Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 2 :

STANDARD PRESTASI ANTARABANGSA BERFUNGSI SEBAGAI TITIK


RUJUKAN PENTING BAGI PEMBUAT DASAR UNTUK MEMBANDINGKAN
PENCAPAIAN PELAJAR KITA BERHUBUNG DENGAN PIAWAIAN
ANTARABANGSA. PIAWAIAN INI JUGA MENGGARISKAN SATU SET PRINSIP
YANG MANA PEMAJU KURIKULUM BOLEH PERTIMBANGKAN APABILA
MEREKA BENTUK KURIKULUM BARU. PILIH MANA-MANA STANDARD
PRESTASI ANTARABANGSA DAN BERIKAN CADANGAN ANDA KEPADA
PEMAJU KURIKULUM BERKAITAN PENEKANAN BARU YANG BOLEH DIGUNA
PAKAI ATAU DIATAPTASIKAN DALAM MEREKA BENTUK KURIKULUM MASA
DEPAN.
1.0 PENGENALAN

Menurut John Dewey (1902) dalam bukunya The Child and The Curriculum
merujuk istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil kira
kandungan daripada masa lampau hingga masa kini" (Noriati A.Rashid, Lee Keok
Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin, 2014). Pembentukan kurikulum
menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat. Berdasarkan Akta Pendidikan
1996, kurikulum ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan. Pada era globalisasi ini, pembelajaran mata pelajaran Matematik
semakin hari semakin dititikberatkan di ibu pertiwi kita. Berdasarkan laporan
daripada keputusan PISA 2012, peningkatan dapat dilihat dalam mata pelajaran
Matematik, iaitu 421 mata berbanding 404 mata pada tahun 2009, namun demikian,
keputusan ini masih lagi di bawah paras purata keputusan sedunia (Laporan PISA
2012 :Malaysia perlu reformasi pendidikan, 2013). Hal ini menyebabkan kurikulum
negara kita perlu dipertimbangan dan disemak semula supaya dapat meningkatkan
prestasi dalam mata pelajaran Matematik dalam kalangan anak-anak bangsa kita.
Pemaju-pemaju kurikulum negara kita harus mencontohi kurikulum Matematik di
negara-negara lain seperti Singapura supaya dapat membuat penekanan yang baru
dan kesesuaian tahap murid-murid tanah air kita.

Antara sistem pendidikan di sesebuah negara akan memberi kesan yang


sangat besar serta akan menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.
Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan dari pra-sekolah hingga
pengajian tinggi. Pendidikan dari pra-sekolah hingga pendidikan sekolah menegah
adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan
Prasekolah di Malaysia berkonsepkan progra pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia emapat
hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem
persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan Pendidikan sekolah rendah yang
selama 6 tahun adalah percuma. Umur kemasukan ke sekolah rendah Tahun Satu
ialah tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan suatu kewajipan untuk
murid-murid berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Para pelajar akan
menduduki peperiksaan umum pada akhir sesi pengajian sekolah rendah. Sistem
pendidikan di Singapura adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan
Singapura. Tanggungjawab Kementerian itu adalah untuk mengawal dan memantau
terhadap sekolah-sekolah yang menerima subsisdi daripada kerajaan serta
penasihat kepada sekolah-sekolah swasta. Pendidikan Pra-sekolah di Singapura
selama 3 tahun adalah untuk dibukakan kepada kanak-kanak yang berumur
daripada 4 tahun hingga 6 tahun. Pendidikan Pra-sekolah disediakan dan dimajukan
secara swasta. Menteri Kementerian, Tan Ching Ting menyatakan bahawa kerajaan
sedang cuba memberi bantuan kepada kanak-kanak yang tidak mampu pergi ke
tadika supaya mengurangkan bilangan kanak-kanak yang tidak menghadiri ke
pendidikan langsung.

Selain itu, kurikulum Matematik yang dirancangkan oleh kedua-dua negara itu
adalah untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam
kalangan anak-anak bangsa negara. Di bawah konteks pendidikan Malaysia,
kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan sistem
pendidikan yang digunakan pada masa sekarang di Malaysia. Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia melalui akhbar Berita Harian bertarikh 14hb Mei, 2009 telah
mengumumkan proses pelaksanaan transformasi pendidikan di mana diperkenalkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang telah dirintis di Tahun 1 pada bulan Mac
hingga Jun 2009 di 500 buah sekolah. Tujuan utama pendidikan Matematik sekolah
rendah di Malaysia adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah
dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Kurikulum
Matematik Singapura merupakan satu kurikulum yang baik untuk murid-murid yang
sedang mempelajari Matematik di sekolah rendah. Kurikulum itu telah diserba luas di
seluruh dunia serta digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
kurikulum negara lain seperti Amerika dan British. Kurikulum Matematik Singapura
mementingkan pembelajaran pendidikan Matematik untuk pelajar-pelajar yang baru
bersekolah di rendah 1. Menurut Scott Baldridge, seorang pakar Matematik
Singapura, “Ini adalah kurikulum yang membantu pelajar Matematik di Singapura,
melonjak pretasinya ke nombor satu sejak tahun 1990-an hingga saat ini.” (Sekolah
di Amerika Ajarkan Metode Matematika Singapura, 2010) Guru-guru Matematik di
Singapura telah mulai mengembangkan kurikulum Matematik sendiri dengan
mengutamakan konsep-konsep yang mereka ingin menyampaikan kepada murid-
murid mereka pada tahap tertentu. Selain itu, pemaju-pemaju kurikulum Matematik
Singapura tidak akan cuba untuk menyelesaikan 50 topik dalam setahun maka
hanya cuba menyelesaikan 14 topik serta menyelesaikannya dengan sangat baik
(Scott Baldridge, 2010).

Selanjutnya, buku teks merupakan satu komponen yang penting dalam


kegiatan bilik darjah matematik sekolah rendah. Ia membekalkan kerangka tentang
perkara yang diajar, cara untuk mengajar perkara tersebut boleh diajar. Buku teks
yang digunakan di Malaysia adalah. Buku teks yang digunakan di sekolah di
Singapura telah disebut sebagai contoh kecemerlangan pengajaran oleh seorang
Menteri Britain yang sedang mendesak agar negara itu menggunakan buku teks
berkualiti tinggi untuk meningkatkan taraf akademiknya (Buku teks Singapura
‘cemerlang’ dan ‘terkini’, 2014). Guru-guru di Singapura sangat me

Di samping itu, cara pengajaran dalam mata pelajaran Matematik juga


merupakan salah satu faktor yang penting untuk menjejaskan prestasi pelajar di
negara tersebut. Guru-guru yang mengajar Matematik di Singapura telah
menggunakan bahan konkrit dan pengambaran dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka supaya dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pengetahuan asas
murid-murid pada peringkat awal (umur 7-11 tahun). (Perkembangan Kanak-kanak,
2013)Menurut Piaget, beliau menyatakan bahawa peringkat awal

Anda mungkin juga menyukai