dalam

buku

Daftar

Ejaan

Melayu

Jawi-Rumi,

1949).

Perkembangan sistem tulisan jawi, telah melalui empat perubahan yang akhirnya membawa
kepada tahap yang ada sekarang yang dikenali sebagai ejaan jawi yang disempurnakan (EJS).
Pada tahap yang pertama, ejaan jawi ditulis mengikut sistem dan kaedah ejaan bahasa arab
yang menjadikan baris sebagai vokalnya. Oleh itu, perkataan buku sebagai contoh ditulis dalam
jawi dengan ( )tanpa diterjemahkan vokal U kepada ( )sebaliknya diletakkan baris depan
(---) sebagai pengganti wau. Baris asal bahasa arab telah mengambil tempat huruf vokal
6

bahasa melayu yang mana jika kita lihat bentuknya sama dengan penulisan Al-Quran kerana
sememangnya penulisan jawi ada kaitannya dengan pembelajaran Al-Quran pada ketika itu.
Diteruskan pula dengan tahap kedua yang mana pada ketika itu penggunaan baris dalam
tulisan jawi mula digugurkan, namun kaedah dan sistem penulisannya masih kekal dan tidak
berubah. Oleh itu perkataan buku sebagai contoh ditulis dalam jawi dengan (). Penulisan jawi
pada ketika itu banyak terpengaruh dengan gaya bahasa dan uslub bahasa arab. Walaupun
banyak hasil karyawan yang lahir dengan sistem tulisan jawi seperti ini, namun kitab-kitab
begini biasanya mampu dibaca oleh ustaz-ustaz dan pakar-pakar jawi sahaja.
Perkembangan bahasa melayu yang pesat setelah lahirnya penulisan baru yang tidak
terpengaruh dengan gaya bahasa dan uslub bahasa arab telah mengajak sama supaya
dilakukan perubahan pada sistem ejaan jawi. Tujuannya supaya generasi baru mudah untuk
mempelajarinya dan supaya ia sesuai dengan perkembangan yang berlaku dalam bahasa
melayu itu sendiri. Dari situlah berlakunya perubahan tahap ketiga. Tahap ketiga ini tulisan jawi
mula menerima kemasukan huruf vokal ( ) pada suku kata pertama perkataan-perkataan
bahasa melayu bagi mengambil tempat huruf-huruf vokal bahasa melayu ( a,e,I,o,u ). Manakala
suku kata kedua pada ketika itu masih belum menerima huruf-huruf vokal, malah dikekalkan
kaedah lama yang mengikut kaedah baris bahasa arab. Oleh itu, perkataan buku sebagai
contoh ditulis dalam jawi dengan ( ).
Walaubagaimanapun, ejaan jawi bagi perkataan buku boleh dibaca dengan buka atau
buku. Begitu juga perkataan ()

yang boleh dibaca bumi atau bom. Keadaan ini telah

mengundang banyak kekeliruan kepada pengguna dan pencinta tulisan jawi, malah ianya
membawa kekeliruan kepada pelajar yang ingin mempelajarinya. Keadaan ini telah mengajak
para pejuang jawi supaya dimurnikan lagi tulisan jawi agar kesulitan dan kekeliruan dalam
penulisan dapat dielakkan yang akhirnya berlakunya perubahan tahap keempat iaitu pada
ketika ini mereka mula memasukkan huruf vokal pada suku kata kedua. Oleh itu, perkataan
buku sebagai contoh dapatlah ditulis dalam jawi dengan ( ).
Sebelum ejaan jawi yang disempurnakan ini digunapakai, terdapat banyak usaha
penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi antaranya hasil
usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm. P. B) yang
menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham
Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang
terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986

ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun
1939 dan ejaan Dian.

EJAAN PAKATAN

Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul
Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman dan diterbitkan
oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi.
Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata
dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada
kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata
yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.
Ejaan pakatan juga mempunyai peraturan ejaan sendiri seperti yang terkandung dalam
Paredar angka 2 P.Bm. P.B. Diraja Johor. Antaranya ialah, kata-kata yang dieja Tanpa abjad
vokal pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup TERHAD kepada kata yang sudah
lazim dan secara tradisi dieja demikian dan yang lain dieja dengan penggunaan abjad vokal
sepenuhnya, untuk mengelakkan kekaburan dalam penyebutan.

Penggunaan Abjad Vokal Pada Suku Kata

Tanpa Penggunaan Abjad Vokal Pada

Akhir Terbuka Dan Pada Suku Kata

Suku Kata Akhir Terbuka Dan Pada Suku

Tertutup

Kata Tertutup

Buku

Bila

Daripada

Itu

Melayu =

Siapa

Bagi

Agama

Budi

Mana

Agung

Jika

Asas

Tahun

Angin

Huruf

*Abjad vokal yang dimaksudkan di atas adalah penggunaan huruf .


8

EJAAN ZABA

Ejaan zaba pula dikenali sebagai Sistem Ejaan Jawi pada Daftar Melayu (Jawi-Rumi)
yang diterbitkan pada tahun 1938, dan dicetak pda tahun 1949 di Singapura. Zaba
menubuhkan 20 undang-undang dan setiap satu dengan pecahan-pecahannya iaitu:1.
2.
3.
4.
5.
6.

Vokal, Separuh Vokal Dan Tanpa Vokal


Imbuhan
Kaedah ejaan angka dua dan pergandaan
Diftong
Ejaan perkataan yang tua atau lama
Kaedah perangkai kata

1. Penggunaan Abjad Vokal, Separuh Vokal Dan Tanpa Vokal

1.

a) Suku kata awal dan akhir terbuka (pola a + a )


Digunakan pada suku kata pertama sahaja. Misalnya :I.
Baca :
II.
Lama :
b) Darlong ( )
Vokal alif digunakan pada keduanya. Misalnya :I.
Bawa :
II.
Lada :

2.

Pola vokal i+i, u+u, i+a, u+a, u+i, i+u, a+I, a+u
Gunakan abjad vokal pada kedua-dua suku kata. Misalnya :I.
Diri :
II.
Kira :
III.
Tuba :

3. Pada suku kata awal dan akhir yang terbuka dengan pola vokal i+e atau u+e.
Gunakan abjad vokal pada suku kata kedua sahaja. Misalnya :I.
Beli :
II.
Kelu :
4. Pada suku kata awal terbuka dan akhir tertutup dengan pola-pola vokal :a.

Ka + e (K ialah konsonan apa pun)


Tidak menggunakan abjad vokal pada mana-mana suku kata. Misalnya :I.
Pedang :
II.
Berat
:
9

b. Ka + a (K ialah konsonan apa pun)


Menggunakan abjad vokal pada suku kata pertama sahaja. Misalnya :I.
Talam :
II.
Parang :
c. Ki + i (K ialah konsonan apa pun)
Menggunakan vokal pada kedua-dua suku kata. Misalnya :I.
Lilit :
II.
Pilih :
d. Ku + u, Ka + u, Ki + u dan Ku + i (K ialah konsonan apa pun)
Menggunakan abjad vokal pada suku kata pertama sahaja. Misalnya :I.
Burung :
II.
Bunuh :
Namun, pada kata yang kurang biasa maka abjad vokal digunakan
III.
IV.

pada kedua-dua suku kata. Misalnya :Buruh :


Kutuk :

e. Ku + a, Ku + I dan Ki + u (K ialah konsonan apa pun)


Menggunakan abjad vokal pada kedua-dua suku kata. Misalnya :I.
Palung :
II.
Minum :

f.

Ki + e (K ialah konsonan apa pun)


Menggunakan abjad vokal pada suku kata kedua sahaja. Misalnya :I.
Letih :
II.
Petir :

5. Pada suku kata awal tertutup dan akhir terbuka dengan pola-pola vokal :a. aK + Ka dan aK + Ke (K ialah konsonan apa pun)
Menggunakan abjad vokal pada suku kata akhir dalam segelintir perkataan,
manakala dalam perkataan yang lain tidak menggunakan abjad vokal pada
mana-mana suku kata. Misalnya :I.
Benda :
II.
Hamba :
b. iK + Ki dan uK + Ke (K ialah konsonan apa pun)
Gunakan abjad vokal pada suku kata akhir sahaja. Misalnya :I.
Tinggi :
II.
Mimpi :
c. uK + Ku (K ialah konsonan apa pun)
Gunakan abjad vokal pada kedua-dua suku kata. Misalnya :I.
Sumbu :
10

II.

Tunggu :

6. Pada suku kata awal dan akhir tertutup dengan pola-pola vokal :a. Ka + Ke dan Ka + Ka (K ialah konsonan apa pun)
Tidak menggunakan abjad vokal pada mana-mana suku kata. Misalnya :I.
Tempat :
II.
Tendang :

b. Ki + Ki, Ku + Ku, Ki + K, Ku + k, Ku + Ka (K ialah konsonan apa pun)


Gunakan abjad vokal pada suku kata akhir sahaja. Misalnya :I.
Cincin :
II.
Lumpur :

2. Imbuhan

1. a) Imbuhan se-, ke-, di. Kaedah-kaedah adalah seperti berikut :I.


Kampung + imbuhan di- :
-
II.
Hari + imbuhan se:
III.
Atas + imbuhan ke:

b) Imbuhan meN dan peN.


I.
II.

Cari + imbuhan meN : -


Curi + imbuhan peN : -

3. Kaedah Ejaan Angka Dua Dan Pergandaan

Bagi kata pinjaman daripada bahasa arab yang belum diasimilasikan sepenuhnya, bentuk
asalnya dikekalkan apabila menerima imbuhan. Misalnya :i.
ii.

