Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis,

para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah rumusan daripada ceramah minggu lepas

Tuan-tuan dan puan-puan,Kita mestilah tidak meninggalkan solat. SOLAT adalah


ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat
mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah
menegakkan agamanya.Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu
tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak
kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan mengenai solat.Allah SWT
berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar
sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam
mengerjakan sembahyang.”Dalam satu lagi ayat, Allah SWT menegaskan yang
bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri
dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta
mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15).

Hadirin Sekalian,Kita mestilah membaca al quran. ABDULLAH bin ‘Amr


Radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dikatakan
kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan
sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada
akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis diriwayatkan Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu
Hibban dengan sanad hasan).Berdasarkan hadis itu, ulama menyatakan ada
riwayat lain menjelaskan orang itu nanti akan terus membaca satu demi satu ayat
al-Quran sehinggalah dia tiba di syurga tertinggi iaitu Syurga Firdaus.Apabila tiba
di Syurga Firdaus barulah dikatakan, “Berhentilah, ini adalah kedudukan kamu di
akhir ayat yang kamu baca.”Itu kehebatan dan kedudukan bagi golongan yang
membaca al-Quran sebagai rutin hariannya. Maka, bacalah al-Quran pada setiap
hari walaupun beberapa ayat.
Hadirin yang dihormati,Qiyamulail merupakan suatu amal ibadat yang sangat
bagus. APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga
malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga
kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi
memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling
hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata:
“Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di
mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang. Dari Aisyah r.a
katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam,
sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa
Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan
untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu
‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba
yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih).

Hadirin yang dihormati, Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada


manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika
menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan
seketika supaya dia dapat berbuat demikian.Menerusi firman Allah yang
bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,
(kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai
Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke
suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula
aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat
10)Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu
selepas mereka meninggal dunia. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar
biasa.Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya
adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1)
itu akan jadi 10 sehingga 700.
Akhir Sekali, Rasanya ramai yang sedia maklum akan kelebihan menunaikan solat
sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha sering dikaitkan dengan amalan untuk mendapat
rezeki yang luas.Ia dipanggil solat Dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk
mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja. Waktu Dhuha
merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-
kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari
berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu
Zohor.Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan
mengamalkan solat Dhuha. Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai
amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki. Dengan mengamalkannya,
seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah-ruah serta hati yang
tenang.Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam
bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai
bentuk sepertidikurniakan kesihatan tubuh badan.rezeki yang mencukupi serta
berkat.anak-anak yang soleh dan solehah.dapat mengerjakan ibadat umum dan
ibadat khusus.dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang
Muslim.Selain itu, dengan mengamalkan solat Dhuha juga, seseorang itu akan
mendapat keampunan daripada Allah S.W.T

Sekian Sahaja Ceramah Saya pada kali ini. Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai