Anda di halaman 1dari 8

KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN

Spesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu
sama lain. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk
meneruskan hidup dalam keadaan susah dan merbahaya. Setiap haiwan
mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
Haiwan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara:
1. Menjaga dan melindungi telur dan anaknya
2. Bertelur dengan banyak
MENJAGA DAN MELINDUNGI TELUR DAN ANAKNYA
Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan
anaknya. Cara-cara haiwan menjaga telur dan anaknya adalah seperti berikut:

MENJAGA TELUR DAN MELINDUNGI TELUR SETIAP MASA


Terdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya
atau anaknya apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.

MENYEMBUNYIKAN TELURNYA
Haiwan seperti penyu akan ke pantai untuk bertelur. Penyu akan menggali
lubang dan bertelur terus ke dalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk

menyembunyikan telurnya di dalam pasir. Apabila telur tersebut menetas,


anak - anak penyu tersebut akan kembali semula ke laut. Buaya pula
menimbus telur-telurnya dalam pasir di tepi sungai dan sentiasa menjaga
telur-telurnya daripada ancaman musuh. Apabila telur-telurnya menetas,
buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.

Contoh lain pula ialah haiwan seperti belalang yang bertelur di dalam tanah,
siput babi yang bertelur di celah batu dan rama-rama yang bertelur di
permukaan daun.

BERTELUR DI DALAM SARANG


Untuk menjaga telur dan mengelak gangguan musuh, ada juga haiwan yang
bertelur di dalam sarang atas pokok. Burung bertelur tinggi di atas pokok bagi
mengelakkan telurnya diganggu musuh. Burung mengeramkan telur-telurnya
sehingga menetas dan anak-anak burung yang baru menetas dilindungi dan
diberi makanan sehingga boleh berdikari.

MEMBAWA TELUR
Terdapat haiwan yang membawa telurnya. Haiwan yang membawa telurnya
ialah seperti udang, kala jenking dan labah-labah. Labah-labah membawa
telurnya di dalam uncang/kantung dibawah badannya. Uncang ini sentiasa
dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat. Ini sama
seperti kala jenking yang membawa telur-telurnya dan anak yang baru
menetas di atas badannya selama beberapa hari.

TELUR DENGAN CIRI-CIRI KHAS


Terdapat juga haiwan yang haiwan yang menghasilkan telur dengan ciri-ciri
khas. Contohnya:

Telur yang mempunyai cengkerang yang keras. Contoh: Telur burung

kasawari, ayam dan itik.


Telur yang diselaputi jeli yang berlendir. Contoh: Telur katak dan siput

babi.
Telur yang disimpan dalam kampit telur atau ucang di badan. Contoh:

Telur lipas .
Telur yang disimpan dalam ucang di badan. Contoh: Telur labahlabah.

Telur yang melekat kuat pada permukaan daun. Contoh: Telur rama-

rama.
Telur yang dilindungi oleh sarung: Contoh: Telur belalang.

BERTELUR DENGAN BANYAK


Haiwan juga memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara bertelur
dengan banyak. Haiwan-haiwan seperti penyu, katak, rama-rama dan ikan
adalah contoh haiwan yang bertelur dengan banyak.
Penyu
Penyu bertelur banyak dengan banyak. Setelah bertelur, penyu akan
menyembunyikan dengan cara menimbus telur dengan pasir. Telur penyu
dilindungi oleh cengkerang yang nipis.

Katak
Katak bertelur banyak di dalam air. Telurnya diselaputi lendir yang berbau
busuk. Ini untuk menghalang daripada musuh untuk mendekatinya dan
memakan telur tersebut.

Rama-rama
Rama-rama pula bertelur banyak pada permukaan daun. Telur ini melekat kuat
pada daun untuk melindungi telur daripada musuh.

Ikan
Ikan bertelur banyak di celah-celah rumpai air/ batu karang.Ini dapat
melindungi telur daripada musuh. Sesetengah ikan memasukkan telur/ anak
dalam mulutnya.

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada ibu saya, Puan Zuhaira binti

Zainordin yang banyak membantu saya mencari maklumat dalam menyiapkan


tugasan ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan
Norhashimah binti Ahmad atas segala tunjuk ajar yang diberikan.

HAIWAN YANG BERTELUR

Anda mungkin juga menyukai