Anda di halaman 1dari 15

ADAPTASI

SAJAK
Kesihatan dan kebersihan

Ahli kumpulan:
Muhammad iskandar bin ismail
Ahmad afiq danish bin ahmad ridzuan
Muhammad ismadi bin razak
Muhammad azim bin mohd Shahfudin
Nurin syuhaidah binti md sham
kandungan
1.kandungan
2.penghargaan
3.pengenalan umum
4.pendahuluan topik
5.tema-kesihatan dan kebersihan
6.bahan 1 - petikan rencana
7.bahan 2 - petikan rencana
8.bahan 3 - pantun
9.bahan 4 - petikan rencana
10.Bahan 5 - cerpen
11.bahan 6 - lirik lagu
12.rasional
13.adaptasi sajak
14.ulasan sajak
11.penutup
Penghargaan
Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya
kami dapat menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester dua 2024. Masa yang diberi
iaitu selama 8 minggu membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Nor
Fudhlani binti Md Sukor selaku pensyarah bahasa Melayu kami kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada kami dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan folio
ini.
Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan pensyarah
memudahkan pelajar untuk bertanya dan maklumat yang berguna. Terima kasih juga
atas dorongan dan teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan
daripada pensyarah sudah pasti kami tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
mengikut masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Pengenalam umum
Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengikut kajian sastera. Pada tafsiran paling umum,
adaptasi didefinisikan sebagai `penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza` atau proses
menulis semula komposisi daripada satu medium kepada satu medium yang lain. Untuk tugasan ini,
adaptasi dibuat berdasarkan tajuk yang dipilih daripda bahan bercetak lain kepada karya sastera iaitu
sajak. Adaptasi ini dibuat dengan cara mengubah, menyesuaikan, dan menukarkan serta
menyelaraskan bahan-bahan tersebut dengan mencipta sesuatu hasil yang baru iaitu sajak
Pendahuluan topik
Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi berdasarkan rencana, cerpen, gurindam dan lirik lagu.
Aspek kajian bahasa berdasarkan kandungan yang terdapat dalam KSKV semesta semasa. Bahan
yang dihasilkan adalah bahan autentik dan karya yang dihasilkan merangkumi aspek-aspek dalam seni
bahasa
Tugasan
Pengkarya Adaptasi - Menghasilka sajak berdasarkan tema yang terdapat dalam bahan yang
dipilih, iaitu berkisar kepada kesihatan dan kebersihan
Tema
Kesihatan dan kebersihan
Bahan 1 rencana
november - bulan
kesedaran kesihatan
lekaki
Bahan 2 r3ncana
memelihara alam
sekitar
Bahan 3 pantun
menjaga kebersihan
diri
Bahan 4 rencana
komitmen kerajaan
terhadap mutu kesihatan
rakyat
Bahan 5 cerpen
kesihatan dan
kebersihan
Bahan 6 lirik lagu : jaga kebersihan

Wahai kawanku
Jaga kebersihan
Hidup akan ceria
Sihat sepanjang masa

Mari kawanku
Cuci tangan kamu
kuman tiada lagi
Tentu kita senang hati

Kawan, oh kawan
Ingat pesan guru
Gosok gigi selalu
Manis senyumanmu

Wahai temanku
Dengar kukhabarkan
Jaga kebersihan
Jaga kesihatan
Rasional

Bahan ini dipilih kerana lebih dekat dengan pelajar yang berada
pada usia remaja. Isu yang dikemukakan dan bahan yang dipilih
berkisar tentang kesihatan dan kebersihan. isu kesihatan dan
kebersihan juga bukanlah suatu isu yang asing malah sering
dibincangkan dalam pelbagai media.
Adaptasi sajak: kesihatan dan kebersihan
Dalam perjalanan kehidupan yang panjang,
Kesihatan bagai permata yang mengilang.
Tumbuhlah kebiasaan hidup sihat,
Sentiasa menjaga tubuh, bukan hanya di waktu malam.

Sarapan pagi dengan makanan berkhasiat,


Buah-buahan warna-warni, sumber nutrisi yang berkat.
Senaman rutin, jangan diabaikan,
Mengalirkan darah, kekuatan tubuh diperkasa.

