Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana
mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar
tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang mengganggu
kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana ia sebenarnya bukan
sejenis penyakit tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini
kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk
mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan
bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah
tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.
Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala
itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan
menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan
menimbulkan pening kepala.
Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering
diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan
berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok,
minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul
mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.
Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun
semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam
tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.
Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan
dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang
berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang
pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.
Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal
serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.

1. Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu ‘gejala’?

A Kerana separuh daripada orang yang datang


berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka
menghidap pening kepala
B Kerana satu perempat daripada kakitangan firma
tidak datang bekerja akibat pening kepala
C Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang
mengganggu kebanyakan manusia
D Kerana pening kepala mengganggu hampir semua
orang sama ada orang awam atau kakitangan firma
2. Mengapakah para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapi
oleh seseorang pada sesuatu ketika?

A Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran


yang tinggi dalam ilmu perubatan
B Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk
mengumpulkan sebab-sebab pening kepala
C Kerana para doktor susah hendak mencari sebab
yang mengakibatkan pening kepala
D Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan
kepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal

3. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?

A Apabila mengidap penyakit darah tinggi


B Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak
C Jika salah makan atau mengambil ubat
D Apabila seseorang itu banyak makan ubat

4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan
pening kepala?

A Menjaga makan dan minum


B Selalu buang air besar dan kecil
C Menjaga kesihatan badan
D Mengamalkan senaman setiap hari

5. Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?

A Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening


kepala
B Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan
pening kepala
C Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan
darah
D Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan
sebab pening kepala
Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10 Jun 1997
Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku
diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah
mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga, Salwa, calon
SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya Fadila, 12 tahun.
Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa
tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.

11 Jun 1997
Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih
dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan
makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah
berjemaah bersama ayah dan ibuku.

12 Jun 1997
Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung
di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung
itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu untung sebagai petani pula di
kampung itu.
Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk
menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak
sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di
Pahang. Mereka lepasan universiti.

21 Jun 1997
Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-
anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-
adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan
dalam keluarga.

6. Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri ‘aku’ kecuali

A menetap di bandar
B datang dari keluarga yang kaya
C berusia 22 tahun
D mempunyai tiga orang adik

7. Berapa orangkah anak Haji Daud?

A 3 orang
B 5 orang
C 6 orang
D 7 orang
8. Apakah yang dilakukan oleh ‘aku’ pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?

A Sembahyang Subuh
B Masih enak tidur
C Masih berselimut
D Masih dalam bilik

9. ‘Mengadu untung’ dalam petikan di atas bermaksud

A Haji Daud mencuba nasib di kampung itu


B Haji Daud dan isterinya membuka kampung itu
C Haji Daud mengadu kehidupannya kepada penulis
D Haji Daud mencari rezeki di kampung itu

10. Pada pendapat anda, mengapakah ‘aku’ berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?

A Kerana adik-adiknya tidak menghormati dirinya


B Kerana mereka tidak pernah sembahyang
berjemaah
C Kerana ahli keluarganya saling mementingkan hal
diri
D Kerana ayah dan adiknya sibuk mengejar harta
Benda

Anda mungkin juga menyukai