Anda di halaman 1dari 8

LATIHAN SINTAKSIS

SUBJEK DAN PREDIKAT


Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga
ayat yang anda pilih seperti berikut:

Subjek: _______________________________________________________________________

Predikat: ______________________________________________________________________

Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba. Ahli psikologi
memberikan takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun.Usia
remaja merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja sebelum
mereka menjadi dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja.
Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ahli
keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu
mereka melalui fasa transisi ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Cabaran dan Halangan Semasa Transisi Remaja” oleh Md Nizar Parman,
Dewan Siswa, Disember 2016
[6 markah]

Jawapan

i. Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba.
Subjek: Zaman remaja
Predikat: sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba.

ii. Ahli psikologi memberikan takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21
tahun.
Subjek: Ahli psikologi
Predikat: memberikan takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21
tahun.

iii. Usia remaja merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja
sebelum mereka menjadi dewasa.
Subjek: Usia remaja
Predikat: merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja sebelum
mereka menjadi dewasa.
iv. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja.
Subjek: Fasa transisi
Predikat: merupakan cabaran yang amat getir buat remaja.

v. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Subjek: Remaja
Predikat: akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

vi. Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah
sewaktu mereka melalui fasa transisi ini.
Subjek: Ahli keluarga
Predikat: seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu
mereka melalui fasa transisi ini.

POLA AYAT

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti pola ayat bagi tiga ayat bergaris yang berikut.

Urutan tradisional boleh menyingkirkan toksin dalam badan. Cara urutan tradisional ini
lebih sempurna jikalau dibandingkan urutan herba. Urutan yang berjadual akan menjamin
hasil kesihatan yang sangat baik. Asal urutan tradisional adalah daripada masyarakat
Melayu sejak zaman dahulu lagi. Seseorang yang lesu akan dibangkitkan semangat selepas
diurut. Minyak urut khas biasanya akan digunakan oleh tukang urut yang berpengalaman.
[6 markah]

Jawapan

1. Frasa Nama + Frasa Kerja


2. Frasa Nama + Frasa Adjektif
3. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

JENIS AYAT
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis ayat bagi yang bergaris sama ada ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

“Siapakah budak itu? Siapakah yang menyuruh awak menjemput dia?”Soal Natasya,
sedikit marah. “Kami hanya memerlukan seorang ahli baharu sahaja,” tegasnya pula.

“Saya tidak menjemput dia. Selepas awak menemu duga saya pada hari itu, saya menulis
pengalaman itu di Facebook. Dia membacanya dan berminat untuk menyertai kita,” jelas Sau
Mun.

“Aduhai, habislah aku!” kata Natasya. ‘Jangan mengambil tindakan di luar pengetahuan
kami, Natasya.’ Kata-kata Masniza kepadanya pada minggu lepas seakan-akan korus dalam
lagu yang diulang-ulang di telinganya.

Dipetik dan diubah suai daripada


Mana Dude karya Alias Derais,
Buku Prima Sdn. Bhd. 2010
[4 markah]

Jawapan

1. Ayat tanya
2. Ayat penyata
3. Ayat seruan
4. Ayat perintah

AYAT BERSUSUNAN BIASA KEPADA AYAT BERSUSUNAN SONGSANG

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Mahsuri difitnah bermukah dengan seorang lelaki dan seterusnya diseksa seperti diceritakan
dalam legenda terkenal Langkawi. Wanita itu melafazkan kalimah yang akhirnya dikenali
sebagai ‘Sumpahan Mahsuri’ sehingga kini. Mahsuri berdoa supaya Allah SWT menjadikan
Langkawi tidak aman dan makmur bagai ‘padang jarak padang terkukur’ selama tujuh
keturunan disebabkan kezaliman terhadap dirinya. Kisah sumpahan yang dipercayai berlaku
pada penghujung abad ke-19 itu amat terkenal di negara ini. Legenda ini dijadikan filem dan
diceritakan pula kepada generasi baharu untuk diwarisi sebagai warisan sastera dan
budaya masyarakat.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“SIRI MISTERI: SumpahanMahsuri” oleh Nasron Sira Rahim,
Berita Harian, Mei 2015
[6 markah]

Jawapan

i. Melafazkan kalimah yang akhirnya dikenali sebagai ‘Sumpahan Mahsuri’ sehingga kini
wanita itu.
ii. Berdoa supaya Allah SWT menjadikan Langkawi tidak aman dan makmur bagai ‘padang
jarak padang terkukur’ selama tujuh keturunan disebabkan kezaliman terhada pdirinya,
Mahsuri.
iii. Dijadikan filem dan diceritakan pula kepada generasi baharu untuk diwarisi sebagai warisan
sastera dan budaya masyarakat legenda ini.

AYAT MAJMUK

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, cerakinkan ayat majmuk yang bergaris
kepada ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Peningkatan kos sara hidup ini bukan sahaja boleh memberikan kesan malah juga
mendatangkan cabaran kepada isi rumah. Hal ini merangkumi tiga aspek yang utama, iaitu
kesan psikologi, ekonomi dan sosial. Kesan psikologi merujuk kepada tekanan emosi atau
tekanan perasaan. Namun paling besar cabaran pendapatan yang diperoleh terpaksa
dibelanjakan bagi memenuhi kepeluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan
menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan (income inadequacy). Ketidakmampuan
menjelaskan hutang menyebabkan mereka berasa tertekan dan mengundang kepada
simptom tekanan berkaitan hutang. Biasanya, mereka akan mengalami kesukaran untuk
tidur, hilang selera makan, kurang berat badan, sakit kepala, serangan perasaan bimbang,
mudah marah dan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan.

Dipetik dan diubah suai daripada https:www.bnm.gov.my/


[6 markah]

Jawapan
i. Peningkatan kos sara hidup ini bukan sahaja boleh memberikan kesan malah juga
mendatangkan cabaran kepada isi rumah.
Ayat tunggal 1: Peningkatan kos sara hidup ini boleh memberikan kesan kepada isi rumah.
Ayat tunggal 2: Peningkatan kos sara hidup ini boleh mendatangkan cabaran kepada isi
rumah.

ii. Kesan psikologi merujuk kepada tekanan emosi atau tekanan perasaan.
Ayat tunggal 1: Kesan psikologi merujuk kepada tekanan emosi.
Ayat tunggal 2: Kesan psikologi merujuk kepada tekanan perasaan.

iii. Ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan mereka berasa tertekan dan


mengundang kepada simptom tekanan berkaitan hutang.
Ayat tunggal 1: Ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan mereka berasa
tertekan.
iv. Ayat tunggal 2: Ketidakmampuan menjelaskan hutang mengundang kepada simptom
tekanan berkaitan hutang.

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada
enam ayat tunggal tanpa mengubah maksuda salnya.

Sesetengah pihak sengaja menyalahgunakan sijil cuti sakit padahal mereka tidak sakit. Sijil ini
diselewengkan atas niat menyambung tempoh cuti umum atau cuti tahunan. Selain itu, sijil
cuti sakit ini diselewengkan bagi mengelak diri daripada melakukan tugas tertentu kerana
mereka mengharapkan pihak lain yang akan melunaskan tanggungjawab itu.
[6 markah]

Jawapan

1. Sesetengah pihak sengaja menyalahgunakan sijil cuti sakit.


2. Mereka tidak sakit.
3. Sijil ini diselewengkan atas niat menyambung tempoh cuti umum.
4. Sijil ini diselewengkan atas niat menyambung tempoh cuti tahunan.
5. Sijil cuti sakit ini diselewengkan bagi mengelak diri daripada melakukan tugas tertentu.
6. Mereka mengharapkan pihak lain yang akan melunaskan tanggungjawab itu.
Berdasarkan petikan di bawah ini, gabungkan ayat-ayat dalam petikan menjadi tiga ayat sahaja
dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Anda tidak boleh mengubah struktur dan
maksud asal petikan.

Cerun yang tidak diselenggarakan dengan baiknya menjadi punca kejadian tanah runtuh.
Kejadian itu mengancam nyawa manusia. Saluran air yang tersumbat menyebabkan penahan
cerun retak. Keretakan itu akan memecahkan dinding penahan cerun. Penduduk di kawasan
berhampiran cerun wajar melakukan pemantauan secara berkala. Pemantauan itu
mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan ini untuk memastikan saluran air tidak
tersumbat. Air yang bertakung menyebabkan dinding penahan cerun akan runtuh pada bila-
bila masa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memperkasakan Sektor Kemahiran Negara’
Berita Harian, 5 Oktober 2018
[6 markah]

Jawapan

1. Cerun yang tidak diselenggarakan denganbaiknya menjadi punca kejadian tanah runtuh
hingga mengancam nyawa manusia.
2. Saluran air yang tersumbat menyebabkan penahan cerun retak dan memecahkan dinding
penahan cerun.
3. Penduduk di kawasan berhampiran cerun wajar melakukan pemantauan secara berkala
untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dan memastikan saluran air tidak
tersumbat kerana air yang bertakung menyebabkan dinding penahan cerun akan runtuh
pada bila-bila masa.

AYAT TANYA
Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.

Makanan ringan banyak dijual di kedai runcit, di pasar raya, dan di kedai serbaneka.
Makanan tersebut mengandungi pengawet, bahan pewarna tiruan, kadar garam
monosodium glutamate (MSG), lemak, dan minyak yang tinggi untuk menambah rasa enak.
Makanan ini disukai oleh semua peringkat umur kerana harganya murah. Kanak-kanak pula
suka mengambil makanan ringan pada masa senggang sambil menonton televisyen. Namun
begitu, ada sesetengah ibu bapa tidak mengendahkan kesan buruknya terhadap kesihatan
kanak-kanak. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menggantikan makanan ringan dengan
sajian lebih berkhasiat seperti buah-buahan, biskut, dan roti bagi menghentikan ketagihan
makanan ringan.
[6 markah]

Jawapan

1. Di manakah makanan ringan banyak djual?


2. Apakah bahan yang digunakan untuk menambah rasa enak makanan ringan?
3. Mengapakah semua peringkat umur suka akan makanan ringan?
4. Pada waktu bilakah kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan?
5. Siapakah yang tidak mengendahkan kesan buruk makanan ringan terhadap kesihatan
kanak-kanak?
6. Bagaimanakah cara menghentikan ketagihan makanan ringan dalam kalangan anak?

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.

Pemakanan yang sihat sangat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar kerana
mempunyai banyak kebaikan kepada fungsi kognitif dan psikologi kanak-kanak. Kementerian
Kesihatan telah memaklumkan peningkatan jumlah kanak-kanak yang obesiti dari tahun ke
tahun. Melalui pemakanan yang sihat, masalah obesiti dan kekurangan zat makanan dapat
dibendung dari awal sebelum meningkat dewasa. Terdapat juga, kanak-kanak yang
mengalami masalah kekurangan zat makanan kerana cenderung mengambil makanan rapu
yang tidak mengandungi nutrien untuk pembesaran. Tidak dapat dinafikan, pendidikan
makanan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keseronokan kanak-kanak
untuk mengambil makanan yang berkhasiat. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah meningkatkan
ilmu pengetahuan dalam pendidikan pemakanan untuk anak-anak.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kepentingan Pendidikan Pemakanan pada Peringkat Awal’
oleh Hayati Adilin MAM,
Dewan Siswa Bil.11, 2018
[6 markah]

Jawapan

1. Peningkatan jumlah kanak-kanak yang obesiti telah dimaklumkan oleh Kementerian


Kesihatan dari tahun ke tahun.
2. Kekurangan zat makanan yang dialami oleh kanak-kanak kerana cenderung mengambil
makanan rapu yang tidak mengandungi nutrien untuk pembesaran.
3. Ilmu pengetahuan dalam pendidikan pemakanan untuk anak-anak hendaklah kita
tingkatkan.

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Baca perbualan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah
tanpa mengubah maksud asalnya.

Azian: Awak sudah ke pejabat sekolah?


Kamala: Belum, mengapa?
Azian: Tadi, semasa saya di pejabat saya terpandang akan Pengetua baharu sekolah kita.
Kamala: Benarkah begitu?
Azian: Benar, beliau ada di pejabat. Orangnya agak serius.

[5 markah]

Jawapan

Azian bertanya kepada Kamala sama ada dia sudah ke pejabat sekolah. Kamala
menyatakan bahawa dia belum ke sana sambil ingin tahu akan sebab Azian bertanyakannya
sedemikian. Azian menjelaskan bahawa ketika di pejabat, dia ternampak akan Pengetua baharu
sekolah mereka. Kamala meminta kepastian tentang kebenaran kata-kata Azian itu. Azian
menyatakan bahawa Pengetua baharu tersebut sudah berada di pejabat dan beliau agak serius
orangnya.

Anda mungkin juga menyukai