Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A

[35 markah]

Soalan 1 - Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja aktif
transitif dan dua kata berimbuhan apitan. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Penyalahgunaan dadah telah terbukti memusnahkan kehidupan individu dan


membawa kesengsaraan kepada seluruh sistem keluarga, masyarakat dan
negara. Kemusnahan ini berlaku dalam bentuk terancang dan perancangan
ini dilakukan oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan semata-mata
daripada dagangan dadah dengan menjadikan remaja sebagai kumpulan
sasaran.

(Dipetik daripada :
‘Dadah Membunuh Masa Hadapan Negara’
Oleh Muhammad Helmi Ibrahim, Dewan Siswa,
Bil. 11/2017)

(8 markah)
Soalan 2 - Sintaksis

Baca perikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Sukan air dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Kebanyakan sukan air ini
melibatkan kemahiran menggunakan peralatan. Peserta mestilah mematuhi arahan
yang diberikan. Aspek keselamatan perlulah diutamakan. Bagi sukan air secara
berkumpulan, berada di dasar laut dalam adalah sangat menyeronokkan. Kita dapat
menyemai sikap saling mempercayai dan persefahaman dalam aktiviti ini. Banyak
lagi nilai murni lain yang dapat diterapkan antaranya termasuklah keberanian dan
yakin diri.

1
(6 markah )
Soalan 3 - Penyuntingan

Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa.


Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menulis
kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membua pembetulannya. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Beberapa negeri-negeri sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir


yang dijangka akan berlaku lebih awal tahun ini. Kedah dan kelantan
sudah bersedia dengan segala kelengkapan dan eset untuk berdepan
risiko banjir. Tindakan ini disokong oleh kenyataan yang Jabatan
Meteorologi buat bahawa berkemunkinan banjir berlaku lebih awal.
Realitinya, beberapa kawasan di Kedah sekarang sering berlaku hujan
lebat. Oleh itu, petugas-petugas yang berpengalaman dengan banjir
mesti di kerah lebih awal kerana banjir yang berlaku boleh
menyebabkan kehilangan nyawa.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Persediaan Awal Hadapi Banjir’,
Utusan Malaysia, 18 Oktober 2016.

(6 markah)

Petikan 2

Amalan rumah terbuka merupakan keunikan yang hanya ada di Malaysia dan tidak
ada di negara lain. Tradition ini perlu diteruskan dan perlu menjadikan contoh kepada
generasi baru. Semasa rumah terbuka, pelbagai juadah dihidangkan seperti sate, nasi
himpit, tosai, kuih sepit, dan sebagainya. Melalui rumah terbuka, masyarakat berbilang
bangsa di Negara kita dapat merasakan juadah yang dihidangkan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘budaya Unik rumah


Terbuka Diteruskan’, Berita Harian, Julai 2015.

(5 markah)

2
Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Di Raja
dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja;
maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Shah, “Mahukah Seri Nara
Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
Dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 Markah]
Soalan 5 - Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang
sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut

Aku mendongak mencari sinar harapan. Dalam apa-apa perniagaan, pencarian


ilmu harus didahulukan. Pembacaan buku-buku serta sumber internet harus
didahulukan. Pembacaan buku-buku serta sumber internet dan kursus yang
dianjurkan oleh kakitangan perhilitan membekalkan banyak inspirasi. Ilmu akan
membentuk keyakinan. Melalui ilmu dan keyakinan itulah kita akan menjadi lebih
tekad untuk berjaya.
Kini, hampir 13 tahun aku bergelumang dalam perniagaan ini. Berkat kesabaran,
aku mempunyai 15 buah rumah burung walit. Setiap rumah burung walit mampu
mengeluarkan antara 10 hingga 15 kilogram sarang burung walit sebulan.

[4 Markah]

3
Bahagian B : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 6 - Petikan umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan1

Kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kecergasan dilihat memberi


impak positif kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas.
Kefahaman dan kesedaran dalam menjaga kesihatan agar kekal sihat menjadi faktor
utama orang ramai yang mula mencari ruang untuk bersenam. Dalam soal
penjagaan kesihatan, kita perlu bersederhana iaitu jangan terlalu memaksa diri. Kita
juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pengawalan pemakanan juga
penting bagi menjadikan tubuh seseorang itu ideal dan mudah menjalankan
pelbagai aktiviti terutama senaman yang mampu menyihatkan badan. Orang ramai
juga perlu sentiasa berfikiran positif supaya dapat mengurangkan tekanan yang
dialami. Tidak dinafikan bahawa semua orang berdepan dengan tekanan sama ada
kecil ataupun besar tetapi tekanan ini boleh dikurangkan sekiranya kita sentiasa
berfikiran positif dan mendekatkan diri dengan individu yang berfikiran positif.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Ubah gaya hidup lebih sihat’
Sinar Harian, 21 Februari 2020

