Anda di halaman 1dari 3

Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah

Perkara di atas dirujuki.


2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah
sekarang.
Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat,
tetapi
sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya
dipungut
sekali seminggu sahaja.

3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk
daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat
anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-
kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.


Sekian dimaklumkan,
terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Mazlan
(MAZLAN ABU BAKAR)

1. Mengapakah surat ini ditulis?


A Untuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.
B Untuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.
C Untuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.
D Untuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksud


A bersenam
B bersembang
C berkumpul
D beristirehat

3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?


A Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
B Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
C Pengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kuantan
D Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4. Harapan penulis daripada aduan ini adalah agar


A lori sampah datang pada waktu malam.
B anjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.
C masalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.
D sampah dapat dikutip setiap hari.
5. Semua pernyataan berikut benar, kecuali
A Persatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.
B Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
D Kadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

...................................................................................................................................................

SOALAN PEMAHAMAN 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan
perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner
(DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran
Terapung Puteri dekat sini.
Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha
makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka
memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.
Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik
untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali
terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual
di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.
Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai
jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah
membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat
nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.
Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan
kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan
mampu dieksport ke luar negara.

1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?
A Menteri Besar
B Pengusaha makanan tradisional
C Kerajaan Negeri
D Pelancong asing

2. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas?


A Memajukan industri makanan tradisional.
B Menggalakkan kedatangan pelancong asing.
C Melariskan Restoran Terapung Puteri.
D Mempromosikan produk kraftangan Terengganu.

3. Perkataan mempromosikan dalam petikan bermaksud


A memartabatkan
B meyakinkan
C mengiklankan
D menyelerakan

4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha
makanan tradisional?
A kewangan
B pembungkusan
C mesin percuma
D penghantaran

5. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?


A Pengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.
B Produk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.
C Lebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.
D Lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai