Anda di halaman 1dari 3

CONTOH 1

4 Ogos 2014

XXX
Senior R&D Manager
XXX Technology Sdn. Bhd.

Tuan/ Puan

PELANTIKAN PENSYARAH JEMPUTAN UNTUK INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE


CLASSROOM

Dengan sukacitanya saya melantik tuan/ puan sebagai pensyarah jemputan untuk
Industry/ Community in the Classroom di Pusat Pengajian XXX mulai ….bulan 2014
sehingga ….bulan 2015.

2. Sejajar dengan matlamat Universiti Sains Malaysia untuk menghasilkan generasi


berkemahiran dan relevan kepada industri dan mempunyai minda “civil society”, field
expert dilantik sebagai Pensyarah Jemputan di Pusat Pengajian untuk berkongsi
pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar universiti. Selain itu, menerusi amalan ini,
kolaborasi dengan pihak industri dan komuniti juga dapat ditingkatkan melalui
pembelajaran, penyelidikan dan projek. Antara tugas pensyarah jemputan Industry/
Community in the Classroom adalah mengajar topik pengajaran dalam/ luar kurikulum
akademik sama ada di dalam kuliah, tutorial atau makmal. Melalui amalan ini, diharapkan
dapat melengkapkan pelajar universiti dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran
dan pengalaman sebagai graduan yang relevan untuk industri dan komuniti.

3. Berikut adalah deskripsi tugas tuan/puan sebagai Pensyarah Jemputan:


a) Mengajar topik yang berkaitan dengan rangka kursus dalam kurikulum akademik
sama ada di dalam kuliah/ tutorial/ makmal dan melalui perbincangan dengan staf
akademik.
b) Menyediakan bahan pengajaran seperti nota atau pembentangan kepada staf
akademik supaya selaras dengan kursus pengajaran.
c) Melakukan pengajaran secara bersemuka di dalam kuliah/ tutorial/ makmal/
seminar/ bengkel/ konferen atau secara telesidang.
d) Mengajar mengikuti jumlah jam yang diagihkan dalam topik yang telah ditetapkan
dalam rangka kursus dan kurikulum akademik.
e) Waktu pengajaran di dalam kuliah/ tutorial/ makmal adalah minimum selama satu
jam.
f) Memberi sumbangan idea atau tajuk untuk penilaian kursus kepada topik yang
diajar melalui kerja kursus/ latihan tutorial dengan persetujuan staf akademik.

4. Bagi lantikan ini, tuan/puan akan menerima honorarium sebanyak RM XX untuk 1


jam kuliah/ tutorial/ makmal/ seminar serta pembiayaan kos pengangkutan dan makan
minum. (Atas budi bicara Pusat Pengajian).- OPTIONAL
5. Saya amat berharap tuan/puan dapat menerima jemputan ini dengan mengisi
proforma jawapan yang dilampirkan. Jika maklumat lanjut tentang pensyarah jemputan
Industry/ Community in the Classroom diperlukan, sila hubungi Pejabat Pusat Pengajian
XXX di talian terus: 04-653 XXXX atau faks: 04-653 XXXX untuk mendapatkan
penjelasan.

Sekian, atas segala sumbangan kepada Universiti ini didahului dengan ucapan terima
kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


`Memastikan Kelestarian Hari Esok’

XXX
Dekan
Pusat Pengajian XXX

s.k: Timbalan Naib Canselor


(Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)

Timbalan Naib Canselor


(Jaringan Industri & Masyarakat)

Timbalan Dekan Akademik


Pusat Pengajian XXX

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Jaringan (HEPJ)


Pusat Pengajian XXX

2
PROFORMA JAWAPAN

Tarikh: _______________________

Dekan
Pusat Pengajian XXX
Universiti Sains Malaysia
11800 USM PULAU PINANG

Tuan/Puan

PELANTIKAN PENSYARAH JEMPUTAN UNTUK INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE


CLASSROOM

Merujuk kepada surat bertarikh _____________, saya

(sila tanda  di dalam salah satu kotak di bawah)

□ menerima pelantikan sebagai Pensyarah Jemputan Industry/ Community in the


Classroom untuk Pusat Pengajian XXX mengikut syarat-syarat pelantikan.

□ tidak dapat menerima pelantikan sebagai Pensyarah Jemputan Industry/


Community in the Classroom di Universiti Sains Malaysia.

Sekian, terima kasih.

_______________________________
(Tandatangan)

Nama : ______________________________________

No. Kad Pengenalan : ______________________________________

Syarikat/Pertubuhan/Agensi : ______________________________________

______________________________________

E-mel : ______________________________________

Telefon :_______________ Faks : ____________________

Sila faks jawapan ini sebelum xx bulan 2015 ke nombor: 04-653 xxxx

Anda mungkin juga menyukai