Anda di halaman 1dari 8

1.

Amalan yang dicadangkan oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah


- Baik dilakukan oleh isteri dan suami
- Selama 15 hari berturut-turut, dan teruskan sekiranya masih tiada hasil
- Saya lakukan bermula dari hari pertama haid (hari pertama suntikan Gonal-F sebelum IUI)

Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari;

Baca Bismillah 1x
Kemudian Selawat Nabi 3x
Setelah itu sujud
Dan baca Kalimah Syahadah 101x
(Semasa masih dalam sujud), mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan: Ya Allah,
kurniakanlah kpd hambaMu zuriat yg soleh yg Engkau berkati di dunia dan akhirat"
Kemudian tutup doa dgn bacaan Selawat Nabi 3x

2. Sebelum jimak, suami hendaklah:

Baca Bismillah
Melafazkan zikir "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) 11x
Baca doa memulakan jimak

credit to: widyadarablog.blogspot.com


Semasa prosedur IUI, suami dan isteri boleh bacakan doa ini ketika prosedur sedang dilakukan.
Bagi prosedur IVF, bacakan ketika prosedur Embryo Transfer.

3. Beberapa amalan zikir yang isteri boleh amalkan setiap hari


- Jika mahu lebih konsisten, bacakan selepas setiap kali solat
- Lebih baik dibacakan ketika setiap kali masa lapang, tanda kita sentiasa mengingati Allah
- Saya bacakan zikir2 ini selepas prosedur IUI atau Embryo Transfer (IVF). Ketika itu, kita
perlu baring dalam 30 minit - 1 jam. Zikirkan dengan penuh keyakinan dan pengharapan (lebih
elok berzikir daripada berbual2)

"Ya Khaliq" (Maha Pencipta), "Ya Baarii" (Maha Merancang), "Ya Musawwir" (Maha
Menjadikan Rupa Bentuk) 1000x sehari
"Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan AdaNya) 333x sehari
"Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x - tiupkan dalam air dan minum

4. Mengamalkan surah tertentu setiap hari (suami dan isteri)


- Saya amalkan surah Maryam, hampir setiap hari

Surah al-Fatihah - baca 41x antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh dan
amalkan selama 40 hari
Ayat Kursi - menghindar 1000x kesukaran dunia dan 1000x kesukaran akhirat
Surah Maryam - mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat
Surah Yusuf - murah rezeki & diberi kemuliaan, terhindar drpd kesulitan hidup
Surah Yasin - ditunaikan segala hajat
Surah Kahfi - murah rezeki (baca malam Jumaat)

5. Amalan ini dicadangkan oleh Ustaz Hanafi Abdul Malek, semasa rancangan Tanyalah
Ustaz
- Saya tidak lakukan kerana tidak tahu sebelum ini

Ambil segenggam kurma (lebih kurang 4 biji)


Kisarkan bersama 2 gelas susu kambing
Suami dan isteri minum segelas seorang
Amalkan sekali seumur hidup (sudah mencukupi)

6. Amalkan Doa Nabi Zakaria;


- Setiap kali selepas solat fardhu dan sunat
- Semasa bermusafir
- Sebelum berbuka puasa
- Doa ini memang perlu hafal dimulut dan dihati - amalkan setiap masa
- Sebaiknya, sebelum membaca doa ini, baca dahulu:
- Istighfar 11x
- Selawat Nabi 11x
- Al-Fatihah 1x
- Ayat Kursi 1x

Surah al-Imran, ayat 38

credit to: http://umminiena.wordpress.com


Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.
Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa
Surah al-Anbiya, ayat 89

credit to: http://umminiena.wordpress.com


:WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan
zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi

7. Perbanyakkan bersedekah

credit to: ayuaaicantek.blogspot.com

Sedekah membuka pintu rezeki

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:


Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh
Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan
pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Setiap harta yang dikeluarkan akan dibalas dengan 700x ganda dan dikurniakan
kehidupan yang mudah

Allah Taala berfirman:


Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di
jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap
butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah
maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui
(Al Baqarah (2) : 261)

Bersedekahlah, walau dimana sahaja Yang penting apabila tangan kanan memberi,
tangan kiri tidak mengetahui. Kemudian, mintalah mereka mendoakan untuk kita agar
dikurniakan Allah dengan zuriat yg soleh

8. Amalkan Solat Sunat Dhuha


- Waktu: selepas naik matahari (dalam pukul 8pg) sehingga sebelum masuk waktu Zohor
- 2 rakaat atau 4, 6, 8 atau 12 rakaat, dgn 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam
- Niat: Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala

credit to: www.silampuneon.com

Solat Dhuha mendatangkan rezeki

Di dalam kitab An-Nurain sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:


Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Berkata Abu Murrah Ath-Thaifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, Allah telah
berfirman:
Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan
mencukupimu di akhirnya.
(Riwayat Ahmad)

Diampunkan dosa, walaupun seperti buih di lautan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan
segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Saya tidak mampu mengamalkan Dhuha setiap hari akibat kekangan kerja (walaupun itu
bukan alasan), tetapi banyak kisah yang saya dengar...apabila berhajat dan
mengamalkan Dhuha, Allah telah makbulkan hajatnya

9. Amalkan Qiyamullail (Bangun Solat Malam)


- Terutamanya ketika bulan Ramadhan, dan 10 hari terakhir
- Jika dapat melakukan Qiyamullail pada malam Lailatulqadar - InsyaAllah dimakbulkan
- Waktu: tenggelam matahari sehingga terbit fajar sadik (antara Maghrib dan Subuh)
- Waktu terbaik: sepertiga malam terakhir (lebih kurang jam 4 pagi)
- Solat sunat yang boleh dilakukan:
- Solat Tahajjud
- Solat Taubat
- Solat Hajat
- Solat Tasbih
- Solat Istikharah
- Solat Witir

credit to: mmpendang.blogspot.com


Waktu paling afdal dan paling mustajab doa

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:


Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya
bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Taala, melainkan
Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.
(HR Muslim)

Lebih baik dari dunia dan seisinya serta darjatnya diangkat disisi Allah

Sabda Rasulullah:
"Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik
baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya"
(HR Adam bin Abu Iyas)

Cuba seboleh-bolehnya mengamalkan Qiyamullail setiap malam, sekurang-kurangnya 2


rakaat Sunat Tahajjud. Saya dan suami bersungguh2 melakukan Qiyam di bulan
Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir

10. Khasiat ayat 5-15, Surah Maryam


(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

Berpuasa pada hari Jumaat


Ketika berbuka, makan kurma sahaja (jgn minum air atau makan mknn lain)
Solat Maghrib dan kemudian makan makanan yang ringan (roti, kurma, kuih manis) dan
jangan minum air lagi
Tuliskan ayat2 ini pada bekas kaca dgn berdakwatkan madu lebah yg tidak disentuh api
(madu asli)
Kemudian, hapuskan tulisan ini dgn air mutlak - ketepikan
Ambil 223 biji kacang putih, baca ayat ini pada biji2 kacang ini
Kemudian rebus kacang2 ini dgn api yg besar
Sementara tunggu masak, hendaklah suami dan isteri menunaikan solat Isyak secara
berjemaah
Selesai solat, baca surah Maryam dari mula sehingga habis
Kemudian, masukkan air hapusan madu lebah tadi ke dalam rebusan kacang
Sebaik2nya, tambah sedikit dgn air anggur
Bahagikan campuran kpd dua, minum/makan sehingga habis (suami dan isteri)
Setelah selesai, tidurlah satu jam dan kemudian bangunlah utk 'bersama' dgn isteri
InsyaAllah...pada malam itu juga Allah akan permudahkan jalan utk mendapatkan zuriat
Amalkan selama 3 kali Jumaat secara berturut2
11. Khasiat ayat 3 Surah Al-Fatihah
(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

Tulis sebanyak 19x (ayat ini) pada sekeping kertas


Jadikan azimat oleh wanita yg inginkan zuriat
InsyaAllah, dengan berkat nama Allah ini, akan dikurniakan zuriat yang soleh

12. Khasiat Surah Ali-Imran


(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

Surah ini jika ditulis dengan menggunakan za'faran


Kemudian digantung pada perempuan yang inginkan anak
InsyaAllah, hamil

13. Khasiat ayat 12-14 Surah Al-Mukminun


(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

Tulis ayat ini pada 7 helai daun limau


Kemudian, telanlah daun tersebut
Lalu, minum air susu lembu yg bewarna kuning
Amalkan selama 3 hari berturut2
InsyaAllah, hamil

14. Khasiat gabungan surah-surah tertentu


(Buku Khasiat & Fadhilat Ayat Suci Al-Quran 30 Juzuk, penulisan Abu Al-Baqir)

Sediakan botol minuman (air minum)


Bacakan:

- Surah Al-A'la 70x


- Surah Al-Insyirah 70x
- Surah Al-Qadr 70x
- Surah Al-Kafirun 70x
- Baca ayat dibawah 70x
credit to: faisalchoir.blogspot.sg -
- Baca ayat dibawah 70x

Diminum air ini oleh wanita yang mahukan zuriat


InsyaAllah, dikurniakan baginya zuriat yang soleh

Anda mungkin juga menyukai