Anda di halaman 1dari 6

Tutorial 1 GB6023 Kaedah Penyelidikan II

1. Pilih satu artikel penyelidikan kuantitatif dalam prosiding atau jurnal.

a) Senaraikan pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar yang terbabit dalam kajian
tersebut.

Jurnal : STAIL KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH

Pemboleh ubah bebas (IV) : Stail Kepimpinan Pengetua


Pemboleh ubah bersandar (DV) : Tekanan dan kepuasan dalam kalangan guru sekolah
menengah

b) Kenal pasti skala pengukuran bagi setiap pembolehubah-pembolehubah tersebut.

Skala Pengukuran :

Norminal : Demografi guru sekolah menengah

Ordinal : Stail Kepimpinan Pengetua ( IV)

Tekanan dan kepuasan dalam kalangan guru sekolah menengah (DV)

2. Satu kajian tinjauan telah dilakukan terhadap 3500 orang pelajar Universiti di Malaysia bagi
mengetahui trait personaliti mereka. Hasil daripada dapatan tersebut mendapati 47% adalah
individualistik, 13.5% bergaya, 9.5% adalah dinamik dan berkebolehan, 7.5% “easy going” dan 22.5%
adalah lain-lain.

a) Kenalpasti apakah pembolehubah yang diukur?

 Pemboleh ubah diskrit

b) Kelaskan sama ada pembolehubah itu berbentuk kategori atau kuantitatif?

 Pemboleh ubah kategori kerana melibatkan skala nominal iaitu melibatkan personaliti

c) Apakah analisis yang bersesuaian untuk melaporkan dapatan tersebut?

 Analisis deskriptif menggunakan carta palang.

3. Lima puluh lima orang ibu bapa pelajar sekolah telah ditemubual mengenai tabiat pengambilan
sarapan pagi dalam kalangan keluarga mereka. Soalan yang ditanya adalah, adakah anak mereka
memperuntukkan masa untuk mengambil sarapan pagi (direkodkan sebagai ya atau tidak). Gred bagi
pelajar dalam sesetengah kelas (contohnya membaca, menulis, matematik) turut direkod dan
diselaraskan skornya (skala 10 titik). Pada akhir kajian, didapati pelajar yang memperuntukkan masa
untuk mengambil sarapan mendapat skor yang tinggi berbanding mereka yang tidak bersarapan.

a) Apakah jenis kajian ini? (eksperimen/pemerhatian)


 Pemerhatian
b) Nyatakan pembolehubah bebas dalam kajian ini.
 Peruntukan masa mengambil sarapan pagi

c) Nyatakan pembolehubah bersandar dalam kajian.


 Gred pelajar
Tutorial 2

Soalan 1 Berikan perbezaan maksud istilah berikut:

a) Statistik deskriptif dan inferensi

STATISTIK DESKRIPTIF STATISTIK INFERENSI


 Menjelaskan dan meringkaskan data  Membuat kesimpulan berdasarkan
dalam bentuk grafik supaya mudah maklumat daripada sampel.
difahami.
 untuk menghuraikan ciri-ciri variable  untuk menghuraikan perhubungan
antara variable
 untuk membuat kesimpulan data  untuk menghuraikan ciri-ciri sampel
variable yang dipilih daripada populasi.
 tidak boleh digeneralisasikan daripada  boleh membuat generalisasi sampel
sampel kajian kepada populasi mengenai populasi.

 ujian statistik yang digunakan ialah  ujian statistik yang digunakan ialah
frequency, mean, median, peratus ujian-t untuk melihat perbezaan diantara
2 variabel, ujian korelasi untuk melihat
perhubungan dsb.

b) Data kualitatif dan data kuantitatif

KUANTITATIF KUALITATIF
 dinyatakan dalam bentuk angka  dinyatakan dalam bentuk kata-kata atau
bukan dalam bentuk angka.
 hasil dari perhitungan dan pengukuran  menjelaskan karakteristik atau sifat.
 contoh : tinggi badan, umur, jumlah benda,  contoh : keadaan barang
penghasilan seseorang,dll. (buruk,sedang,bagus), pekerjaan(
petani,pengusaha,pedagang),tingkat
kepuasan ( tidak puas, puas, sangat puas),
 terdiri daripada data interval dan rasio  terdiri daripada data nominal dan ordinal

d) Populasi dan sampel

POPULASI SAMPEL
Kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri Kumpulan kecil (subset) yang dipilih daripada
yang sama untuk digunakan dalam penyelidikan populasi
merupakan set individu atau benda yang Sampel adalah anggaran
mempunyai masalah dan dicerap
maklumat populasi dikenali sebagai parameter Maklumat sampel disebut statistik
Soalan 2

Dengan menggunakan perisian Coggle (https://coggle.it/ ), buat perincian penting tentang data
kualitatif dan kuantitatif;statistik deskriptif dan inferensi; populasi dan sampel serta jenis-jenis skala
pengukuran. Anda boleh gabungkan dalam satu fail Coggle.

Soalan 3

Apakah maksud kepencongan sesuatu taburan? Terangkan jawapan anda dengan menunjukkan
kedudukan ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat taburan tersebut.

Kepencongan bermaksud darjah penyimpangan daripada garisan simetri sebuah taburan. Taburan
normal adalah bersimetri ( mode = median = mean). Kepencongan terbahagi kepada dua iaitu
pencong kanan ( positif) atau pencong kiri ( negative) iaiti ( mode > median > mean).

Soalan 4

Berdasarkan cetakan analisis SPSS berkaitan tempat tinggal dan tahun pengajian pelajar di sebuah
universiti, buat ulasan ringkas mengikup gaya APA.

Berdasarkan output SPSS,tahun pengajian merupakan pemboleh ubah bebas manakala pemoleh
ubah bersandar ialah tempat tinggal. Skala pengukuran yang digunakan ialah skala interval.
Soalan 5

Berikut adalah cetakan output dari analisis SPSS berkaitan dengan satu kajian pencapaian penulisan
pelajar tingkatan 3 di sebuah daerah berdasarkan jantina. Berdasarkan maklumat pada cetakan
tersebut, jawab soalan berikut.

a) Kenalpasti pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar.

 Pemboleh ubah bersandar : pencapaian penulisan pelajar tingkatan 3


 Pemboleh ubah tidak bersandar : Jantina pelajar

b) Apakah skala pengukuran bagi pembolehubah-pembolehubah tersebut?

Jantina pelajar : skala nominal

Pencapaian pelajar : Skala ratio

c) Apakah kaedah analisis statistik yang telah dijalankan?

Kaedah statistik deskriptif

d) Apakah analisis ini bersesuaian dengan data yang dikumpul?

Ya, analisis ini sesuai dengan data yang dikumpul.


e) Tuliskan satu laporan lengkap bagi menghuraikan data tersebut mengikut gaya APA.

Anda mungkin juga menyukai