Anda di halaman 1dari 1

#

#$
#$
$$#
$##
$ ## !" # %
%
% %
%
%

Home ! Perubahan dalam Pendidikan

26 Perkara Baharu
dalam Sistem
Pendidikan
Malaysia
! Mohd Suhaimin Isnen
" Wednesday, October 02, 2019
# 23 Comments

" ! " # $ +

26 Perkara Baharu dalam Sistem


Pendidikan Malaysia ini aku kongsikan
untuk pengetahuan kita bersama
berkaitan pembaharuan yang
dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di negara kita.

Sebelum itu, mohon maafkan aku


kerana menggunakan kata ganti
nama diri 'aku' pada perkongsian
pada kali ini.

"Baharu" yang aku maksudkan di sini


adalah sejak sistem pendidikan
negara kita di bawah tampuk
kepimpinan YB. Dr. Maszlee Malik,
Menteri Pendidikan Malaysia yang ke-
19 iaitu sejak 21 Mei 2018 tapi ada jugak
dasar yang aku nyatakan di sini yang
dilaksanakan sebelum YB Dr. Maszlee
jadi Menteri Pendidikan kita.
Contohnya KSSR (Semakan 2017), KSSM,
KSSM MPEI, KSKP dan PPSR sebab
sangat penting untuk kita tahu dan
faham ni.

Baiklah. terdapat 26 perkara yang baru


dilaksanakan dan setiap daripadanya,
aku terangkan secara "kasar" dahulu
ya, sekiranya ingin mendapatkan
penerangan yang lebih lanjut,
bolehlah rujuk di portal rasmi KPM, BPK,
JPN dan Google.

26 Perkara Baharu
dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia

1 Stoking dan Kasut


Hitam Wajib Dipakai
Mulai 2021

Ini sudah dilaksanakan mulai tahun ini


secara berperingkat namun
pemakaian wajib adalah pada tahun
2021.

Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 10 Tahun 2018

2 Pakaian Prasekolah
Ini dilaksanakan bermula dari tahun
lalu (2018) lagi yang mana pakaian
murid prasekolah adalah seperti
berikut:

1. Kemeja-T Putih Berkolar


2. Tudung Putih (bagi murid yang
bertudung)
3. Lencana Sekolah sama ada
Bertampal atau Berjahit
4. Track Bottom Biru Gelap
5. Kasut Kanvas Putih
6. Stoking Putih

Murid Prasekolah Lelaki

Murid Prasekolah Perempuan


(Bertudung)

Murid Prasekolah Perempuan (Tidak


Bertudung)

Sumber: Surat Penambahan Bilangan


Murid bagi Setiap Kelas dan
Penetapan Pakaian Murid Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

3 Penetapan Bilangan
Murid Prasekolah
dalam Kelas
Penetapan ini adalah seperti berikut:

1. Bilangan murid prasekolah setiap


kelas tidak melebihi 25 orang untuk
kelas aliran perdana
2. Tujuh orang untuk kelas
prasekolah pendidikan khas atau
integrasi.

Sumber: Surat Penambahan Bilangan


Murid bagi Setiap Kelas dan
Penetapan Pakaian Murid Prasekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

4 Pelaporan
Pentaksiran Sekolah
Rendah (PPSR)
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
atau akronimnya PPSR ialah suatu
pelaporan pentaksiran baharu
rentetan daripada Pentaksiran
Berasaskan Sekolah Rendah (PBS)
yang digunakan sejak tahun 2018 lagi.

PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir


pencapaian semua murid SECARA
HOLISTIK pada peringkat pendidikan
rendah (sekolah rendah)
menggantikan istilah pentaksiran
Tahun 6 yang sedia ada - Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Untuk pengetahuan bersama, mulai


Tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan
seperti biasa dan tidak dimansuhkan,
sebaliknya ia menjadi komponen bagi
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
(PPSR) bersama 3 komponen
pentaksiran yang lain.

Berikut merupakan 4 komponen


Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah:

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
4. Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) bagi murid nomal
dan Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR) bagi MBK.

Sehubungan dengan itu, murid akan


menerima laporan pencapaian
mereka dalam pelaporan yang
merangkumi 4 komponen pentaksiran
seperti yang telah dinyatakan pada
akhir persekolahan mereka pada
Tahun 6 - BUKAN HANYA KEPUTUSAN
UPSR SAHAJA

Ini menunjukkan bahawa Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu alternatif baharu
dalam mentaksir dan menyediakan
pelaporan pencapaian murid pada
peringkat pendidikan rendah SECARA
HOLISTIK dan bukan daripada gred A
semata-mata, tetapi mengambil kira 3
komponen pentaksiran PPSR yang lain.

Sumber: Kementerian Pendidikan


Malaysia. (2018). Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah (PPSR).

5 Pentaksiran
Alternatif Sekolah
Rendah (PASR)
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah
(PASR) ini adalah bagi MBK. PASR
terbahagi kepada dua (2) instrumen
bersepadu iaitu sepeti berikut:

6 KSSR (Semakan
2017)
Sedih, mulai tahun depan (2020), mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) sudah dimansuhkan
pada peringkat sekolah rendah Tahun
4 dan ditukarkan menjadi sebahagian
daripada Elemen Merentas Kurikulum
(EMK, dulu istilahnya Pengisian
Kurikulum).

KSSR (Semakan 2017) ni memang


sudah lama diperkenalkan sejak akhir
tahun 2016, namun aku nyatakan kat
sini sebab masih ramai dalam
kalangan kita tidak memahami KSSR
(Semakan 2017) ini. Kita kan guru
sekolah rendah, kena kuasai kurikulum
kita ni. Hihi.

Bermula tahun 2017, KSSR (Semakan


2017) ini akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat bermula pada
murid yang berada pada :

Tahun 1 (Tahun 2017)


Tahun 2 (Tahun 2018)
Tahun 3 (Tahun 2019)
Tahun 4 (Tahun 2020)
Tahun 5 (Tahun 2021)
Tahun 6 (Tahun 2022)

Sehubungan dengan itu, berikut


merupakan perbandingan yang
merangkumi persamaan dan
perbezaan antara Kurikulum
Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Semakan
2017 :

Perbezaan dari Aspek Reka Bentuk


Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Dokumen


Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Peruntukan


Masa

Perbezaan dari Aspek Organisasi


Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Elemen


Merentas Kurikulum (EMK)

Persamaan dari Aspek Fokus Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Penekanan


Pedagogi

Perbezaan dari Aspek Pentaksiran

Penjenamaan Semula Mata Pelajaran


KSSR kepada KSSR (Semakan 2017)

Berdasarkan jadual di atas,


terdapat 1 PERSAMAAN dan 8
PERBEZAAN antara KSSR dengan KSSR
(Semakan 2017). Persamaannya
adalah dari aspek fokus
kurikulum iaitu masih mengekalkan
4M iaitu kemahiran Membaca,
Menulis, Mengira dan Menaakul.

Perbezaannya pula dapat dilihat


dari aspek reka bentuk kurikulum,
dokumen kurikulum, peruntukan
masa, organisasi kurikulum, elemen
merentas kurikulum, penekanan
pedagogi,
pentaksiran dan penjenamaan
semula mata pelajaran.

Sumber: Surat Pekeliling Iktisas KPM Bil.


8 Tahun 2016

7 KSSM
KSSM ni akronim daripada Kurikulum
Standard Sekolah Menengah yang
menggantikan KBSM (Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah).

KSSM ni dilaksanakan di sekolah


menengah dan pelaksanaannya juga
secara berperingkat bermula tahun
2017 seperti berikut :

Tingkatan 1 (Tahun 2017)


Tingkatan 2 (Tahun 2018)
Tingkatan 3 (Tahun 2019)
Tingkatan 4 (Tahun 2020)
Tingkatan 5 (Tahun 2021)

Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 9 Tahun 2016

8 KSSM MPEI
MPEI adalah merujuk kepada Mata
Pelajaran Elektif Ikhtisas. MPEI ini adalah
bagi menggantikan Mata Pelajaran
Tambahan dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
masa kita dulu, kita ikut format KBSM.

Ada 10 mata pelajaran MPEI ni dan


mula dilaksanakan secara
berperingkat pada tahun 2017.
Pelaksanaannya lebih awal daripada
KSSM bagi mata pelajaran yang biasa
pada peringkat menengah atas
(Tingkatan 4 dan 5).

Dalam KSSM MPEI ni, ada 7 nama mata


pelajaran yang dijenamakan semula
manakala 3 nama mata pelajaran
masih dikekalkan iaitu Prinsip
Perakaunan, Sains Sukan dan Reka
Cipta.

7 nama mata pelajaran yang


dijenamakan semula adalah seperti
berikut:

1. Ekonomi Rumah Tangga kepada


Sains Rumah Tangga
2. Ekonomi Asas kepada Ekonomi
3. Perdagangan kepada Perniagaan
4. Teknologi Kejuruteraan kepada
Asas Kelestarian
5. Sains Pertanian kepada Pertanian
6. Teknologi Maklumat dan
Komunikasi kepada Sains Komputer
7. Lukisan Kejuruteraan kepada
Grafik Komunikasi Teknikal

Sumber: Surat Siaran Kementerian


Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun
2016

9 Naratif Baharu
Amalan Pendidikan

Ini diperkenalkan oleh Ketua Pengarah


Pelajaran Malaysia (KPPM) kita, Dr.
Amin Senin yang mana ia
menekankan kepada dua fokus utama
iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian
murid.

Sumber: Kementerian Pendidikan


Malaysia

10 Modul 10 Minit
Perhimpunan (M10MP)
M10MP ialah himpunan aktiviti unpack
curriculum yang komprehensif dan
berstruktur yang dilaksanakan dalam
tempoh 10 minit sewaktu perhimpunan
sekolah.

Aktiviti M10MP diperkenalkan oleh IPGK


Ilmu Khas (tahniah warga IPGKIK) yang
6.1K
mana menerapkan nilai secara hands #
SHARES

Anda mungkin juga menyukai