Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan ................................................................................................................... 3

1.1 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Selepas Merdeka ........................................ 3

1.1.1 Penstrukturan Semula Sistem Tulisan Jawi; Sistem Jawi Za’aba (1920an- 1960an). 3

1.1.2 Fasa Kematangan Tulisan Jawi; Sistem Jawi Dian (1960an – 1980an) .................... 4

1.1.3 Fasa Modenisasi Tulisan Jawi; Sistem Jawi DBP (1980an – kini) ............................. 4

1.2 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka ....................................... 5

1.2.1 Ejaan Kongres .......................................................................................................... 5

1.2.2 Ejaan Rumi Baharu (ERB) ........................................................................................ 6

1.3 Kesimpulan ..................................................................................................................... 7

RUJUKAN ............................................................................................................................. 8

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan


limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik A. Jailani Bin Che Abas,
pensyarah Matapelajaran Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi (BMM1044), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era
globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara
ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam
bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah
serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”.

2
1.0 Pendahuluan

Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi dan jawi di negara ini telah bermula sejak
zaman sebelum merdeka lagi. Menurut Siti Hajar (2011), pengaruh Islam telah mula menapak
di kepulauan Melayu pada abad ke-13. Hal ini bermaksud tulisan jawi ialah tulisan yang
menggunakan huruf-huruf serta lambang Arab yang digunakan sebagai tulisan Melayu pada
masa itu.

Tulisan rumi pula merupakan salah satu perkembangan dalam bahasa Melayu selain
tulisan Jawi. Berdasarkan Muhammed Salehudin (2016), sejarah awal penggunaan tulisan
Rumi dikaitkan dengan para pengembara iaitu sama ada pedagang atau penjelajah dari
Eropah ke Nusantara (Kepulauan Melayu) secara perseorangan yang menulis perkataan
Melayu yang mereka dengar semasa di perlabuhan dengan tulisan rumi.

Sistem ejaan jawi dan rumi mengalami berbagai-bagai proses perkembangan sebelum
merdeka. Malah selepas merdeka juga sistem ejaan rumi dan jawi terus dibaiki dan
disempurnakan agar bertepatan dan lengkap untuk digunakan oleh semua pihak tidak kira di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

1.1 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Selepas Merdeka

1.1.1 Penstrukturan Semula Sistem Tulisan Jawi; Sistem Jawi Za’aba


(1920an- 1960an)

Sistem Jawi Za’ba adalah sistem ejaan yang dibentuk dan disusun oleh Zainal Abidin
Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba. Beliau yang ketika itu bertugas sebagai
Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Sultan Idris Training College (kini UPSI) juga mengepalai
operasi Pejabat Karang-Mengarang yang menjadi lidah rasmi SITC serta memartabatkan dan
meninggikan bahasa ibunda menggunakan Tulisan Jawi.

Sistem Jawi Za’ba membantu mengurus secara sistematik, memperkemas bentuk


huruf dan menyeragamkan penggunaan Tulisan Jawi bagi kegunaan seluruh Tanah Melayu
ketika itu. Sistem Jawi Za’ba digunakan secara meluas dalam semua bentuk penerbitan
berbahasa Melayu ketika itu seawal 1940an hingga 1960an. Jawi sebelum Za’ba hanya
terhad digunakan di Sekolah Agama dan Sekolah Melayu sahaja.

3
Jawi sebelum Za’ba tidak pernah disusun secara sistematik dan dikemaskini sebegini
rupa. Ia asalnya memiliki banyak versi ejaan mengikut pengaruh dan nahu bahasa serta
loghat tempatan. Usaha Pendeta Za’ba mengumpul perkataan-perkataan Melayu sejak tahun
1918 dengan tujuan untuk menyusun sebuah kamus Melayu yang besar dan lengkap.
Kemudian pada tahun 1931 beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk “Rahsia Tulisan Jawi”
dan pada tahun 1938 beliau siap menyusun buku “Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, namun
akibat dari kekangan masa sebelas tahun kemudian barulah ia diterbitkan. (Abdul Hamid
Mahmood, Idris Md. Radzi, Hassan Basri Nik Ab Kadir (Nik), 2005).

1.1.2 Fasa Kematangan Tulisan Jawi; Sistem Jawi Dian


(1960an – 1980an)

Sekitar 1960an hingga 1980an selaras dengan perkembangan penulisan Jawi yang
menyaksikan kewujudan penerbitan Melayu dengan penulisan-penulisan yang hebat, Sistem
Jawi Dian pula diperkenalkan. Sistem ini dipelopori oleh En. Yusof Zaki, seorang penulis,
pejuang dan penggiat Jawi yang memiliki sebuah syarikat percetakan iaitu Pustaka Dian di
Kota Bharu.

Pada tahun 1963, Akta Bahasa menetapkan masyarakat Melayu perlu menggunakan
tulisan rumi sebagai tulisan rasmi pada masa itu menyebabkan masyarakat pada masa itu
tidak dapat membaca tulisan Jawi. Oleh itu, sistem ini diwujudkan supaya ejaan jawi
diselaraskan dan membolehkan masyarakat Melayu pada masa itu membaca tulisan Jawi.

Selain itu, sistem ejaan ini bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan Jawi Za’aba
yang dilihat wujudnya beberapa kelemahan dan kekurangan. Peraturan-peraturan ejaan Jawi
Za’ba mempunyai fasal yang terlalu banyak dan rumit serta mengandungi kekecualian yang
sukar untuk diingati. (Hashim Musa, 2003). Maka, sistem ejaan Dian dilihat benar-benar
memenuhi kehendak masyarakat kini dari segi kaedah penyusunan dan tidak memerlukan
tenaga ingatan yang banyak untuk mengejanya. Walau bagaimanapun, sistem ejaan ini dilihat
lebih bersifat kemelayuan dan ia hanya sesuai dipraktikkan oleh individu yang baru
mempelajari tulisan Jawi dan sudah biasa dengan ejaan dalam tulisan Rumi. (Ahmad Faisal
Abdul Hamid dan Faizuri Abdul Latif, 2014)

1.1.3 Fasa Modenisasi Tulisan Jawi; Sistem Jawi DBP (1980an – kini)

Sejak 1980an hinggalah hari ini, sistem Jawi yang digunakan ialah Sistem Jawi DBP,
yang dibangun dan dikemaskan oleh Dewan Bahasa (DBP) di bawah Jawatankuasa Ejaan
Jawi (JKEJ). Tokoh-tokoh yang bertanggungjawab dalam zaman modernisasi dan asimilasi
jawi dalam Sistem DBP ini termasuklah Pn. Asmah Hj Omar dan Prof. Sufiah Abdul Karim.

4
Ciri utama sistem jawi ini yang paling ketara ialah ia menitikberatkan ejaan yang lebih spesifik
untuk setiap bunyi sebutan huruf. Ia lebih mudah dibaca, dieja dan disebut kerana setiap huruf
rumi dijawikan bagi lebih mirip ejaan rumi sebenar. Asasnya ialah kerana DBP tidak mahu
ada ejaan yang sama mewakili dua atau lebih maksud apabila dibaca dan disebut. Ini kerana
ia seringkali mengelirukan lebih-lebih lagi apabila Bahasa Melayu sedang menelusuri arus
drastik pemodenan linguistik.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan pelbagai bengkel pada setiap
minggu selama setahun. Rentetan dari bengkel tersebut pada April 1984, di Terengganu,
Jawatankuasa tulisan Jawi DBP telah membentangkan hasilnya dalam Konvensyen
Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan. Hasilnya pada tahun 1986 sebuah buku berjudul
“Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan” telah diterbitkan. Manakala pada tahun 1988
DBP sekali lagi menerbitkan sebuah buku bertajuk “Daftar Ejaan RumiJawi” yang berasaskan
“Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan”.

Sistem ejaan Jawi Yang Disempurnakan dilihat lebih sistematik dan teratur berbanding
sistem ejaan sebelum ini. Walaupun sistem ejaan Jawi Za’aba mempunyai kekuatan dan
kelemahannya yang tersendiri, tetapi disebabkan usaha oleh DBP ia mampu dimurnikan agar
satu pedoman ejaan Jawi dapat diwujudkan untuk melestarikan tulisan Jawi dan bagi
memenuhi keperluan semasa. (Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Faizuri Abdul Latif, 2014)

1.2 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka

1.2.1 Ejaan Kongres

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III berbincang mengenai beberapa kertas
kerja yang berkaitan dengan sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu di Singapura dan Johor
Bahru pada 16-21 September 1956. Sidang ini telah membuat 16 ketetapan tentang bunyi
bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan jawi. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan
ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan
satu grafem atau huruf sahaja. (Hashim Musa, 2003)

Seterusnya, usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua buah


negara iaitu Malaysia dan Indonesia diteruskan. Beberapa kali perundingan dan pertemuan
diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenali sebagai Ejaan
Malindo (Ejaan Malaysia dan Indonesia) pada tahun 1959 setelah persetujuan persahabatan
terjalin antara kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, ejaan ini mencadangkan
penggunaan lambang-lambang fonetik yang tidak praktikal sifatnya.

