Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK MUDAH MENGUASAI AYAT AKTIF DAN PASIF

Ayat Aktif (persamaan) Ayat Pasif (perbezaan)


KGND 1/2 KGND 3 KGND 1/2 KGND 3
SKO SKO OSK OKS
Saya membaca buku. Ali membaca buku. Buku saya baca. Buku dibaca oleh Ali.
Kerja- Kerja-
tidak mempunyai mempunyai imbuhan
imbuhan awalan awalan ‘di’

Kenali jenis ayat pasif yang diberikan dalam senarai di bawah ini.

No. Ayat Pasif Jenis Ayat Pasif


1 Buku-buku itu telah kami susun mengikut label pada rak buku.
2 Secangkir kopi pekat akan saya bancuhkan kepada ayah.
3 Beberapa orang pelajar telah disoal siasat oleh pihak polis berkenaan kejadian itu.
4 Kain rentang itu kami lukis dengan bermotifkan alam flora.
5 Undang-undang jalan raya haruslah dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya.

PENTING :

AYAT AKTIF DAN PASIF ( KATA KERJA ‘TER’)


AYAT AKTIF ( SKO) AYAT PASIF (OKS)
Ali terangkat kotak yang berat itu. Kotak yang berat itu terangkat oleh Ali.
Saya terangkat kotak yang berat itu. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
Saya terlanggar akar kayu ketika berjoging di taman.
Ali terlanggar akar kayu ketika berjoging di taman.
Kami tersepak seketul batu ke arah penjaga gol.

Apabila soalan ayat aktif ataupun ayat pasif dikemukakan, para pelajar haruslah melihat imbuhan awalan kata
kerjanya terlebih dahulu.
Jika kata kerjanya bermula dengan
1. awalan ‘me’ pelajar perlu melihat SUBJEK dan menentukan formula yang ingin diguna pakai iaitu OKS / OSK.
2.awalan ‘ter’ pelajar haruslah menggunakan formula OKS tanpa menitikberatkan SUBJEK ayat tersebut

CIKGU THEEBAN 13/2/2020

Anda mungkin juga menyukai