Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN BAHASA

Kaedah permainan (Zamri 2012) adalah antara kaedah yang boleh diaplikasikan
dalam P&P bahasa Melayu menggunakan pendekatan konstruktif. Kaedah
permainan mempunyai ciri yang menjadikan proses pembelajaran sebagai
pengalaman yang menyenangkan. Guru perlu mewujudkan persaingan yang sihat di
dalam kelas. Kaedah ini bertujuan menambahkan keseronokan kepada sesuatu
pembelajaran. Misalnya menggunakan kaedah permainan bahasa melalui aktiviti
permainan kad PiSa (Pintar Peribahasa) bagi mengukuhkan kemahiran menterjemah
peribahasa seterusnya meningkatkan minat pelajar terhadap pelaksanaan P&P
penterjemahan. Selain itu, antara permainan bahasa yang boleh diaplikasikan ialah
aktiviti teka silang kata, kotak beracun, pembelajaran akses kendiri dan sebagainya.
Sesetengah pengkaji meneliti bagaimana kaedah bermain menjadi satu kaedah yang
berupaya meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap P&P penterjemahan
seperti yang dinyatakan oleh Musa (1992), pelajar hendaklah sentiasa gembira
dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam
proses tersebut.

MAIN PERANAN

Livingstone (1983) mentakrifkan main peranan sebagai satu gaya pengajaran


secara interaktif yang melibatkan aktiviti bilik darjah untuk memberi ruang kepada
pelajar mengaplikasikan bahasa yang dipelajari semaksimum mungkin seolah-olah
mereka berada di luar bilik darjah. Ia juga melibatkan seseorang meminta untuk
membayangkan bahawa mereka adalah sama ada diri sendiri atau orang lain dalam
keadaan tertentu (Ments ,1999). Misalnya, guru boleh memberi kad situasi di bank
kepada murid untuk dilakonkan. Murid-murid dikehendaki untuk memainkan peranan
sebagai pelanggan bank dan pengurus bank dengan berbual mengunakan kata
gelaran yang sopan dan bertatasusila. Melalui kaedah ini. Murid-murid dapat belajar
kata ganti nama diri melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai