Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT


PENGENALAN 1
1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN KHAT 2
1.1 TULISAN JAWI DI MALAYSIA
1.2 TULISAN KHAT DI MALAYSIA
2.0 MENTRANSKRIPKAN CERPEN 6
3.0 PENULISAN KHAT 14
3.1 KHAT NASAKH
3.2 KHAT RAKAH
3.3 KHAT THULUTH
4.0 REFLEKSI 18
5.0 PENUTUP 19
6.0 BIBLIOGRAFI 20
7.0 LAMPIRAN 21









PENGENALAN
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa adanya
ilmu pengetahuan seseorang itu tidak akan dapat memajukan dirinya selaras dengan
peredaran zaman. Ilmu membantu setiap individu untuk mencapai kejayaan dari
pelbagai aspek seperti kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, sosial, politik, ekonomi
dan sebagainya.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi ALLAH
ini, terlalu banyak dan luas ilmu yang perlu dituntut. Ilmu yang Allah kurniakan terlalu
luas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Namun begitu, sebagai seorang
penganut agama islam, kita mestilah mengetahui dan mendalami mengenai ajaran
agama tersebut. Melalui pembelajaran pada kali ini, pengkaji akan mengetahui
mengenai sejarah perkembangan tulisan jawi dan khat yang terdapat di Malaysia.
Melalui kajian ini juga, seseorang individu akan dapat mengupas dengan lebih
terperinci mengenai tulisan jawi dan khat. Sebenarnya terdapat banyak keindahan
dan keunikan dalam islam salah satu daripadanya ialah tulisan jawi dan khat. Jika
kita lihat tulisan jawi dan khat ini banyak digunakan sebagai perhiasan samada di
dinding- dinding masjid mahupun di dalam Kabah.
Selain itu, tulisan jawi ini juga mula diperkenalkan seiring dengan ajaran Al-
Quran. Kita sebagai umat islam perlu berbangga kerana dengan pengunaan tulisan
jawi islam itu mampu dikenali di seantero dunia. Ini kerana bukan umat islam sahaja
yang mempelajari dan menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan perantaraan
mereka namun pelbagai bangsa juga mempelajari tulisan jawi ini meskipun tidak
menganuti agama islam. Ini dibuktikan dengan beberapa prasasti mengenai tulisan
jawi pada zaman Alam Melayu lagi.
Apabila tulisan jawi tersebar meluas, maka wujud pula tokoh-tokoh yang
menghasilkan seni tulisan jawi dalam pelbagai bentuk yang dikenali sebagai tulisan
khat. Secara harafiahnya, melalui kajian ini dapat kita kenal pasti sejarah
perkembangan tulisan jawi yang mempunyai kaitannya sendiri dengan
perkembangan tulisan khat.
1
SOALAN A
Tuliskan Jawi dan khat merupakan warisan umat Islam yang semakin
dipinggirkan, namun terdapat usaha-usaha menigkatkan semula martabat
tulisan Jawi.
1.0 Huraikan sejarah perkembangan tulisan Jawi dan khat di Malaysia.
1.1 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI
Tulisan jawi telah lama berkembang di Malaysia sejak kedatangan islam ke tanah
melayu. Hal ini berkait rapat dengan kedatangan islam ke nusantara. Pada awalnya,
tulisan jawi dikatakan berasal daripada kedatangan islam ke kepulauan melayu pada
55 hijrah. Selain itu ada juga yang berpendapat pada 505 hijrah berasal daripada
tulisan arab berasaskan al-Quran dan hadis. Namun tidak ada rekod yang
membuktikan bahawa tulisan Jawi dibuat oleh orang Melayu. Pada pertengahan
abad ke-20, muncul seorang insan yang ingin mengkaji iaitu Zainal Abidin Ahmad
atau dikenali sebagai Zaba. Beliau telah berusaha bermula dari tahun 1918 bagi
mengumpulkan banyak perkataan Melayu.
Kemudian tulisan jawi telah digunakan sebagai tulisan rasmi bagi beberapa buah
negara seperti Brunei, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Perkembangan tulisan ini
bermula sejak kerajaan islam pasai lagi. Kemudian tulisan ini disebarkan ke kerajaan
Melaka, kerajaan johor dan acheh pada abad ke-17. Tulisan jawi adalah yang
terawal sampai di Malaysia berbanding tulisan rumi berdasarkan Penemuan batu
bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M dan tulisan rumi pada kurun
ke-19. Selain itu, penemuan batu bersurat ini juga dapat membuktikan bahawa
agama Islam telah bertapak kukuh di alam Melayu. Di dalamnya mengandungi
hukum pelaksanaan hukum hudud dan undang-undang jenayah bagi sesebuah
negara Islam. Selain itu, terdapat juga penemuan manuskrip yang tertua di dalam
tulisan Jawi iaitu Aqaid An-Nasafi pada 998H bersamaan 1590M. Berdasarkan
penemuan kedua-dua bahan ini,agama Islam memainkan peranan yang sangat
penting dalam kegiatan penulisan. Tambahan pula, dengan kreativiti masyarakat
Melayu memanfaatkan huruf-huruf Arab sehinggalah terbentuknya tulisan Jawi. Oleh
itu, berlaku penggunaan abjad yang dipinjam daripada abjad arab telah membawa
kepada satu perubahan kepada abjad Jawi. Semasa penggunaan abjad Jawi ini,
terdapat juga pinjaman daripada tulisan Parsi-Hindi yang memang wujud. Setelah itu,
wujudlah huruf-huruf seperti CA-JIM, NGA-GHAIN, PA-FA, GA-KAF, VA-WAU, dan
NYA-THA daripada pinjaman tersebut. Selain itu terdapat juga kewujudan dalam
penggunaan abjad vokal seperti alif ( ), wau ( ) dan ya ) ).

Gambar 1.1 menunjukkan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702 hijrah.
Tulisan jawi juga digunakan dalam pelbagai urusan termasuklah urusan pentadbiran,
adat istiadat dan perdagangan. Hal ini kerana pihak istana pada zaman dahulu juga
menggunakan tulisan Jawi sebagai bukti segala aktiviti yang ada berkaitan dengan
pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan perdagangan antarabangsa dan
diplomatik. Oleh itu, tidak hairanlah istana menjadi salah satu tempat perkembangan
persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan
rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kewujudan pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja. Oleh itu, raja-raja
mempunyai jurutulis sekiranya terdapat perkara untuk diperkenankan oleh raja
tersbut.

Gambar 1.2 menunjukkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Gambar di atas menunjukkan bahawa tulisan jawi memainkan peranan yang sangat
penting pada zaman dahulu sehingga digunakan dalam urusan rasmi negara.
3
Menurut Amat Jauhari (1999) dalam buku yang ditulis oleh Abd Rahman
Hamzah(2008) tulisan jawi juga digunakan bukan sekadar pada penulisan sahaja,
tetepi tulisan ini juga digunakan pada mata wang. Hal ini membuktikan tulisan jawi
sangat penting pada waktu dahulu sehingga terdapatnya tulisan jawi selain daripada
penulisan. Mata wang yang menggunakan tulisan jawi pada masa dahulu adalah
seperti mata wang kedah. Terdapat keunikan pada pemerintahan pada masa yang
lalu kerana setiap pemerintah akan menggunakan ukiran duit yang berbeza.
Contohnya seperti mata wang pada zaman Sultan Sulaiman Shah pada tahun 1620
dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dari tahun 1661 sehingga 1687.

Gambar 1.3 menunjukkan penggunaan tulisan jawi pada mata wang Kedah.
Menurut Abd Rahman (2008)) mata wang berupa emas dan perak yang terukir
tulisan Jawi padanya memberikan nama raja-raja Melayu yang memerimtah pada
zaman tersebut.


Gambar 1.4 menunjukkan batu nisan.
Menurut Abd Rahman Hamzah (2008), banyak batu nisan tulisan Jawi atau Arab
yang dapat membantu para pengkaji sejarah menghuraikan tentang maklumat Raja-
raja kerajaan Melayu Islam pada zaman Melayu termasuk di Semenanung Tanah
Melayu, Banda, Acheh, Kemboja , Brunei Darus Salam, Sumatera Barat, Sumatera
Selatan dan Kalimantan.
Selepas 200 tahun tulisan ini mencapai kegemilangan bersama kedatangan Islam,
tulisan mula luntur akibat kedatangan British ke tanah Melayu pada tahun 1511.
Walaupun, masyarakat Melayu masih menggunakan tulisan Jawi dalam aktiviti
seharian seperti pengajaran dan pembelajaran misalnya di sekolah-sekolah pondok
yang dijadikan sebagai tulisan rasmi mereka. Namun perkembangan tulisan Jawi ini
mula merisaukan pihak penjajah dan mereka telah berusaha untuk menghapuskan
tulisan Jawi daripada masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, British mula
mengorak langkah dengan memperkenalkan tulisan rumiyang dipanggil sebagai
Roman secara berperingkat bagi bertujuan menghapuskan tulisan Jawi dengan
menubuhkan sekolah Vernakular. Orang pertama menjadi perintis untuk menukar
penggunaan masyarakat Melayu terhadap tulisan Jawi ialah Cornelis De Houtman
pada tahun 1598M / 928H. Kemudian kerja ini disambung oleh disusuli John
Crawford pada tahun 1852M / 1182H. Tambahan pula, pihak British telah membuat
kajian mengenai kelemahan tulisan Jawi bagi membuat masyarakat Melayu dapat
membezakan tulisan Jawi atau Roman lagi baik.

