Anda di halaman 1dari 2

Maksud Kajian Naratif

Istilah naratif berasal dari kata kerja kepada bentuk naratif yang bersifat kualitatif, atau
menceritakan kisah secara terperinci. Dalam reka bentuk penyelidikan naratif menggambarkan
kehidupan individu, mengumpulkan dan menceritakan kisah-kisah tentang kehidupan manusia
dan menulis naratif pengalaman seseorang individu. Bentuk penyelidikan kualitatif, fikiran
naratif berfokuskan kepada seseorang, mengumpulkan data melalui pengumpulan cerita,
melaporkan pengalaman individu dan membincangkan makna pengalaman tersebut.

Kajian Inkuiri Naratif merupakan pengalaman sebenar penulis sepanjang pengajian. Buku
ini ditulis berdasarkan refeksi penulis sewaktu menjalankan kajian inkuiri naturalistik
menggunakan kaedah inkuiri naratif. Naratif disusun secara santai untuk dikongsi bersama
masyarakat terutama pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana serta
doktor falsafah dan sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis, disertai atau kertas projek
masing-masing.

Kajian naratif inkuiri merupakan satu kaedah penyelidikan bagi mencari jalan penemuan
atau penyelesaian masalah berdasarkan data yang dikumpulkan oleh pengkaji sebagai alat kajian
ketika melakukan temubuat, pemerhatian dan penganalisisan bukti dokumen. Kajian naratif
inkuiri memberi peluang kepada penkaji untuk memerhati satu kelompok manusia secara lebih
menyeluruh bagi melihat fenomena yang berlaku secara semula jadi.

Ciri-Ciri Kajian Naratif

 pengalaman seseorang individu yang berkaitan dengan interaksi sosial dan peribadi
 pengalaman kronologi yang berkait dengan masa lalu,sekarang dan masa hadapan.
 Cerita kehidupan yang
 Pemulihan cerita
 pengalaman melalui kisah hidup seseorang individu dan memberitahu melalui
penyelidikan.
 meminimumkan penggunaan literature dan memberi tumpuan kepada pengalaman
individu.
 meneroka makna pengalaman individu seperti yang diberitahu melalui cerita .
 mengumpul teks bidang yang mendokumenkan cerita individu dalam huraian sendiri.
 menganalisis cerita dengan menceritakan kisah individu
 menganalisis cerita dengan mengenal pasti tema atau kategori maklumat
 menganalisis kisah untuk maklumat kronologi mengenai individu, masa dan masa depan
individu
 bekerjasama dengan mengambil bahagian ketika menulis kajian penyelidikan
 menulis pengajaran dengan gaya ceritanya yang fleksibel

Jenis Kajian Naratif

Contoh kajian yang berbentuk naratif adalah seperti Autografi, Biografi, Penulisan tentang
Kehidupan, Cerita Peribadi, Dokumen Peribadi, Dokumen tentang kehidupan,Cerita dan Sejarah
Tentang Kehidupan,Sejarahetno, Sejarah Lisan, Ehtnobiografi, Autoethnografi,
Ethnopsychologi, Etnografi Berpusatkan Perseorangan, Testimoni Latin-American dan Polish
Memoirs.

Autografi

Autobiografi berbeza dengan biografi. Autobiografi berceritakan tentang pengalaman atau kisah
hidup pengkaji iti sendiri semasa penyelidikan

Biografi

Biografi merupakan salah satu jinis kajian naratif yang mana berisikan tentang pengalaman
hidup seseorang (bukan pengalaman hidup pengkaji atau penulis) .Dengan kata lain,pengkaji
tersebut tidak menceritakan atau menulis pengalaman hidup dirinya sendiri melainkan
pengalaman hidup orang lain.

Anda mungkin juga menyukai