Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Artist book

Tunnel book
Tunnel book terdiri daripada satu siri halaman yang diadakan bersama-sama dengan jalur
dilipat kertas pada setiap sisi. Malah, kedua-dua pasukan Tunnel book mungkin membuat
anda berfikir akordion. Kesan keseluruhan Tunnel book adalah untuk mewujudkan ilusi
perspektif tangan dalam. Setiap halaman mempunyai bukaan yang membolehkan pembaca
untuk melihat melalui keseluruhan buku untuk penutup belakang. Imej-imej pada setiap
halaman bekerjasama untuk membentuk tempat kejadian tiga dimensi di dalam buku ini yang
membantu untuk memberitahu cerita.

Flag Book
Nama lain bagi Flag book adalah buku bendera. Walaupun kelihatan sukar namun ianya
sangat mydah untuk dihasilkan. Bahagian penting dalam buku ini adalah Tab kertas
(bendera) yang mana ia meregangkan dan bergerak antara satu sama lain didalam buku ini.
Idea boleh dicurahkan pada deretan bendera dan hsilnya pembaca akan dapat melihat
serpihan tekstur imej dan bunyi mengepak.

Shape Book
Shape Book dikenali sebagai buku bentuk dan merupakan produk pemotongan mati, dimana
buku dipotong mengikut bentuk tertentu yang dipilih mengiku kreativiti seseorang. Buku ini
juga boleh dibentuk menjadi apa saja termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Buku ini
menarik minat pembacanya dengan bentuknya yang lain dari yang lain berbanding buku segi
empat biasa.

Star Book
Star Book juga dikenali sebagai buku bintang dalam Bahasa Melayu. Buku ini merupakan
salah satu contoh artist book dinamakan sebab bentuk bukunya akan menyerupai corak
bintang apabila bukunya dibuka luas. Star Book adalah buku yang mengagumkan, tetapi
tidak begitu sukar untuk dicipta. Ikut langkah demi langkah tutorial yang mudah boleh
membuat satu buku dalam masa yang singkat.
Circle Book
Buku bulatan ini mempunyai bentuk menarik untuk menarik pembaca. Apabila dicantumkan
buku ini dapat memberi impak yang positif terhadap pembacanya namun begitu proses
pembuatan buku ini agak sukar dan memerlukan konsistensi yang berterusan.

Envelope Book
Envelope book adalah sebuah buku yang diperbuat daripada sampul surat. Ianya seperti
sebuah cabinet yang menyimpan pelbagai fail didalam sampul itu. Kesemua sampul di ikat
bersama lalu dibukukan. Pilihan sampul surat itu akan membentuk buku itu sendiri. Saiz yang
digunakan untuk membuat buku hendaklah sama hanya berlainan warna sahaja.

Accordian Book
Buku ini merujuk kepada struktur yang berlipat-lipat. Blok buku itu diperbuat menggunakan
lipatan sehelai kertas kebelakang dan kedepan. Buku akordian terdiri daripada satu
lembaran yang dilipat berterusan. Ia juga boleh dibuka dengan mengembang ataupun
disimpan rata.

Pop-up Book
Pop-up Book lebih bergantung kepada teknik gam dan memotong dan amat berbeza dengan
teknik origami. Persamaannya ialah cuma menggunakan teknik lipatan. Kebiasaannya artis
yang mampu menghasilkan pop-up mampu membuat sesuatu yang sangat menarik dan
membuat oembaca terpegun dengan hasil buku ini.

Squash Book
Squash Book merupakan alternatif yang baik untuk menggantikan kad. Squash Book akan
menjadi album berbentuk berlian dengan banyak ruang kecil untuk gambar apabila ianya
dibuka. Seseorang artis boleh menggunakan kreativitinya untuk mencorakkan dan
menghidupkan buku squash ini.

Anda mungkin juga menyukai