Anda di halaman 1dari 6

JAWAPAN SOALAN ESEI SEJARAH

1(a) Tanah Melayu

- Kedatangan British bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka


antara tahun 1786 hingga 1824. Ketiga-tiga negeri itu kemudiannya
digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 dan dikawal
serta ditadbir secara lansung oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India.
Kedatangan British di Tanah Melayu pada dasarnya adalah untuk
mempertahankan kepentingan British di benua India, melindungi jalan
perdagangan di antara India dengan China bagi kepentingan perdagangan candu
dan teh,serta memperluaskan peluang perdagangan di kepulauan Tanah
Melayu. Namun, keadaan persekitaran di Tanah Melayu telah memaksa British
untuk mengubah dasarnya. Oleh itu, pelbagai taktik digunakan demi
memperluaskan kepentingan British di Tanah Melayu. Tipu muslihat, paksaan
dan manipulasi politik digunakan untuk memperolehi sebahagian semenanjung
Tanah Melayu. Dalam usaha British untuk memperluaskan kuasanya di Tanah
Melayu terdapat beberapa perjanjian yang dimeterai. Melalui perjanjian-
perjanjian yang dibuat telah menjadikan British sebagai kuasa tunggal di Tanah
Melayu. Esai ini akan membincangkan sejauhmana British boleh menjadi kuasa
tunggal melalui perjanjian-perjanjian yang dimenterai antara pihak British
dengan pemerintah di Tanah Melayu.

1(b) Filipina
Pada 1521, ekspedisi penjelajah Portugis Ferdinand Magellan tiba di Filipina,
Orang Filipina pada zaman tersebut menggagap Magellan seperti tuhan mereka
iaitu jesus jadi mereka melayan dan menggapnya sebagai tuhan.Selepas itu,
Magellan terjumpa emas dan memberitahu Raja Portugis.Magellan bersama2
tenteranya menggugut orang Filipina untuk menggadaikan emas untuk nyawa
mereka.Kemudia kesemua emas itu dibawa ke portugis.Magellan akhirnya telah
dibunuh oleh Lapu2

2(a)

- Raja Mongkut telah melakukan pembaharuan dari segi politik dan sistem
pentadbiran, beliau telah melaksanakan beberapa pembaharuan politik
terutamanya dalam hubungan Siam dengan kuasa-kuasa barat. Mongkut telah
menamatkan dasar isolasi (tutup pintu) oleh raja-raja Siam sebelum ini.
Sebaliknya, dia telah melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat
agar ekonomi dapat ditingkatkan. Orang barat dibenarkan untuk berdagang di
dalam Siam. Mongkut membawa perkara ini kerana dia yakin sekiranya Siam
masih meneruskan dasar isolasi ini kuasa barat akan membuka Siam secara
paksa. Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah,
Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britain dilantik
untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pegawai tadbir kerajaan
dilantik berdasarkan peperiksaan. Hal ini dapat melicinkan pentadbiran. Kuasa
Barat tidak berpeluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara Thai.

Raja Chulalongkorn telah menukar sistem pemerintahan beraja mutlak kepada


sistem raja berrperlembagaan. Baginda dapat menggagalkan peluang kuasa
Barat menggulingkan raja berkuasa mutlak.
Raja Chulalongkorn juga berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
Baginda telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Hal ini menyebabkan
baginda dapat mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap kerabat diraja yang
menguasai politik negara.

3(a)

- Tidak, kerana menyebabkan pemikiran masyarakat akan menjadi lembap


kerana rakyat sering dikerahkan dan ditindas untuk pembangunan
ekonomi barat dan bukannya pembangunan rakyat tempatan. Selain itu,
kedudukan pemerintah tempatan dan sultan telah tergugat kerana agama
dan adat yang berbeza . Rakyat juga akan terbeban kerana terpaksa
membayar cukai yang baru seperti contoh dalam sistem Encomienda.
Juga, pengaruh pembesar dan raja telah dikurangkan kerana perlu
menerima nasihat daripada penasihat barat.

4(a)

Kuasa Raja,pembesar dan sultan semakin berkurang dan menyebabkan hak


ketua dan pemimpin tidak akan diiktiraf kerana system birokrasi ini hanya
mementingkan ekonomi barat sahaja.Sistem birokrasi akan mengubah
segalanya dalam pentadbiran tradisional seperti menekankan konsep sama rata
dan adil kepada semua masyarakat.Seperti cth,Yang kaya akan tetap kaya dan
yg miskin akan tetap miskin.

5(a)
- Perkembangan nasionalisme di asia tenggara telah disumbang
kebanyakannya daripada golongan intelektual dan akhbar atau majalah
yang disebarkan. Contoh, intelektual berpendidikan agama. Tokoh-tokoh
agama berjaya membangkitkan idea atau pencetus kepada kebangkitan
semula rakyat dengan adanya usaha seperti mewujudkan penubuhan
atau organisasi adanya gerakan-gerakan tertentu dan adanya madrasah
ilmu untuk mendidik. Bagi intelektual berpendidikan inggeris. Maktab
College Kuala Kangsar telah ditubuhkan bagi memperkasakan bahasa.
Banyak golongan intelek yang lain dilahirkan daripada situ. Bagi
intelektual melayu, wujudnya Maktab Perguruan Sultan Idris. Adanya
Pejabat karang-mengarang dan ketua penterjemah Za’ba. Bagi penulisan
pula, apabila adanya akhbar atau majalah yang disebarkan dengan
menyuntik semangat apabila masyarkat membacanya telah membantu
kepada perkembangan nasionalisme.

6(a)

- Apabila adanya sistem pembesar empat lipatan yang membuatkan


pentadbiran kerajaan lebih sistematik dan terurus. Bagi melicinkan urusan
pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu
sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar
Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada
kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka.
Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan.
Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai
Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu
oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh
Dua. Selain itu, undang-undang yang bersifat serampang dua mata iaitu
bukan sahaja menghukum malah memberi pengajaran dan kesedaran
kepada masyarakat. Undang-undang yang adil ini telah menjamin
keselamatan dan kesejahteraan rakyat juga kemakmuran negara. Contoh
undang-undang adalh seperti hukum kanun melaka dan juga undang-
undang laut melaka.

7(a)

-Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan
atau program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati
prinsip Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh
menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.Hal
ini bertujuan untuk memastikan masyarakat mengetahui tentang kepentingan
Rukun Negara dan menghayatinya. Ibu bapa juga bertanggungjawab mendidik
anak – anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara.
Hal ini bagi memastikan anak – anak faham dan patuh serta menghayati Rukun
Negara sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata pepatah ‘kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya.Hal ini penting supaya anak – anak
dapatmengetahui tentang prinsip rukun Negara dan mesti mengetahui untuk
hayatinya. Masyakat patriotik bermula dari kanak kanak. Kerajaan
sememangnya mempunyai tanggunjawab yang besar bagi memastikan rakyat di
neagar ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Kerajaan boleh
mengambil inisiatif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun
Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.Hal
ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat tentang peri
pentingnya rukun negara dalam kehidupan mereka sentiasa mekar dan subur
dalam jiwa mereka.

Anda mungkin juga menyukai