Mentadbirkan -
Mengkafirkan -

4. Kaedah Ejaan Diftong


11

1. Ejaan diftong dalam suku akhir tertutup (ai, au)


I.
II.

Kait
Laung

5. Kaedah Ejaan Tua Atau Lama

1. Perkataan yang mungkin samar atau boleh menimbulkan kekeliruan telah


ditandakan dengan baris tertentu untuk membezakannya.
I.
II.

Kencing -
Pentas
-

Kancing -
Pantas
-

6. Perangkai

a) Apabila 2 perkataan bersatu menjadi sepatah perkataan.


I.
Tanpa sebarang perubahan pada kedua-dua perkataan
Orang besar -
II.

Perkataan pertama diringkaskan


Hulubalang

III.

Perkataan kedua diringkaskan


Apabila

IV.

Pengguguran atau penggantian satu atau lebih abjad dalam satu atau
kedua-dua perkataan
Setiausaha

b) Perkataan berangkai tidak boleh dieja bercerai. Perkataan yang dicerai tidak
boleh dieja berangkai.
I.
Manakala -
II.
Anak raja -
c) Perkataan berangkai yang digandakan
I.
Orang besar-besar

12

II.

Hulubalang-hulubalang

d) Perkataan berangkai Yang digandakan dengan angka dua.


I.
Yang besar-besar

II.
Orang-orang besar

EJAAN DIAN
Terakhir ialah ejaan dian. Pada tahun 1973, majalah dian telah mengemukakan satu
sistem ejaan jawi. Tujuannya untuk mengatasi masalah ketaksamaan dalam:1.
2.
3.
4.
5.

Pengejaan bunyi
Vokal,
Diftong
Separuh vokal dalam suku kata terbuka dan tertutup
Masalah dalam mengeja kata berimbuhan,bergandaan dan kata majmuk

Zaba telah membuat peraturan namun apa yang dapat diperhatikan peraturan itu
sangatlah rumit atau terlalu banyak fasal dan mengandungi kekecualian dan kelonggaran yang
sukar diingati semuanya. Jadi, sistem ejaan jawi dian itu dapat diringkaskan seperti kaedah
berikut :13

ASPEK
Vokal

Pengejaan bunyi (Diftong)

Kaedah

Contoh

Bunyi vokal pada suku kata

Contoh :

akhir terbuka dieja dengan

saya =

abjad vokal

mana =

au (suku kata akhir


ditambahkan abjad vokal alif)

Contoh :
Walau =
Pulau

ai (suku kata terbuka,

Contoh :

ditambahkan abjad vokal alif

Bagai

dihadapan ya)

Lalai

oi ( suku kata akhir terbuka


ditambahkan hamzah antara
dua bunyi itu)
Imbuhan akhiran man, wan,

Tidak memerlukan tambahan

nan, tan dan ran

abjad vokal

Contoh :
Amboi =
Contoh :
Makanan

Dermawan =
Contoh :

Istilah arab

Dikekalkan ejaan arabnya

Sunat

khutbah =
Tanda gandaan

Imbuhan an dan I

Ta marbutoh

Kata majmuk

Diletakkan di tempat yang


sesuai

Contoh :
Orang-orang

Buah- buahan =

Ditambahkan kepada

Contoh :

perkataan yang berakhir

Keputeraan =

dengan abjad alif

Merasai

Untuk mengeja perkataan


pinjaman arab sahaja
Dirangkaikan jika boleh,
kalau tidak dirapatkan

Contoh :
Melayu = cermat
Arab

= solat

Contoh :
Pilihan raya :
Jalan raya :

Peribahasa, ungkapan dan

Contoh :

gandaan berangkap, tidak

Anak emas :

dirangkaikan

Bukit- bukau :-

14

Kemudiannya, semua sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang kita gunakan sekarang ini
yang mana penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan untuk (Ismail Dahman, 1991)
mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali gus menyelaraskan
pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986),
Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat
dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba dan untuk
memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat
diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan Bahasa Melayu
moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi
perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan
seterusnya.