5
Namun, oleh sebab proses penelitian, perbincangan dan pembaikian memakan masa
yang lama, maka ada pihak-pihak yang lain terpaksa membentuk sistem ejaan mereka sendiri,
untuk memenuhi keperluan yang mendesak. Satu daripadanya ialah Universiti Malaya yang
telah menubuhkan Sistem Ejaan Universiti Malaya pada tahun 1971, yang didasarkan sistem
Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia dan Ejaan Cadangan Malaysia. (Asmah Haji Omar, 1975).

1.2.2 Ejaan Rumi Baharu (ERB)

Ejaan Rumi Baharu (ERB) ialah perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan
Indonesia berhubung dengan ejaan bersama yang berlaku selepas tamatnya konfrontasi
Indonesia-Malaysia (1963–1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua buah negara ini,
maka wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya dikenal sebagai Ejaan
Rumi Baru Bahasa Melayu, seperti yang termaktub dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru
Bahasa Malaysia 1972.

Di Indonesia pula, sistem ini dikenali sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang
Disempurnakan. Ejaan bersama ini dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Manakala di Jakarta oleh Presiden Soeharto
pada 16 Ogos 1972. Ejaan Baru ini merupakan muafakat Malaysia–Indonesia yang
menghapuskan tradisi ejaan lama, menggantikan Ejaan Za’ba di Malaysia dan Ejaan
Soewandi di Indonesia. (Lukman Ali, 2000)

Beberapa butir perkara terus diperincikan dan dibincagkan oleh Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia yang terbentuk pada 1972. Setelah persidangan yang kelima, Majlis
bersetuju untuk mengeluarkan pedoman ejaan umum yang lebih lengkap. Maka, buku
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (PUEBM) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1975 bagi menyelaraskan penggunaan ejaan rumi di Malaysia. (Hashim
Musa, 2003)

PUEBM (1975) telah menetapkan beberapa perkara dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu iaitu
berkaitan pemakaian huruf, senarai gugus konsonon untuk mengeja istilah pinjaman,
penulisan nama khas, penulisan kata, penulisan unsur serapan, bentuk-bentuk perkataan
yang terserap, penggunaan tanda baca. Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sebagai sistem
ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar
belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya supaya dapat diterima oleh semua
golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

6
1.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, sistem ejaan rumi dan jawi terus dibaiki sejajar dengan
perkembangan zaman. Dapat kita lihat, pelbagai sumbangan daripada tokoh dan institusi
bermula zaman selepas merdeka hingga kini demi memartabatkan penggunaan ejaan rumi
dan jawi dengan sempurna.

Sistem ejaan jawi terus dibaiki mengikut penerimaan keadaan semasa bermula
1920an hingga kini di Malaysia. Manakala sistem ejaan rumi pula dilengkapkan dan
disempurnakan demi menyelaraskan penggunaanya pada peringkat antarabangsa.
Sesungguhnya sumbangan tokoh-tokoh dan institusi terkemuka sangat membantu
pengunaan sistem tulisan pada hari ini.

7
RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood, Idris Md. Radzi, Hassan Basri Nik Ab Kadir (Nik), 2005.
Memartabatkan warisan Pendeta Za'ba. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif, 2014. Sejarah Perkembangan Tulisan
Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Journal of Al-Tamaddun, Vol. 9
Issue 2, p1-15. 15p.

Asmah Haji Omar, 1975. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Lukman Ali, 2000. Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa

Hashim Musa, 2003. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammed Salehudin Aman. (2016). Sinopsis Ejaan Bahasa Melayu. Diakses pada 24
Februari 2016 dari klikweb.dbp.my/wordpress/?p=6003

Siti Hajar Abdul Aziz, 2011. Bahasa Melayu 1 (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai