Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan


lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru
untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai
objektif pengajaran. Berdasarkan petikan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/
(3), Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara
bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu
tercapai.

Menurut Abd Rahman (2017), dokumen ini sangat penting dan berguna supaya
guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur.
Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi
terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.
Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran
dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang
dijalankan serta impak atau refleksi. Guru pelatih menggunakan format RPH yang
lebih mendalam serta mempunyai format yang tertentu mengikut institusi latihan
perguruan.

Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah


rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik mengajar (Jamian &
Ismail, 2016). Saya memilih untuk mengaplikasikan pembelajaran akses kendiri abad
ke 21 (PAK21) iaitu dengan melaksanakan aktiviti ‘1 Stay, 3 Stray’ yang bertepatan
dengan teori konstruktivisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Menurut
McBrien dan Brandt (1997), konstruktivisme menekankan kepada peranan pelajar
dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah pelajar
berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh
antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Pengolahan teknik
seperti penggunaan bahan bantu mengajar, serta teknologi yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif (Norhailmi, 2017). Ini bertetapan dengan saranan kerajaan yang
menyeru para pendidik untuk menerapkan elemen didik hibur serta PAK21 dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abd Rahman, N. (2017). Penilaian tahap kefahaman tentang rancangan pengajaran


harian dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Doctoral
dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Jamian, A. R., & Ismail, H. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan


dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Bahasa Malaysia: Dokumen Standard dan Kurikulum Pentaksiran (Semakan)
Tahun Empat. Bahagian Pembangunan Kurikulum

McBrien dan Brandt ,1997 dalam Zuraini Mat Jasin dan Abdull Sukor Shaari, (2012).
Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran
Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92.

Norhailmi Abdul Mutalib. (2017). Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun


Kerusi dan Meja. Perlis: Percetakan Perlis (1990) Sdn. Bhd.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan


Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3).

Anda mungkin juga menyukai