Anda di halaman 1dari 2

Kelemahan guru punca 60

peratus sekolah hadapi masalah


KBAT
KUALA LUMPUR: : Penerimaan dan pemahaman guru antara punca
169 buah sekolah berada di bawah tahap baik dan cemerlang hasil
pemeriksaan penarafan amalan terbaik Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata


statistik itu mewakili 60 peratus daripada 282 buah sekolah rendah
dan menengah yang dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

"Dalam 282 sekolah hanya 40 peratus sekolah ini telah mencapai


tahap baik dan cemerlang sementara 60 peratus sekolah masih ada
masalah (berada di bawah tahap baik).

"Hasil penilaian mendapati, masalah ini berpunca daripada


penerimaan dan pemahaman guru-guru dan proses ini (menambah
baik) sedang berlangsung sekarang. Guru-guru sedang dilatih,
bukan sahaja melalui Kementerian Pendidikan malah melalui tenaga
pengajar," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Kamalanathan, para guru yang telah dilatih dan dapat


memahami budaya KBAT akan menjadi duta kementerian untuk
memaklumkan kepada guru-guru lain serta cara untuk
mengaplikasikannya.

Bagaimanapun katanya, para guru dari sekolah berkenaan juga

https://www.google.com.my/amp/www.astroawani.com/berit…0-peratus-sekolah-hadapi-masalah-kbat-159944%3famp=1 15/09/2018, 12G25 AM


Page 1 of 2
sedang dibimbing menerusi ini inisiatif SIP+ dan SISC+.

Sementara itu, penilaian pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran


hanya dapat dilaksanakan sebaik sahaja analisis keputusan UPSR
tahun 2017 diperoleh dengan membandingkan pencapaian calon
berdasaran pertimbangan terhadap kualiti, ketekalan, ketepatan,
keadilan dan bukannya membuat perbandingan dengan keputusan
UPSR tahun lalu.

Jelasnya, keputusan dan prestasi UPSR tahun 2016 tidak boleh


dijadikan perbandingan dengan keputusan UPSR bagi tahun-tahun
sebelumnya kerana format serta instrument yang digunakan adalah
berdasarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

https://www.google.com.my/amp/www.astroawani.com/berit…0-peratus-sekolah-hadapi-masalah-kbat-159944%3famp=1 15/09/2018, 12G25 AM


Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai