Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN 1

Berdasarkan bahan di atas, analisis ayat dan jenisnya.


(Ayat penyata, Ayat Perintah, Ayat Tanya, Ayat Seruan)

1. Mari sertai Kem Jati Diri, SMK Darul Ehsan.


2. Objektif kem jati diri ini adalah untuk membina jati diri dan peserta.
3. Selain itu, objektif kem ini adalah untuk mengukuhkan semangat kerjasama.
4. Apakah objektif Kem Jati Diri SMK Darul Ehsan?
5. Bawa pakaian secukupnya.
6. Wah, banyak kelebihan menanti anda!
7. Kem ini juga akan memupuk nilai muafakat.
8. Bawa peralatan mandi.
9. Tiada yuran dikenakan.
10. Makanan disediakan enam kali sehari.

LATIHAN 2
Kelaskan ayat -ayat di bawah mengikut jenisnya.
(Ayat penyata, Ayat Perintah, Ayat Tanya, Ayat Seruan)

1. Kita hendaklah semtiasa patuh kepada undang-undang negara agar masyarakat hidup
harmoni dan negara aman dapat diwujudkan.
2. Pasukan badminton negara manakah yang berjaya ke pusingan separuh akhir kejohanan
Piala Thomas?
3. Tolong alihkan kenderaan yang menghalang lalu lintas kerana jalan raya telah menjadi
sesak.
4. Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini.
5. Pergi dari sini dan jangan datang lagi.
6. Pengetua sentiasa menasihati murid -murid agar sentiasa berdisplin.
7. Usah membantah cakap ibu bapa.
8. Dia berpura-pura sakit perut untuk mengelak daripada didenda oleh guru Matematik.
9. Atikah, ambilkan ibu tuala itu.
10. Amboi, cantiknya baju yang awak pakai!
LATIHAN 3
Nyatakan jenis ayat perintah berikut.
(Ayat Suruhan, Ayat Larangan, Ayat Silaan, Ayat Permintaan)

1. Usahlah meniru perlakuan dan budaya hidup orang Barat yang tidak sesuai dengan
budaya timur kerana perbuatan ini akan merugikan diri sendiri.
2. Jemputlah makan makanan yang terhidang di atas meja.
3. “Zami, lapkan meja yang kotor itu,” arah Pak Uteh kepada pekerjanya.
4. Tolong hantarkan bungkusan itu kepada Pak Karim.
5. Usahlah berkecil hati dengan kata-katanya itu.

LATIHAN 4

Pilih ayat-ayat yang betul.

I. Wartawan harus menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.


II. Keharmonian sesebuah keluarga dapat mempengaruhi pemcapaian pelajar dalam
akademik.
III. Strategi pembelajaran yang berkesan akan membuahkan hasil pembelajaran yang
cemerang.
IV. Para nelayan tidak dapat ke dalam laut kerana musim tengkujuh telah melanda Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

I. Julia memasakkan tetamu kari ikan jenahak semalam.


II. Kami sekeluarga telah bercuti di Pulau Perhentian selama seminggu.
III. Sejak di kejadian itu, Mohan tidak berani lagi menganggu rakan sekelasnya.
IV. Wah, cikgu ucapkan tahniah atas kejayaan kamu,” kata guru kelas kepada Nadia.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

3. Kasut sukan berwarna biru yang dipakai oleh Jefry itu sangat mahal sekali kerana diimport
A B
dari Perancis. Tiada kesalahan.
C D

4. Produk kesihatan berpandukan daun kaduk akan dihasilkan setelah kajian tentang khasiatnya
A B C
selesai dilakukan oleh saintis. Tiada kesalahan.
D

5. Saya bersedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.
A B C
Tiada kesalahan.
D

Anda mungkin juga menyukai