Bahan 2

Gaya hidup memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian sebagai langkah
menjaga kesihatan diri. Selain mengamalkan pemakanan mengikut piramid
makanan, kita juga perlu melakukan senaman dengan kerap. Pakar kesihatan sering
mengesyorkan pengambilan lapan gelas air sehari bagi memastikan tubuh badan
kekal hidrat. Namun demikian, jumlah pengambilan air sebenarnya berbeza
mengikut usia, tahap aktiviti dan keadaan kesihatan seseorang. Bagi penggemar
minuman berkafein seperti kopi atau teh, anda seharusnya mengetahui kafein
mempunyai ciri diuretik yang menggalakkan pembuangan air kecil. Oleh itu,
pengambilan air penting untuk menghidratkan semula tubuh badan. Menurut satu
kajian tempatan, sembilan daripada sepuluh rakyat Malaysia mengalami satu atau
lebih masalah tidur. Pakar berkata, masalah tidur telah meningkat pada tahun 2020
apabila konsep bekerja dari rumah menjadi kebiasaan baharu. Sehubungan dengan
itu, kita haruslah mendapatkan tidur yang cukup.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Ubah gaya hidup dengan penghidratan, rehat cukup’
Berita Harian, 11Januari, 2021

4
i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud impak positif.
[2 markah]

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan langkah-
langkah-langkah menjaga kesihatan diri.
[3 markah]
iii) Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab harian kesihatan diri perlu
diambil perhatian. Kita sering kali beranggapan cukup sihat dan tidak perlu
menjalani pemeriksaan kesihatan kerana yakin tidak menghadapi sebarang
masalah kesihatan.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan melakukan pemeriksaan
kesihatan secra berkala?
[3 markah]

iv) Anda mempunyai seorang rakan yang sering makan makanan segera. Boleh
dikatakan hamper setiap hari dia membeli makanan segera di restoran
makanan segera kerana menurutnya makanan tersebut lebih sedap dan mudah
diperoleh.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah saranan yang dapat anda berikan
kepada rakan anda itu tentang keburukan makanan segera?
[4 markah]

Soalan 7 - Petikan Sastera


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Saudagar Burung Walit
Aku hampir gagal. Cukup aku beritahu bahawa kegagalan itu kerana rumah burung
walit tersebut tidak disinggahi burung walit sejak dibina. Puncanya tidak lain kerana

5
perakam suara burung walit dan kemudahan bekalan elektrik. Dalam diam aku
mengakui betapa ceteknya ilmu pengetahuan aku tentang bidang ini. Situasi yang
amat perit, mengecewakan dan mengundang putus asa menyebabkan aku hampir
gulung tikar. Bukan mudah untuk aku meraih keyakinan jawatankuasa pemilihan di
agensi kewangan ketika ingin mendapatkan bantuan modal. Bersungguh-sungguh aku
berhujah bahawa akulah bumiputera yang berupaya mendepani cabaran dalam bidang
ini.
Ternyata matahari tidak selalunya cerah. Faktor persaingan yang sengit pula
menghimpit. Di tanah kelahiranku sendiri terdapat 300 buah rumah burung walit yang
diusahakan oleh warganegara dan dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebanyak 70
peratus pengusaha rumah burung walit di negeri ini berakhir dengan kegagalan.

( Dipetik daripada cerpen ‘Saudagar Burung Walit’


Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan 2
Sajak Usahawan
Usahawan hanya manusia biasa
Tapi luar biasa kerjanya
Ketabahannya tindakannya
Luar biasa mindanya

Hidup jiwanya bersama usahawan


Fikir kejayaan fikir strategi
Fikir kelemahan diri
Bukan mencari kelemahan orang lain

Masa menyusun, merancang dan mengatur


Tidak takut dengan persaingan
Kerana sentiasa bersedia
Tetapi pesaing yang takut usahawan
Kerana mereka hanya gimik semata

6
Istilah gagal dan putus asa
Tiada dalam kamus usahawan
Di balik gagal ada kejayaan
Putus asa pintu kekufuran

Tn Hj Ismail b Ahmad
Kuala Lumpur

(i) Berdasarkan bahan 1, nyatakan maksud mendepani cabaran .


