Anda di halaman 1dari 14

ST JOHN AMBULANS

TEMA : “PANDEMIK COVID-19’’

NAMA : YONG HUI JUN


KELAS : TINGKATAN ENAM 6SS1-2/3

KANDUNGAN
TEMA : “PANDEMIK COVID-19”
KANDUNGAN MUKA SURAT (PAGE)
PENGENALAN 1
PUNCA-PUNCA 2
KESAN-KESAN 3-4
LANGKAH PENCEGAHAN 5-6
APLIKASI “MySEJAHTERA” 7-8
PENGAMBILAN VAKSIN 9-11

by Unknown Author is licensed under

1.0 PENGENALAN
PANDEMIK COVID- 19
 Dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus iaitu pandemik penyakit
koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom
pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).

 Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya
Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) pada 11 Mac 2020.

Pandemik
- kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia

-merentasi wilayah & melibatkan populasi yang besar

-kebiasaanya melibatkan jangkitan penyakit baharu

-melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat

-melibatkan sebaran yang pantas & menyebabkan kadar kematian yang tinggi

Coronavirus
-Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran

pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome

coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV).

Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).

PAGE-1
2.0
PUNCA-PUNCA
Punca-punca asas,
 Cara utama penularan adalah melalui titisan pernafasan dari individu yang
dijangkiti di mana mereka bersin atau batuk atau menghembuskan nafas.

 Pegawai-pegawai di Shanghai mengesahkan beberapa mod penularan, termasuk


penularan secara langsung, penularan melalui sentuhan, dan penularan melalui
aerosol.
 Penularan melalui sentuhan dan aerosol terjadi apabila seseorang menyentuh
permukaan yang tercemar dengan titisan pernafasan dan penyedutan udara yang
tercemar dengan titisan pernafasan.

Punca-punca lain,
 Sebahagian rakyat tidak
mamatuhi SOP
- Tidak memakai penutup
mulut dengan cara yang
betul
-Tidak mengamalkan
penjarakan sosial iaitu 1
meter.
-Tidak mengamalkan amalan “Stay at home” pada masa yang
diperlukan

Status Kes Covid-19 Di Malaysia Pada Tahun 2020

Status Kes Covid-19 Di Malaysia Pada Tahun


2021

Punca-punca tersebut telah menyebabkan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat.


PAGE-2
3.0 GEJALA-GEJALA COVID-19
TANDA-TANDA
Demam
Batuk kering
Keletihan
Kesukaran bernafas
Sakit sendi dan otot
Sakit tekak
Sakit kepala
Kesejukan
Mual dan muntah
Hidung tersumbat
Ciri-birit

 Gejalanya tidak spesifik dan mereka yang dijangkiti sama ada boleh asimtomatik atau
mengalami selesema seperti demam, batuk, keletihan, sesak nafas dan sakit otot.

 Perkembangan selanjutnya boleh membawa kepada radang paru-paru yang teruk,


sindrom kesusahan pernafasan akut, sepsis, kejutan septik dan kematian.

 Sesetengah daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala klinikal. Jadi,
nasihat diberikan bahawa orang yang mempunyai hubungan rapat dengan orang
yang dijangkiti dan disahkan harus dipantau dan diperiksa dengan teliti untuk
mengesahkan jangkitan.

 Tempoh inkubasi yang biasa adalah empat belas hari.

PAGE-3
4.0 KESAN-KESAN LAIN

PENANGGUHAN & PEMBATALAN SECARA


GANGGUAN KEBUDAYAAN, KEAGAMAAAN DAN
SOSIOEKONOMI KESUKANAN / MURID-MURID TERPAKSA
GLOBAL BELAJAR DARI RUMAH BERSAMA BIMBINGAN
PARA GURU SACARA ATAS TALIAN

KETAKUTAN YANG MELUAS DALAM


KEKURANGAN BEKALAN YANG TELAH TEORI MAKLUMAT
MENDORONG PEMBELIAN PANIK PALSU & TEORI
PADA PERMULAANYA KONSPIRASI
MENGENAI VIRUS ITU

PAGE-4
5.0 LANGKAH PENCEGAHAN
1. SEKATAN PERJALANAN
2. KUARANTIN
3. PENANGGUHAN DAN PEMBATALAN ACARA
4. PENUTUPAN KEMUDAHAN

TEMPOH & PROSES


KUARANTIN
DIJALANKAN

LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI DIRI ANDA & ORANG LAIN DARIPADA


NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)

1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi

- kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau pencuci tangan (hand sanitizer)

2. Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini (jika perjalanan tidak
dapat dielakkan)

- memakai penutup mulut & membawa hand sanitizer

- elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai

- mengamalkan amalan jarak sosial satu meter

- elakkan dari makan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak masak dengan sempurna

- elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup atau menyentuh
sabarang jenis haiwan di kawasan luar

PAGE-5
SAMBUNGAN…

3. Segera mendapatkan rawatan perubatan jika jatuh sakit & maklumkan mengenai sejarah
perjalanan berkenaan kepada doctor yang merawat

4. Elakkan 3S
- tempat yang SESAK
- tempat yang SEMPIT & tertutup
- berSEMBANG dekat-dekat
PAGE-6
7.0 APLIKASI “MYSEJAHTERA”
DEFINISI
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk
membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan
membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama,
ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk
mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:


 Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan
seterusnya menangani wabak COVID-19
 Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka
sepanjang penularan wabak COVID-19
 Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan
yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
 Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat
untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?


-Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik

-Majlis Keselamatan Negara (MKN)

-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

-Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


PAGE-7
SAMBUNGAN…
MySejahtera Check-In

Apa itu MySejahtera Check-In?


MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia
memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula
Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di
Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam


dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera
pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi
tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Pengimbas Kod QR MySejahtera


MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di
mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan
tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan
perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

 Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera


 Pengesahan dibenarkan masuk ke premis

Program ePENJANA
DEFINISI

Satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), yang bertujuan untuk
menggalakkan perbelanjaan pengguna.

TUJUAN
 Menggalakkan amalan keselamatan melalui pembayaran tanpa sentuh dan
membantu pihak kesihatan awam menjalankan pengesanan kontak rapat untuk
mengawasi penularan COVID-19 melalui penggunaan aplikasi MySejahtera.

MAKLUMAT LANJUT

 Setiap pemohon mesti muat turun, berdaftar dan menggunakan aplikasi Mysejahtera
untuk membantu Kerajaan mengurus penularan COVID-19. Sila kemaskini maklumat
peribadi dan pastikan nama dan nombor kad pengenalan anda adalah betul.
 Pengguna boleh memohon bantuan ePENJANA melalui tiga e-Wallet terkemuka,
sama
ada Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet.

PAGE-8

8.0 PENGAMBILAN VAKSIN


APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?
Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin

ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan

seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak
menerima

vaksinasi.

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA?


Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran CanSino
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

PANDUAN MENDAFTAR VAKSINASI


PILIHAN 1
Muat turun dan daftar melalui aplikasi MySejahtera
PILIHAN 2
Daftar untuk vaksinasi anda di laman web
PILIHAN 3
Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan

PAGE-9

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19?


 ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19?
Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima.
Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.

 APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN


VAKSIN COVID-19?
Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:
1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.
2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera
sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID-19:
• Kesukaran bernafas
• Pembengkakan muka, bibir dan tekak
• Denyutan jantung yang sangat cepat
• Ruam teruk timbul di seluruh badan
• Merasa pening dan lemah tubuh badan
3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah
pencegahan penyakit COVID-19.
4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda
mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu
mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-


19 ?
Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan
bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan
meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan
dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan
kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walau bagaimanapun, pada masa
ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19?


Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat
sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:
• sakit di tempat suntikan; penat (tiredness); sakit kepala;sakit otot; menggigil; sakit sendi; demam;
pembengkakan di tempat suntikan;kemerahan di tempat suntikan; loya; merasa tidak sihat;
pembengkakan kelenjar limfa; dan kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari
semasa ke semasa.Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 boleh
menyebabkan reaksi alahan yang teruk.

PAGE-10

 APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN


SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor

ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan

kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan boleh berlaku.


PAGE-11 TAMAT

Anda mungkin juga menyukai