Istirahat yang cukup, tidur yang berkualiti,


Pulihkan tenaga, bukan hanya kuantiti.
Lawan stres dengan ketenangan jiwa,
Senyuman ikhlas, ubat penawar yang ajaib.

Bukan hanya fizikal, mental perlu dijaga,


Berinteraksi sosial, kongsi cerita yang menggembirakan.
Bekerja keras, tetapi jangan lupa bersantai,
Keseimbangan hidup, kunci kebahagiaan sejati.

Jika ada penyakit, cepat tindakan,


Periksa kesihatan, langkah pencegahan.
Kesihatan bukanlah kekayaan yang dapat dijual,
Hargailah setiap detik, tubuh yang diberikan oleh Ilahi.
Ulasan sajak
1. TEMA
kesihatan
2. MAKSUD
R1- Rangkap tersebut menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam perjalanan hidup yang panjang.
Penekaan diberikan kepada pemeliharaan kesihatan sebagai sesuatu yang berharga dan perlu dijaga dengan
kebiasaan hidup sihat sepanjang masa, bukan hanya pada waktu malam.

R2- Rangkap ini menyuarakan pentingnya amalan kesihatan, merangkumi kepentingan sarapan pagi dengan makanan
berkhasiat dan keberkatan nutrisi dari buah-buahan bewarna-warni. Selain itu, penekanan diberikan pada
senaman rutin yang tidak boleh diabaikan,sebagai cara untuk meningkatkan kekuatan tubuh melalui pengaliran
darah yang efektif.

R3- Rangkap ini menekankan pentingnya istirahat yang cukup dan tidur berkualiti sebagai cara untuk pilih tenaga,
dengan menyoroti bahwa kualitas tidur lebih berharga daripada sekadar jumlah jam. Selain itu,rangkap tersebut
mengajak untuk melawan stres dengan menemukan ketenangan jiwa,serta menganggap senyuman ikhlas
sebagai obat penawar yang ajaib.

R4- Rangkap ini menyampaikan pesan penting mengenai manjaga kesejahteraan mentel selain fizik. Berinteraksi
sosial dan berbagi cerita yang menyenangkan dianggap sebagai aspek penting. Sambil bekerja keras, pesan
tersebut mengingatkan untuk tidak melupakan waktu bersantai, kerana keseimbangan hidup dianggap sebagai
kunci utama untuk mencapai kebahagiaan sejati

R5- Rangkap ini menekankan pentinganya tindakan cepat jika menghadapi penyakit dan mendorong pencegahan
melalui pemeriksaan kesihatan. Penyataan bahwa kesihatan bukanlah kekayaan yang dapat dijual dan mengajak
untuk menghargai nilai tubuh yang dianugerahkan oleh Tuhan, dan menekankan penghargaan terhadap setiap
detik kehidupan.
Ulasan sajak
3..PERSOALAN
persoalan perjalanan kehidupan pelajar dalam menjaga kesihatan diri.
persoalan seseorang perlu menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
persoalan jika seseorang itu menghadapi penyakit perlu mendapatkan rawatan.

4.BENTUK
bebas
5.NILAI
nilai tanggungjawab.
nilai kesedaran.
nilai disiplin.
6.PENGAJARAN
kita hendaklah membuat jadual supaya masa harian kita teratur.
kita mestilah sarapan pada waktu pagi supaya kita mempunyai tenaga bekerja .
kita mestilah mempunyai rehat yang cukup supaya kita dapat menjaga kesihatan mental dan fizikal
dengan baik.
kita perlu melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai waktu rehat.
kita perlulah menghargai tubuh badan yang diberikan oleh Allah.
PENUTUP
Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya
sastera sangat penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana aktiviri ini akan membantu meningkat kemahiran membaca,
memahami dan memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga mampu
mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar dalam berkarya. Oleh itu, pelajar akan
lebih menghargai karya sastera dan menjadi seorang pengarang yang berkualiti
dalam menyampaikan maklumat dan maksud kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai