Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 3 : CERPEN HIPERTENSI ( 9 MARKAH)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

1. Jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri berdasarkan petikan cerpen di
atas.
i) Berdasarkan petikan, nyatakan bukti bahawa Aiman Aqil merupakan seorang budak yang
genius.
Aiman Aqil dikatakan genius kerana dia sudah dapat mencipta formula sendiri walaupun baru
berusia lapan tahun. Dia juga mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan lima.

Jumlah markah: /2

ii) Gejala ponteng kelas sering berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
untuk menangani kes ini?

MARKAH KETERANGAN
3  Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
2  Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
1  Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
0  Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat tidak gramatis
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk

menangani kes ini ialah :

1) Pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pelajar yang


ponteng kelas.
2) Kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar yang ponteng
kelas.
3) Pihak sekolah perlu memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa untuk
sama- sama menyelesaikan masalah.

(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)


Jumlah markah: /3

iii) Huraikan satu watak Aiman Aqil yang terdapat dalam petikan dan satu watak yang

terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Satu perwatakan Aiman Aqil yang terdapat dalam petikan ialah :


1) Seorang yang suka menyakat orang lain. Contohnya, Aiman selalu merayau di
dalam kelas dan menyakat rakan-rakannya sehingga dia diberikan amaran oleh
Cikgu Faridah.
Satu perwatakan lain Aiman daripada keseluruhan cerpen tersebut ialah :
1) Seorang murid yang pintar dalam pelajaran. Contohnya, Aiman sangat pintar
dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.
2) Seorang yang gigih berusaha. Contohnya, Aiman gigih memanjat pokok kelapa
hingga sampai ke puncak.
3) Seorang yang insaf atas kesilapan diri. Contohnya, Aiman insaf akan
kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi.
4) Seorang yang suka memberontak terhadap suasana persekitarannya.
Contohnya, Aiman akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya.
5) Seorang pendendam . Contohnya, Aiman menyimpan dendam terhadap
bapanya yang sering merotan dan menamparnya.

(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)


Jumlah markah: /4

Anda mungkin juga menyukai