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN KHAT
Tulisan khat mula datang ke Tanah Melayu pada abad ke-7 Masihi lagi hasil
daripada dakwah dan perniagaan yang berhimpun di Gujerat. Khat adalah satu
perkataan dari arab yang member maksud garisan. Manakal seni khat pula memberi
maksud garisan indah yang membentuk tulisan. Terdapat juga maksud lain
mengenai seni khat iaitu tulisan-tulisan yang terikat dengan kaedah dan peraturan
yang telah dibuat kajian dan telah ditetapkan oleh mereka yang terlibat dengan
kemajuan seni.
Kemudian terdapat satu tempat yang telah menjadi pusat penyebaran dan
permulaan seni khat di Tanah Melayu iaitu Perlak, Sumatera. Melaka telah
mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebarab Islam di Tanah Melayu
sehingga kurun ke-15. Hali ini terbukti apabila penemuan batu bersurat Terengganu
yang bertarikh (1303 Masihi ).
Ketika zaman keagungan Kerajaan Melayu Islam, seni khat telah digunakan pada
duit syiling dan batu nisan. Namun pada zaman ini, seni khat juga digunakan pada
pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri dengan menggunakan ayat al-Quran.
Selain itu, cokmar juga terdapat kesenian khat yang terukir padanya.
Penulisan khat pada zaman dahulu di Tanah Melayu, mereka hanya menggunakan
batang pokok resam sebagai bahan utama bagi menghasilkan seni tulisan khat.
Namun pada hari ini, kemajuan yang terjadi menyebabkan penggunaan batang
pokok resam sebagai bahan utama untuk penulisan khat sangat sedikit. Penggunaan
batang resam menghasilkan khat dengan hujun batang resam ditiruskan dan dicelup
pada dakwat sebelum menulis khat pada kertas.
Perkembangan seni khat di Tanah Melayu diteruskan lagi dengan pembelajarannya
di sekolah-sekolah pondok,arab dan lain-lain lagi. Pada masa dahulu terdapat ramai
guru yang dilahirkan bagi mengajar Jawi dari Maktab Perguruan Sultan Idris dan
Tanjung Malim. Namun seni khat juga mempunyai sekolah-sekolah yang telah
melahirkan penulis-penulis khat dari tanahair sendiri iaitu dari sekolah-sekolah arab
seperti Madrasah Al-Attas Johor, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab
Mahmud Kedah, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu dan banyak lagi.
6
Seni khat juga telah merentasi pelbagai sempadan benua dan negara sejak 1000
tahun yang lalu. Kemudian seni khat bekembang secara perlahan-lahan sejak dari
zaman awal Islam sehingga pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Semasa
tempoh ini telah lahir ramai tokoh seni khat yang berjaya menyumbangkan karya
tulisan mereaka bagi menjadi garis panduan generasi masa kini.
Tanah Melayu telah melahirkan penulis-penulis khat yang terkenal seperti Syed
Abdul Rahman bin Hassan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta ramai
lagi penulis khat yang telah menunjukkan bakat mereka pada masa kini.


Gambar 1.1 Hasil ukiran Ummul Jamal iaitu tulisan Nabati pada 250-271 Masihi.

Gambar 1.2 Hasil tulisan Humairi berserta terjemahan dalam Arab.

7

Gambar 1.3 Tulisan khat Arab Kufi pada di kubur Thabit bin Zaid pada 64 Hijrah.

Gambar 1.4 Tulisan di Bukit Salaa, Madinah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.





8

Gambar 1.5 hasil tulisan pada zaman Umaiyyah.

Gambar 1.6 Tulisan Abu Aswad al-Duali yang disertakan dengan titik pada
pemerintahan Yusuf Hajaj al-Thaqafi di zaman Umaiyyah.



9


Gambar 1.7 Tulisan Yaqut al-Mustasimi iaitu pencetus Aqlam Sittah pada zaman
Abassiyah.

Gambar 1.8 Tulisan khat Kufi oleh Yusuf Ahmad pada 1303 Masihi di zaman
Uthmaniyyah.
Terdapat beberapa jenis khat yang terdapat di Malaysia dan negara-negara
lain.salah satunya ialah Khat Nasakh. Khat ini mula berkembang daripada bentuk yang kaku
kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampai kepada orang
Arab Hijaz pada masa dahulu dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-
menyurat pada zaman permulaan Islam. Kemudian semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun
ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini semakin baik bentuknya apabila khat Ali bin
Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta satu kaedah penulisan Khat Nasakh. Selain itu, zaman
Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik.
Kemudian khat ini digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan
Khat Kufi Klasik. Menurut Hasrul Bin Hashim, khat nasakh terbahagi kepada dua iaitu nasakh Klasik
dan Akhbar. Khat nasakh Klasik telah bermula semenjak zaman pemerinthan Kerajaan Abasiyah lagi.
Kaedah ini dibuat oleh Ibn Muqlah. Kemudian khat ini diperkemaskan lagi oleh oran Atabikah.


Khat Nasakh kedua ialah Nasakh Akhbar. Khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang
jelas dan huruf yang tebal. Selain itu, tulisan ini juga dinamakan tulisan surat khabar kerana
penggunaannya meluas dalam bidang akhbar.

Khat yang kedua ialah khat Rakah. Menurut kamus bahasa Rakah bermaksud
cebisan kertas yang ditulis.Khat ini dicipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah
(850H). Tujuan khat ini dicipta adalah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di
kalangan kakitangan kerajaan. Terdapat beberapa ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih
cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam
masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan.

Selain daripada khat Nasakh dan Rakah, terdapat juga satu jenis khat lain yang dinamakan khat
Thuluth. Khat ini dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang
ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada yang berpendapat bahawa asalnya khat ini
ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan
menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan
menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian
bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari
segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat
ukiran dan seninya. Khat ini biasa digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan
kubah di masjid-masjid.



10
SOALAN B
Transkripkan sebuah cerpen berunsur Islam kepada tulisan Jawi mengikut
sistem ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sebanyak 300 patah
perkataan.


.
. -

.
.

.
- .

- .

.
.

.
.
.
. .

.
.
- . !
.
.
.
.

.


11
.
- .
.
.
- - .
.
!
.
.
.

!

.

.
.
.
.
;
.
.
-
12
12
;
.



13











SOALAN C
Hasilkan penulisan khat dalam bentuk khat Nasakh, khat Rakah, dan khat
Thuluth menggunakan surah al-Fatihah dalam al-Quran.




















6.0 BIBLIOGRAFI
Abd Rahman Hamzah Edisi Pertama (2008). This is title of book Khat dan Jawi
Mutiara Kesenian Islam Sejagat. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Azah Abd Aziz, Rozlan Mohamed Noor (2006). This is title of book Bayang di
Tirai Belulang. Penerbitan Utusan Publication And Distributors Sdn Bhd.
Ibnu Ahmad Al-Kurauwi (2006)
http://ibnualkurauwi.wordpress.com/2007/06/19/jawi-di-selamat-pagi-malaysia
Dilayari pada 20 September 2010
Kakitangan Seni Lukis (2008)
http://kakitangansenilukis.blogspot.com.2008/o9/sejarah-sei-khat-Islam-istimewa.html
Dilayari pada 15 September 2010
Wikipedia- Tulisan jawi (2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisanjawi
Dilayari pada 7 September 2010
Mohd.Alwee bin Yusoff (2005)
http://myais.fsktm.um.edu.my/73401/1/Jus21-02.pdf
Dilayari pada 7 September 2010
Scribd- Sejarah Bahasa Melayu, penterjemahan,Jawi, Istilah (2010)
http://www.scribd.com.doc/20778959/sejarah-bahasa-Melayu-penterjemahan-jawi-
isltilah
Dilayari pada 14 September 2010
Kesenian Islam seni Khat (kaligrafi)
http://www.scribd.com.doc/2867679/Kesenianislam-seni-khat-kaligrafi
Dilayari pada 17 September 2010
Tulisan jawi dan khat Arab (2010)
http://www.scribd.com/doc/7878248/Tulisan-jawi-dan-khat-arab
Dilayari pada 20 Sepetember 2010
Nies - Jatuh Bangun Tulisan Jawi.
http://niesnoraliena.blogspot.com/2009/02/jatuh-bangun-tulisan-jawi.html
Dilayari pada 23 September 2010
20























21

























22

Anda mungkin juga menyukai