Anda di halaman 1dari 3

Panduan menulis karangan

Mengisi masa Menambahkan ilmu


lapang pengetahuan

Feadah membaca
Cemerlang Mengetahui isu-isu
dalam semasa
pelajaraan

Pendahuluan:
• Boleh beritahu maksud membaca
• Isu-isu tentang membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua


lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca Jambatan Ilmu

Ayat akhir mesti tulis:


Terdapat banyak feadah membaca.

Penanda wacana Kata kerja Isi Sebab

Antaranya, Kita mestilah

Selain itu, Kita perlulah

Di samping itu, Kita hendaklah

Akhir sekali, Kita boleh

Kesimpulannya/ Kita patulah


Tuntasnya

Penutup:
• Guna perkataan: Kesimpulannya/ Tuntasnya
• Ulang balik tajuk
• Harapan kita
• Peribahasa( ( jika ingat la)

Tuntasnya , kita perlu membaca supaya dapat menjadi murid yang berilmu.
Tema : Kesihatan dan kebersihan

Cara menjaga kesihatan diri

Pada era global hari ini, manusia digalakkan untuk menjaga kesihatan diri badi
mengelakkan penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti penyakit Covid-19
yang berlaku di negara China. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri.

Antaranya, ibu bapa hendaklah memastikan anak mereka makan makanan yang
seimbang dan sihat setiap hari. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada
piramid makanan . Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan vitamin dan khasiat
makanan yang cukup untuk kehidupan harian. Contoh, makanan berkhasiat itu meliputi
buah-buahan, sayur-sayuran, dan susu. Di samping itu, kita mestilah mengurangkan
makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan
penyakit jantung.

Selain itu, kita mestilah melakukan aktiviti senaman dan bersukan setiap hari kerana
senaman menyebabkan kita berpeluh dan membuang bahan toksin badan yang berbahaya.
Oleh itu, kita akan berasa lebih sihat dan bertenaga untuk menjalani kehidupan harian.
Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan doctor sekurang-kurangnya


dua kali dalam setahun. Pemeriksaan ini akan memudahkan doktor untuk mengesan
penyakit ketika berada pada peringkat awal.

Akhir sekali, kita mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup kerana tubuh
badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Tanpa
rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan
semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.

Kesimpulannya, kita perlulah menjaga kesihatan diri dengan baik untuk mengelakkan
penyakit berbahaya. Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.
Kepentingan/kebaikan Menjaga Kesihatan Diri

Marcapada, pada era global hari ini, manusia digalakkan untuk menjaga kesihatan diri.
Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah
seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. Terdapat
pelbagai kepentingan dan kebaikan menjaga kesihtan diri.

Antaranya, kita mestilah menjaga kesihatan supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.
Hal ini kerana badan kita bebas daripada penyakit . Kita juga tidak perlu membazirkan
masa dan wang untuk ke hospital. Bak kata pepatah masa itu emas. Maka, kita mempunyai
masa untuk bersama dengan keluarga.

Selain itu, kita juga dapat melakukan pelbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh,
kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya, kita akan lebih
gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak
sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.  

Di samping itu, kita akan dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan
perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Hal ini kerana,
kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang boleh mengganggu konsentrasi dan focus
seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi. Murid-murid yang menjaga kesihatan
juga akan sentiasa hadir ke sekolah. Maka, mereka akan sentiasa mendapat keputusan yang
cemerlang di sekolah.     

 Seterusnya, kita juga akan dapat mencegah diri daripada penyakit berbahaya seperti
obesity, serangan jantung, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu , kita perlu makan
makanan seimbang dan kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan minyak yang
tinggi.

Tuntasnya, kita perlulah menjaga kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng
dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.
Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai