Anda di halaman 1dari 4

ULASAN

 Dalam pentaksiran tingkatan 3,soalan ini dikemukakan dalam Kertas 1 pada Bahagian C.
 Calon akan diberikan dua pilihan soalan sama ada ulasan, ringkasan, dan rumusan.
 Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 15 markah.

Perbezaan Antara Ulasan, Ringkasan Dan Rumusan


KRITERIA ULASAN RINGKASAN RUMUSAN
Perenggan 1 1 atau 3 1
Kata kunci tugasan Ada Ada Tiada
Bentuk soalan Pelbagai bentuk Petikan Petikan
penulisan Pendahuluan dan Ada 5- 7 isi daripada Pendahuluan-I isi
penutup petikan Isi tersurat -6 isi
Isi tersurat dan isi Permulaan ayat Penutup- I isi
tersirat ringkas Tiada isi tersirat
Jumlah perkataan 80 hingga 100 patah Tidak melebihi 100 80 hingga 100 patah
perkataan patah perkataan perkataan

FORMAT PENULISAN.

(Pendahuluan)__________________________________________________________________
(Isi tersurat 1)
Antaranya________________________________________________________________
(Isi tersirat1)____________________________________________________________
(Isi tersurat 2) Penanda wacana____________________________________________________
(Isi tersirat 2)__________________________________________________________________
(Isi tersurat 3) Penanda wacana___________________________________________________
(Isi tersirat 3)__________________________________________________________________
Kesimpulan____________________________________________________________________

Patah perkataan ( )
PENANDA WACANA
Bahagian isi ulasan:
1. Seterusnya
2. Di samping itu,
3. Selain itu,
4. Tambahan pula,
5. Hal ini demikian kerana
6. Walau bagaimanapun
7. Akhir sekali
8. Namun begitu
9. Justeru
10. Oleh hal yang demikian

Bahagian Penutup
1. Kesimpulannya
2. Tuntasnya
3. Konkulsinya
4. Oleh itu
5. Akhir sekali
6. Tegasnya

TIPS MEMULAKAN ULASAN


 Calaon-calon perlu membaca soalan dengan teliti dan kenal pasti tugasan yang perlu
ditulis.
 Calon perlu kenal pasti isi tersurat isi tersirat.
 Terdapat dua pendahuluan yang boleh digunakan untuk memulakan ulasan.
Latihan Ulasan
Contoh Pendahuluan Pertama
Gambar rajah/ peta minda/ pelan/peta/graf/carta/jadual/petikan/Iklan/ poster
tersebut menunjukkan
(sambung dengan tugasan).
Contoh ayat mudah :
Gambar rajah menunjukkan faedah hidup berjiran.

Contoh Pendahuluan Kedua


 Boleh ambil dari kehendak soalan. Rangkuman umum tenatng soalan yang diberikan.
 Memulakan pendahuluan dengan mengunakan ayat tema dan kaitkan dengan tajuk.
 Diteruskan dengan ayat yang berkait dengan kehendak soalan.
 Pastikan ayat yang dibina mudah dan padat.

Contoh ayat mudah pendahuluan kedua.


Jiran ialah individu yang duduk hampir dengan kita. Terdapat banyak faedah hidup berjiran.

PANDUAN MENULIS ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT


 Calon-calon perlu menganalisis bahan rangsangan yang telah dibekalkan.
 Kemudian kenal pasti maklumat dalam tugasan yang boeh dijadikan isi tersurat
 Untuk isi tersirat,

 Isi tersurat  Isi tersirat


 Isi yang diperoleh daripada  Huraian kepada isi tersurat yang mungkin
bahan rangsangan atau gambar berkaitan dengan:
 Punca/faktor/ sebab
 Kesan/impak(kebaikan/faeda/manfaat/kesan
negatif/ keburkan)
 Cara/bagaimana
 contoh
 Gunakan teknik penyoalan MBKC , iaitu mengapa, bagaimana, kesan dan contoh
mengikut kesesuaian.

Ulasan lengkap:

Gambar rajah menunjukkan faedah hidup berjiran. Antara faedah


hidup berjiran ialah kita akan dapat bekerjasama antara satu sama
lain. Hal ini, ditunjukkan menerusi penglibatan komuniti setempat
dalam aktiviti gotong-royong dan sebagainya. (Selain itu, hidup berjiran
dapat memupuk semangat perpaduan serta mewujudkan kehidupan
yang aman dan harmoni. Sebagai contoh dengan berkongsi juadah
sesama jiran yang berlainan bangsa. Seterusnya, hidup berjiran mampu
menjamin keselamatan setempat terutamanya pada musim perayaan.
Akhir sekali, dengan amalan hidup berjiran bantuan ketika berlakunya
kecemasan seperti kebakaran juga akan mudah diberikan kerana jiran
ialah orang yang paling hampir dengan kita untuk memberikan
bantuan. Kesimpulanya, hidup berjiran amat berguna dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Anda mungkin juga menyukai