KESIMPULAN

Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus membawa


bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu dan
abjadnya. Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan 'Dunia Melayu' yang bersejarah.
Kepentingan Tulisan Jawi sukar dinafikan oleh sesiapa. Seseorang yang ingin menyelidik
tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu khasnya, bahkan agama Islam
dan perkembangannya di Alam Melayu amnya memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi.
Ini kerana terdapat manuskrip-manuskrip lama Melayu yang begitu banyak, sama ada yang
telah diteroka dan dirumikan atau yang baru diteroka dan dirumikan," ataupun yang masih
belum memaparkan berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan tamadun
Melayu dan agama Islam, di mana semuanya adalah dalam tulisanJawi.
Walaupun sistem Tulisan Jawi yang mewarisi segala ciri tulisan Arab ini telah jauh
terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab, namun ia tetap mempunyai asas
sistem tulisan Arab sehingga orang yang menguasai tulisan Jawi lebih mudah mempelajari
bahasa Arab dan menyenangkannya mempelajari al-Qur'an. Tulisan Jawi yang berasaskan
huruf-huruf al-Qur'an menekankan konsep keseragaman dalam sebutannya. la perlu disanjung

15

tinggi dan dipelajari oleh orang-orang Melayu, kerana ia bukanlah suatu perkara yang sukar dan
baru dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu sejak dari kecil lagi telah diorientasikan dengan
tulisan ini melalui pengajian al-Qur'an. Jika dikatakan tulisan Jawi tidak sekata dan tidak
konsisten, maka ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk kita mengenepikannya.

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana dengan limpah dan
kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugas harian.
Pada mula saya menerima tugasan ini, saya agak keliru dengan kehendak soalan. Saya
berasa begitu bimbang untuk menyiapkan tugasan ini kerana ianya memaksa saya untuk
berfikiran kehadapan dan lebih kritis. Sepanjang kajian ini, banyak perkara yang saya pelajari
dan dapati yang mampu meningkatkan keboleh upayaan saya untuk berfikir di luar kotak
pemikiran.
Melalui kajian ini, saya dapat berkolaboratif dengan rakan lain dalam menghasilkan
tugasan kerana saling bertukar-tukar maklumat, idea dan pendapat. Kerjasama yang mantap
mampu menjalin hubungan yang erat. Sekaligus, integrasi nasional dapat ditingkatkan sesuai
dengan gagasan Malaysia iaitu wawasan 2020 bagi melahirkan masyarakat yang bersatu-padu
kerana sesungguhnya perpaduan merupakan tonggak utama dalam kemajuan sesebuah
bangsa mahupun tamadun. Melalui kerjasama dalam saling bertukar buah fikiran juga, saya
mendapat ilmu pengetahuan yang baru serta mengukuhkan dan memantapkan lagi
16

pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung mampu menjana dan mengembangkan
lagi idea saya.
Saya juga secara tidak langsung belajar untuk menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) sesuai dengan tuntutan peredaran zaman yang kian canggih kini seperti
menggunakan Microsoft office word, Microsoft power point dan memuat turun isi kandungan
slide share dan subscribe dengan baik. Pengetahuan ini sangat penting bagi saya kerana
ianya merupakan soft skill yang sangat diperlukan kini bertepatan dengan kerjaya saya untuk
mendidik anak bangsa yang berwawasan tinggi serta melahirkan pelajar yang berdaya saing
bukan sahaja di peringkat glokal malah ke peringkat antarabangsa. Tidak akan lahir pelajar
bitara melainkan seorang guru memainkan peranan penting dalam melahirkan anak watan
sesuai dengan yang diharapkan.
Kejayaan tidak akan datang bergolek dan tugasan ini tidak akan terhasil sekiranya tidak
ada kesungguhan dan usaha yang mantap dalam menjalankan kajian ini. Namun demikian,
cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menghasilkan tugasan yang
terbaik. Bermula dari mencari nota-nota melalui internet, buku, makalah dan jurnal yang
berkaitan. Tidak cukup dengan itu, saya bertanya dengan pelbagai orang sumber yang lebih
mahir dan berpengetahuan dengan kajian yang saya jalankan.
Kesimpulannya, banyak perkara yang saya pelajari dan dapati sepanjang kajian ini,
antaranya ialah saya dapat menjelaskan perkembangan sistem tulisan jawi di Malaysia,
perbezaan ejaan pakatan, zaba dan dian serta membina dan mengaplikasi perkataan mengikut
kaedah sistem ejaan jawi yang disempurnakan.

17

RUJUKAN

Amat Juhari Moain, 1996. Sejarah Aksara Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa, 2003. Epigrafi Melayu Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu (Edisi
Pertama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa, 2006. Epigrafi Melayu Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu (Edisi
Kedua), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzulina Bt. Omar (April, 2006). Kemelut Tulisan Jawi, Sinar Rohani, 40, 28-29.
7 Mei 2012. Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong. Martabatkan Kembali Tulisan Jawi.
Diakses Pada 2 April 2014. Boleh Didapati di:
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/martabatkan-kembali-tulisan-jawi-1.46040
Shahbuddin Abdullah. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Di Akses Pada 2 April 2014.
Boleh Didapati di:

18

http://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi
Din Senu. Sistem Ejaan jawi. Di Akses Pada 2 April 2014. Boleh Di Dapati Di:
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sistem-ejaan-jawi.html

19

Anda mungkin juga menyukai