Anda di halaman 1dari 5

KESALAHAN UMUM TATABAHASA DAN EJAAN

SERTA PETUA TATABAHASA


Oleh

Mohd Samsuddin bin Mahmod


dan
Mat Arifin bin Ismail

Kenal pasti kesalahan dan garisi

A Kesalahan Frasa Kerja Transitif

1. Mereka membincangkan tentang perkara itu.

2. Anggota bomba itu menaikkan tangga.

3. Pak Abu memperisterikan Aminah.

4. Pohon buluh memagarkan rumahnya.

B Kesalahan Frasa Kerja Tak Transitif

1. Dia ingin berjumpa pengetua.

2. Mereka pergi sekolah.

3. Kereta api laju itu menuju utara.

4. Kesihatannya beransur.

5. Dia ingin menjadi.

C Kesalahan Frasa Sendi

1. Dia bekerja dari pagi hingga ke petang.

2. Barang yang perlu dibeli adalah seperti berikut.

3. Peristiwa itu sentiasa terbayang di dalam fikirannya.

4. Oleh kerana itu, kita mesti berwaspada.

5. Gambar itu tergantung di dinding

1
D Kesalahan Ayat Pasif

1. Pulau Langkawi telah mereka lawati pada minggu lepas.

2. Bas yang adik naiki itu terbalik.

3. Masalah itu telah diselesaikan oleh kami.

4. Suratmu aku telah baca.

5. Murid diedarkan kertas soalan oleh guru.

E Kesalahan Ayat Tergantung

1. Dengan kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis kami.

2. Kerana dia sakit.

F Garisi kesalahan

1. Barang-barang yang perlu dibawa ialah seperti yang berikut.

2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada 25 Julai 2020.

G Garisi kesalahan

1. Dia seorang pelajar yang pintar.

2. Pak Abu seorang petani yang gigih.

H Tanda /atau X pada ayat

1. Dia bukan datang ke majlis kami.

2. Orang muda itu tidak adik saya.

I Garisi kesalahan

1. Anggota polis itu sedang bertugas mengawal lalu-lintas.

2. Dia menebas semak-samun di sekitar rumahnya.

3. Kawasan itu dikelilingi bukit-bukau.

4. Ibu memasukkan sampah-sarap itu ke dalam beg plastik.

2
J Garisi kesalahan

1. Murid melayari internet.

2. Semua ekor kambing disembelihnya.

K Garisi kesalahan

1. Di samping itu, murid-murid perlu mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa.

2. Justeru (itu), kita hendaklah mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

P Garisi ejaan yang salah

kawanya kawannya

berlajar belajar

menganggu mengganggu

mengoreng menggoreng

menaikan menaikkan

kebaikkan kebaikan

unggu ungu

cermelang cemerlang

menyakinkan meyakinkan

pasaraya pasar raya

matapelajaran mata pelajaran

baikpulih baik pulih

warga negara warganegara

keretapi kereta api

bandaraya bandar raya

aturcara atur cara

3
Petua Kata Majmuk yang Dieja Rapat

Waktu: warganegara

Adik : antarabangsa

Baling: bumiputera

Batu: beritahu

Jangan : jawatankuasa

Kena: kerjasama

Kepala: kakitangan

Marah: matahari

Orang: olahraga

Pasal: pesuruhjaya

Sudah: setiausaha

Tentu: tandatangan

Sakit: sukarela

Sangat: suruhanjaya

Tau: tanggungjawab

Latihan kedua

Garisi kata adjektif dalam ayat.

a) Budak itu sungguh kecil lalu mereka ketawa besar.

b) Kereta api itu amat laju manakala kereta api ini bergerak laju.

c) Motosikal itu sungguh perlahan.

d) Air sungai itu mengalir perlahan.

Garisi kata adverba dalam ayat.

1. Ayah pergi ke Kedah esok.

2. Murid-murid nakal berdiri tegak semasa bernyanyi.

3. Air sungai itu mengalir perlahan.

4. Nenek itu hampir terjatuh ke dalam longkang gara-gara rabun jauh.

4
Kenal pasti kata adverba dalam petikan di bawah ini kemudian, garis .

Kamil melihat pokok kelapa yang tinggi melangit. Selepas itu, dia melihat sebatang anak sungai yang
airnya mengalir lesu. Kamil terus melamun. Tiba-tiba, dia hampir terjatuh kerana batu yang
dipijaknya licin.

Selepas itu, Kamil teringat semasa dia kecil yang suka menangis teresak-esak. Dia juga teringat akan
cita-citanya tinggi mengawan. Kamil ketawa besar kerana mengenangkan cerita lucunya.

Isi tempat kosong di bawah dengan kata nafi yang sesuai.

1. Yang berbaju merah itu________ kekasih saya.

2. Filem Titanic itu ______ benar seperti cerita asalnya.

3. Mariah gemar akan buah yang berbau itu.

4. Kita ________disuruh berbuat jahat terhadap orang lain walaupun kita selalu dianiaya.

5. “Semalam bapa kamu ________ ke Shah Alam, tetapi dia ke Johor,” ujar Pak Lang kepada
saya.

6. Perempuan itu ______mengandung tetapi perutnya membesar kerana mengalami


ketumbuhan.

Garisi kata yang betul.

mini zoo zoo mini

basikal mini mini basikal

Fauzi Klinik Klinik Fauzi

Restoran Halim Halim Restoran

Maggi mi mi Maggi

parlimen mini mini parlimen

rebus ubi ubi rebus

lain-lain hal Hal-hal lain

bas ekspres ekspres bas

warung salai ikan warung ikan salai

janji temu temu janji

Jus oren oren jus

Anda mungkin juga menyukai