Anda di halaman 1dari 6

JENIS-JENIS

AYAT

Praktis 1

Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

1. Murid yang miskin itu sudah diberikan biasiswa.

2. Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu?

3. Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.

4. Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!

5. Jangan memuji saya berlebih-lebihan.

6. Syabas, teruskan usaha murni awak!

Praktis 2

Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat perintah tersebut
ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat permintaan atau ayat silaan.

1. Usahlah menangis lagi, Ani. saya pasti adik awak akan selamat.

2. “Tolong basuh sayur-sayuran di atas sinki itu,” kata kakak.

3. “Sila lengkapkan borang ini dengan butiran peribadi,” kata kerani itu.

4. “Jemput makan kuih itu, kawan-kawan,” kata Ayuni.

5. “Jangan berpeluk tubuh sahaja. Bantulah mereka mencuci pinggan itu,” kata Sayuti.

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram Study Group Bahasa Melayu: @malaylinguist
1
6. “Minta semua calon UPSR membaca soalan dengan telitinya,” kata Ketua Pengawas itu.

7. “Tolong berikan wang ini kepada kakak awak,” kata Ayu.

8. “Silalah duduk, datuk. Nanti saya ambilkan air,” kata Mastura.

9. “Jangan sepak tong sampah itu,” kata emak kepada budak itu.

10. “Usahlah kamu kenangkan lagi peristiwa itu, Dollah,” kata Mamat.

Praktis 3

Tukarkan ayat penyata kepada ayat seruan.

1. Pemain gitar utama kumpulan itu sangat hebat.

2. Susahnya hidup Pak Samat yang sebatang kara ini.

3. Awak telah dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah kita.

4. Terimalah tumbukan daripada tangan kananku ini.

5. Hairi rupanya yang membuat persembahan.

6. Ambillah wang ini untuk membeli baju raya.

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram Study Group Bahasa Melayu: @malaylinguist
2
Praktis 4

Dengan berdasarkan petikan di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang
berhuruf condong dalam ayat-ayat yang bergaris.

(1) Sejak zaman-berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita
mempunyai tanah yang luas dan subur. (2) Namun demikian, masalah yang kita hadapi ialah
kita tidak berupaya untuk memperoleh hasil yang lumayan. Pembangunan negara kita agak
perlahan. Dalam hal ini, kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti Jepun dan
Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan demikian? Sampai
bilakah kita harus meminta-minta? (3) Kita harus belajar daripada sejarah untuk mencapai
kemajuan yang pesat. Lihatlah negara-negara maju di dunia seperti Jepun dan Korea. (4)
Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia. (5) Negara
Jepun menjadi negara maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak
langkah Jepun dalam bidang perindustrian. Oleh sebab itu, (6) untuk mempercepat
pembangunan negara, kita harus beranjak daripada negara pertanian kepada negara
perindustrian.

Abdul Ghalib bin Yunus,


Fail Pengarang 2021

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram Study Group Bahasa Melayu: @malaylinguist
3
Praktis 5

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong dalam ayat-ayat yang bergaris.

Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak. Beliau mula
mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun. Ayahnya, Lee Ah Chai sering membawanya
ke gelanggang badminton. Gaya permainan Datuk Lee Chong Wei mendapat perhatian
seorang jurulatih tempatan lalu meminta izin daripada ayahnya untuk menjadikan Datuk Lee
Chong Wei anak didiknya. Tidak lama kemudian, Datuk Lee Chong Wei menjadi perhatian
jaguh badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang bertanggungjawab membawa beliau
menyertai Pasukan Kebangsaan pada usia 17 tahun. Selama 19 tahun berkecimpung dalam
arena badminton, beliau telah memenangi tiga pingat perak dalam Sukan Olimpik.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Noktah Seorang Legenda”
oleh Ku Seman Ku Hussain,
Dewan Masyarakat, Bil. 9/ 2019

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram Study Group Bahasa Melayu: @malaylinguist
4
Jawaban

Praktis 1

1. Ayat penyata
2. Ayat tanya
3. Ayat penyata
4. Ayat seruan
5. Ayat perintah
6. Ayat seruan

Praktis 2

1. Ayat larangan
2. Ayat permintaan
3. Ayat silaan
4. Ayat silaan
5. Ayat larangan
6. Ayat permintaan
7. Ayat permintaan
8. Ayat silaan
9. Ayat larangan
10. Ayat larangan

Praktis 3

1. Wah, pemain gitar utama kumpulan itu sangat hebat!


2. Aduhai, susahnya hidup Pak Samat yang sebatang kara ini!
3. Syabas, awak telah dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah kita!
4. Cis, terimalah tumbukan daripada tangan kananku ini!
5. Oh, Hairi rupanya yang membuat persembahan!
6. Nah, ambillah wang ini untuk membeli baju raya!

Praktis 4

1. Sejak zaman-berzaman, mengapakah negara kita bergantung pada sumber pertanian?


2. Namun demikian, apakah masalah yang kita hadapi?
3. Mengapakah kita perlu belajar daripada sejarah?
4. Bilakah Jepun bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia?
5. Negara Jepun menjadi negara maju dalam bidang apa?
6. Mengapakah kita harus beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian?

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram Study Group Bahasa Melayu: @malaylinguist
5
Praktis 5

1. Di manakah Datuk Lee Chong Wei dilahirkan?


2. Bilakah Datuk Lee Chong Wei mula mempelajari badminton?
3. Siapakah yang bertanggungjawab membawa Datuk Lee Chong Wei menyertai Pasukan
Kebangsaan?
4. Pada usia berapakah Datuk Lee Chong Wei menyertai Pasukan Kebangsaan?
5. Berapa lamakah Datuk Lee Chong Wel berkecimpung dalam arena badminton?
6. Berapakah jumlah pingat perak yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan
Olimpik?

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram Study Group Bahasa Melayu: @malaylinguist
6

Anda mungkin juga menyukai