Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN INTENSIF 1

SOALAN 2 : SINTAKSIS

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.

Pemakanan yang sihat sangat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar
kerana mempunyai banyak kebaikan kepada fungsi kognitif dan psikologi kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan telah memaklumkan peningkatan jumlah kanak-kanak yang obesiti
dari tahun ke tahun. Melalui pemakanan yang sihat, masalah obesiti dan kekurangan zat
makanan dapat dibendung dari awal sebelum meningkat dewasa. Terdapat juga, kanak-
kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan cenderung mengambil makanan
rapu yang tidak mengandungi nutrein untuk pembesaran. Tidak dapat dinafikan, pendidikan
pemakanan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keseronokan kanak-
kanak untuk mengambil makanan yang berkhasiat. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan untuk anak-anak.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kepentingan Pendidikan Pemakanan pada Peringkat Awal,
Oleh Hayati Adilin MAM,
Dewan Siswa Bil. 11, 2018
(6MARKAH)
LATIHAN 2

Baca petiakan di bawah dengan teliti, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap
bagi tiga ayat yang bergaris seperti berikut:

Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan. Terdapat banyak perayaan
yang diraikan oleh rakyat negara kita seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Hari Gawai dan sebagainya. Setiap kaum mengadakan rumah terbuka dengan menjemput
semua kaum untuk merayakannya. Penganjuran rumah terbuka dapat merapatkan
hubungan masyarakat pelbagai kaum. Penganjuran rumah terbuka ini menyebabkan
hubungan antara masyarakat dapat dieratkan bagai isi dengan kuku. Sebagai contoh, kaum
Cina dan India menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama kaum Melayu.
Pelancong asing tertarik dengan amalan rumah terbuka di negara kita.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘ Budaya Penganjuran Rumah Terbuka’,

Oleh Lee Pei Xian, Dewan Siswa Bil. 7, 2019


(6MARKAH)

LATIHAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis ayat yang bergaris sama ada ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

“ Siapakah budak itu? Siapakah yang menyuruh awak menjemput dia?” Soal
Natasya, sedikit marah. “ Kami hanya memerlukan seorang ahli baharu sahaja.” tegasnya
pula.

“ Saya tidak menjemput dia. Selepas awak menemu duga saya pada hari itu, saya
menulis pengalaman itu di Facebook. Dia membacanya dan berminat untuk menyertai kita,”
jelas Sau Mun.

“ Aduhai, habislah aku!” kata Natasya. ‘ Jangan mengambil tindakan di luar


pengetahuan kami, Natasya.’ Kata-kata Masniza kepadanya minggu lepas seakan-akan korus
dalam lagu yang diulang-ulang di telinganya.

Dipetik dan diubah suai daripada

Mana Dude karya Alias Derais,

Buku Prima Sdn.Bhd. 2010

(4MARKAH)

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.

Setiap individu memerlukan makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan diri.
Kepentingan makanan seimbang kepada manusia adalah untuk tumbesaran fizikal manusia
yang sempurna. Tubuh badan yang kuat boleh dibina melalui pengambilan zat yang cukup
seperti protein dan kalsium. Pertumbuhan fizikal dan mental seseorang itu boleh terencat
kerana kekurangan zat makanan tertentu di dalam badan. Setiap individu perlu membuat
perancangan pemakanan harian bagi mengelakkan mengambil makanan secara berlebihan.
Orang ramai boleh melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan
masing-masing di klinik kesihatan, farmasi, ataupun di hospital.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Amalan Pemakanan Seimbang, Resepi Kehidupan Yang Sihat,’

Oleh Samat Buang, Dewan Siswa Bil.3, 2017


(6markah)

Anda mungkin juga menyukai