[2 markah]
(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan faktor-faktor kejayaan seseorang
usahawan.
[4 markah]
(iii) Perniagaan merupakan salah satu bidang yang kian mendapat tempat dalam
kalangan rakyat Malaysia pada hari ini.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan seterusnya bergelar seorang
usahawan?
[4 markah]

(iv) Kakak Ahmad sangat meminati perniagaan pakaian terpakai dan bercadang
untuk melaksanakan perniagaan tersebut bersama-sama rakannya. Namun,
kakak Ahmad tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakan
perniagaan tersebut.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu Kakak
Ahmad menyelesaikan masalah ini ?
[4 markah]

7
Soalan 8 - Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Masih pagi lagi. Pokok getah yang daunnya sudah gondol masih
ditoreh orang. Pada musim hujan seperti ini, kesempatan untuk menoreh boleh
dihitung dengan jari. Dalam seminggu cuma dua atau tiga hari. Tanpa hujan,
meskipun titisan getah berkurangan, bagi pak tani tiada pilihan lain. Dihadap
juga pokok tua itu.
Inilah wajah kampungku. Di sinilah aku dilahirkan. Hajat di hati ini
hendak mengubah keadaan. Dengan meninggalkan bangku sekolah, adakah
tercapai impian? Dia terus berfikir. Kaki terus melangkah.
Sakit emak entah bila akan sembuh. Abah pula, mungkin sahaja sehari
dua lagi akan keluar dari hospital tetapi tidak akan mampu untuk terus bekerja.
Jika abah tidak bekerja, siapa yang akan membiayai makan dan minum serta
perbelanjaan harian? Malah bagaimana hendak menyediakan wang sebanyak
RM15 000.00 yang diinginkan oleh Nek Kiah?
“Kak, enat…!”
Dahlia tidak sampai hati membiarkan adiknya berjalan terkial-kial. Mahu
cepat menjadi lambat. Didukung adiknya itu.

( Dipetik daripada Novel Songket Berbenang Emas


Karya khairuddin Ayip )

(i) Nyatakan apakah yang sedang difikirkan oleh Dahlia?

[4 markah]

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karyaAbdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

(ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menunjukkan ketabahan watak utama.

8
[6 markah]

Bahagian C : Rumusan
[30 markah]

Bahan 1: Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Bahan 1
Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan satu daripada
kegiatan ekonomi negara yang penting. Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
yang juga dikenali sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terdiri
daripada beberapa sektor utama, iaitu sektor Pembuatan, Perkhidmatan,
Pembinaan, Pertanian dan Perlombongan & Pengkuarian. Pembangunan
PKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi membolehkan Malaysia
muncul sebagai Negara perindustrian yang dinamik. Perkembangan PKS
amat penting dalam konteks pembangunan negara. Oleh itu, usaha untuk
memajukannya ialah kerajaan memberikan khidmat nasihat dan bantuan
teknikal kepada pengusaha.
DPMM juga melaporkan bahawa 70% daripada jumlah Usahawan
Melayu PKS dijangka tidak mampu bertahan kerana sering menghadapi
persaingan dengan firma-firma besar yang lain. Sehubungan dengan itu,
diharapkan kerajaan dapat membantu usahawan-usahawan PKS dengan
memberikan kemudahan pinjaman dan dana kepada para pengusaha PKS.
Hal ini demikian kerana, sebarang perusahaan yang diwujudkan tanpa
mengira saiz atau kemampuannya akan membuka peluang pekerjaan. PKS di
Malaysia secara khususnya telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan
kepada setiap lapisan masyarakat setempat. Sektor PKS telah menggajikan
seramai 7.3 juta orang atau 48.4% dari keseluruhan jumlah tenaga kerja
negara pada tahun 2019. PKS juga terus berkembang dalam melahirkan
golongan industrialis yang berwibawa. Golongan ini telah memainkan
peranan positif dalam usaha menjadikan Malaysia negara industri setaraf
dengan negara lain.
Usaha untuk memperkasa perkembangan industri PKS ini sejajar
dengan industri lain dengan kerajaan seharusnya mengeksport pelbagai jenis
barangan industri ini agar mampu kekal relevan dalam mendepani era
globalisasi. Hal ini demikian kerana berdasarkan rekod PKS telah
menyumbang kepada ekonomi masyarakat dan juga negara. Oleh itu,

9
Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri, dan diharapkan
agar mampu menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian.

Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Peranan Industri Kecil dan Sederhana


dalam Pembangunan Negara’
oleh Mohd Asri, Dewan Ekonomi 2020.

Bahan 2

Bahan 3
Pantun Majulah PKS

Hendak dulang diberi dulang,


Dulang berisi jambu merah,
PKS maju kekal dijulang,

10
Dengan bantuan juga anugerah.

Baik-baik menanam selasih,


Selasih ditanam oleh si kaya,
Pengusaha PKS jangan disisih,
Dengan usaha ke puncak jaya.

Pemuda ke hutan membawa joran,


Separuh jalan terjumpa beruang,
Kerajaan memberi insentif dan geran,
Agar PKS mampu berjuang.

Tumbuh bunga pohonnya segar,


Disiram, dibaja juga dipantau,
Moga PKS Malaysia kekal mekar,
Jadi sebutan segenap rantau.

Cikgu Zan

11

Anda mungkin juga menyukai