Anda di halaman 1dari 2

Penggunaan ICT masih hadapi

kekangan- Mahdzir
SADATUL MAHIRAN ROSLI

26 Januari 2017 9:20 AM

MAHDZIR Khalid melihat siri tarikh dan lokasi Pameran Teknologi Pendidikan Dunia (BETT) 2017 yang
diadakan di beberapa zon rantau pada lawatan ke pameran tersebut di London, semalam.-UTUSAN
ONLINE

LONDON 26 Jan. - Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


(ICT) di sekolah di Malaysia masih tidak begitu meluas.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, masalah itu


adalah global, bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-
negara lain juga.


http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/penggunaan-ict-masih-hadapi-kekangan-mahdzir-1.436588 16/09/2018, 12C41 AM


Page 1 of 2
Katanya, ini kerana banyak kawasan luar bandar dan pedalaman
masih lagi tidak boleh mendapat akses Internet sepenuhnya. 


Menurutnya, susulan itu kementerian berusaha melengkapkan


sekolah-sekolah awam di negara ini dengan akses Internet 4G dan
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).


“Untuk memastikan capaian boleh diperoleh sepenuhnya,


kementerian konsisten melaksanakan capaian pemetaan untuk
mengenal pasti isu tersebut,” katanya ketika berucap sempena
melawat Pameran Teknologi Pendidikan (BETT) 2017 di sini
semalam.


Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin
Senin.


Beliau yang mengakhiri sesi lawatan ke London selama empat hari


itu berharap lebih banyak pempamer teknologi pendidikan akan
menyertai BETT Asia 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur
pada 15 November hingga 16 November nanti. 


“Ini kerana BETT Asia 2017 yang diadakan di ibu kota adalah untuk
rantau Asia dan dengan adanya pameran itu, dapat mendedahkan
para guru dengan teknologi yang boleh diguna pakai di sekolah
bagi memajukan anak bangsa,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/penggunaan-ict-masih-hadapi-kekangan-mahdzir-1.436588 16/09/2018, 12C41 AM


Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai