Anda di halaman 1dari 5

SOALAN PERMAHAMAN 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Fahmi Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.
:
Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak
suapkan anak dan isteriku.
Fahmi Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.
:
Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil
tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang
sahaja.
Fahmi Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau
: sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak
beritahu aku?
Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran
pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan
perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau.
Fahmi Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak.
: Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku
yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan
menengah itu.
Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.
Fahmi Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak
: entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,
bawa aku sekali.
Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik?


A Polis Marin
B Nelayan
C Petani
D Penuntut universiti

2. Berapa orangkah ahli keluarga Malik?


A Enam orang
B Empat orang
C Tujuh orang
D Lima orang

3. Apakah yang berlaku kepada Malik sehari sebelum perbualan di atas?


A Malik ditimpa kemalangan jalan raya.
B Malik dilanda ombak besar ketika menangkap ikan di laut.
b Malik dihalau oleh saudara maranya.
D Malik diserang jerung ketika di laut.

4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan
Fahmi?
A Fahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin.
B Mereka berdua sangat miskin.
C Mereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.
D Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5. Pernyataan berikut benar tentang Fahmi, kecuali


A Fahmi tidak mempunyai anak.
B Fahmi ialah sahabat baik Malik.
C Fahmi ialah seorang pemborong ikan.
D Fahmi ialah seorang yang budiman.

........................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan
rumah. Keringat masih lagi mengalir di dahi.
Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum
pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali
ganda. Anak padi sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke
petak sawah.
"Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang.
"Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli
di tangannya.
"Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan
keli itu menuju ke pintu dapur.
Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum
kubajak. Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan
Pak Said. Itulah punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin
diesel.
Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku
ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.
Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah
aku katakan pada ibu. Ibu…

1. Perkataan ‘keringat’ dalam petikan di atas bermaksud


A tahi lalat
B darah
C peluh
D jerawat

2. Apakah pekerjaan ayah penulis?


A Pesawah
B Pekebun sayur
C Pembajak sawah
D Penoreh getah

3. Apakah punca pendapatan sampingan keluarga penulis?


A Hasil jualan kuih
B Hasil jualan buah mangga
C Hasil jualan padi
D Hasil upah membajak sawah

4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis, kecuali
A Penyayang
B Bertanggungjawab
C Penyabar
D Suka menengking

5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas, kecuali
A Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan.
B Kita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.
C Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.
D Kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.

...................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,
54300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
_________________________________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuantan,
54400 Kuantan,
Pahang Darul
Makmur. 7JULAI2012

Tuan,
Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah
Perkara di atas dirujuki.
2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah
sekarang.
Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat,
tetapi
sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya dipungut
sekali seminggu sahaja.

3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk
daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.


Sekian dimaklumkan,
terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Mazlan
(MAZLAN ABU BAKAR)

1. Mengapakah surat ini ditulis?


A Untuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.
B Untuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.
C Untuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.
D Untuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksud


A bersenam
B bersembang
C berkumpul
D beristirehat

3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?


A Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
B Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
C Pengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kuantan
D Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4. Harapan penulis daripada aduan ini adalah agar


A lori sampah datang pada waktu malam.
B anjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.
C masalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.
D sampah dapat dikutip setiap hari.

5. Semua pernyataan berikut benar, kecuali


A Persatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.
B Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
D Kadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

...................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan
perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner
(DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran
Terapung Puteri dekat sini.
Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha
makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka
memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.
Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik
untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali
terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual
di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.
Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan
pelbagai jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan
telah membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan
khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.
Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan
kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan
mampu dieksport ke luar negara.

1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan
itu?
A Menteri Besar
B Pengusaha makanan tradisional
C Kerajaan Negeri
D Pelancong asing

2. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas?


A Memajukan industri makanan tradisional.
B Menggalakkan kedatangan pelancong asing.
C Melariskan Restoran Terapung Puteri.
D Mempromosikan produk kraftangan Terengganu.

3. Perkataan mempromosikan dalam petikan bermaksud


A memartabatkan
B meyakinkan
C mengiklankan
D menyelerakan

4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada
pengusaha makanan tradisional?
A kewangan
B pembungkusan
C mesin percuma
D penghantaran

5. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?


A Pengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.
B Produk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.
C Lebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.
D Lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai